5 Jenis Perubahan Pada Kuku dan Puncanya

by Fiza on December 13, 2016

Penjagaan kebersihan kuku tangan dan kaki amat penting dalam penampilan diri kita. Tanpa kita sedari, aktiviti harian kita boleh memberi kesan terhadap kebersihan kuku kita dan jika diabaikan kuku kita akan kelihatan kusut.
Perkara seperti merokok juga boleh menjejaskan penampilan kuku. Selain itu, kuku boleh hilang kesegarannya dan mudah rosak akibat memakai cat varnis kuku yang berlebihan.
Berikut adalah jenis perubahan kuku dan cara menanganinya.

Kuku yang kering dan rapuh

Biasanya sebab kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap  terendam dalam air sejuk atau panas.
Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat-zat yang disebut untuk memulihkannya. Anda juga perlu mengurut kuku dan jari-jemari dengan krim pelembap.  Satu petua yang boleh dicuba untuk memulihkan kembali kecantikan kuku tu ialah menyapu kuku dengan minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya.

Kuku yang halus dan lemah

Selalunya sebab ‘gen’ atau keturunan tetapi boleh juga terjadi kerana penggunaan pembersih kuku yang kuat kesannya. Selain itu, ia boleh juga berpunca kerana terlalu lama berendam dalam air.  Untuk merawatnya, anda perlu banyak makan makanan yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.

Terkopek mendatar

Mungkin juga berpunca kerana keturunan. Lazimnya juga terjadi kerana kekurangan vitamin B atau luka pada kulit ari atau dasar kuku. Oleh itu, kena banyak mengambil makanan mengandungi vitamin B.

Kuku tanduk

Kuku yang kelihatan sangat tebal dan keras. Bahagian tepinya pecah-pecah dan warnanya kuning atau hijau atau kecoklatan. Punca yang biasa ialah sebab pertumbuhan kuku yang terhalang kerana memakai kasut yang ketat atau terlalu sempit.

Kuku berbintik-bintik putih

Kelainan yang tumbuh pada kuku tetapi selalunya bukanlah satu penyakit! Selalunya disebabkan oleh kecederaan pada dasar kuku. Warna putih pada kuku tu dikatakan terjadi kerana terdapat udara dalam zat tanduk kuku. Selalunya bila kuku tu terus bertumbuh, tanda putih tu akan hilang sedikit demi sedikit.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini