Search result

319 result(s) found.

5 Sebab Kenapa Lelaki TAK Handsome Selalu Dapat Couple Dengan Perempuan Cantik

Kredit foto: satyaunphoto

Mungkin bila kita sembang tentang perkara ini, mesti ada yang cakap, ala biasalah jodoh tuhan yang tentukan. Ye betul mungkin rezekinya untuk mendapat pasangan yang cintak, tapi kalini kami kongsikan antara mengapa lelaki tak handsome selalu dapat girlfriend yang cun yang boleh kaitkan dengan dunia realiti sekarang! Kalau tak percaya pergi tengok kawan korang yang tak handsome tu, mesti diorang ada ciri-ciri ini.

1. POKET TEBAL, SENANG BELIKAN AWEK BARANG-BARANG MAHAL!

Walaupun diri anda tidak berapa sempurna di mata rakan-rakan, dicemuh para masyarakat kerana raut wajah persis pintu, usah risau sekiranya anda memiliki wang ringgit yang mega mewah. Inilah masanya untuk anda membuktikan wajah tidak membawa erti, duit berkuasa mengubah segalanya. Tak ramai wanita yang akan menolak cinta anda. Trust me, kau taburlah beg Chanel, Gucci mesti diorang kata andalah lelaki paling hot pernah dia jumpa!

2.KAU ADALAH LELAKI PALING LUCU DI DUNIA!

Perempuan ni kadang-kadang pelik, kau cuba la borak, layan sikit dengan lawak bodoh pun diorang boleh sangkut, tapi tak ramai la camni, mungkin 40% je la suka lelaki lawak. Melainkan kau seorang lawak dan kaya mereka akan lebih tertarik. Ok anda lawak? Apa lagi tunjukkan skil anda!

3.MULUT MANIS MACAM GULA

Kau cakap diorang lawa, puji setiap apa yang diorang pakai, mesti lama-lama akan sangkut, yela perempuan ni cepat perasan walaupun kau tak la berupa mana, asalkan pandai berkata-kata, manis ayat, kaulah putera idaman dia.

4.TAK HANDSOME NI KEBANYAKANNYA LELAKI SEJATI

Sekarang adalah zaman paling sukar untuk wanita mendapatkan pasangan hidup, yelah yang handsome, sado ni asyik jadi geng kunyit je, so perempuan akan memilih wajah-wajah pecah rumah sebagai pasangan hidup. Biar tak kacak, asalkan tulen banggg.

5.KAU HANYA UNTUK DIA, SEBAB TAK ADA ORANG PUN NAK KAU SELAIN DIA

Faham la konsep tu kan, kau hanyalah untuk dia. Dia rasa selamat bila kau memilih dia, lagipun orang lain tengok ko sebelah mata, dia je tengok kau dengan dua mata dan hati. Oitshh

Ketahuilah, Sukarnya Untuk Siti Hamil

“SEPANJANG  11 tahun… kami bukannya tak berusaha!” Demikian luahan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi gembira anugerah bermakna apabila isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil empat bulan.

Khalid berkata, bukan mudah untuk isterinya itu hamil kerana pelbagai usaha dilakukan mereka selama ini sejak disatukan sebagai suami-isteri 11 tahun lalu iaitu pada 21 Ogos 2006.

“Orang kata, kami ni banyak duit, kenapa tak usaha… kenapa tak buat sesuatu tapi orang tak tahu.

“Selepas dua tahun perkahwinan lagi kami dah usaha macam-macam dah. Tak kan itu semua kita nak beritahu,” ujar Khalid ketika ditemui pada sidang media di rumahnya, di Bukit Antarabangsa, Ampang malam Jumaat.

Dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook pelbagai media itu, Siti Nurhaliza, 38, mengumumkan dia kini hamil empat bulan, mengiakan spekulasi bertiup sebelum ini mengenai kehamilannya itu.

Berita gembira Siti itu mendapat beribu-ribu ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia apabila ia dikongsi di media-media sosial sebaik sahaja ia diumumkan.

Siti yang pernah mengalami keguguran pada hujung 2015 ketika usia kandungan dua bulan kelihatan amat ceria dan berseri wajah, sinar ibu mengandung.

Kehamilan Siti ini berjaya selepas melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan swasta.

Dalam pada itu Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K, 58, berkata, semasa trimester pertama kehamilan, Siti banyak berehat dan ‘berkurung’ di dalam rumah.

Proses kehamilan akibat rawatan berkenaan memerlukan dia banyak berehat dan menjaga kesihatan agar masalah keguguran seperti sebelum ini tidak berlaku.

Malah, Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah mereka.

“Nak turun bawah pun saya angkat Siti. Bila dia berjalan pun susah… terbongkok-bongkok… terpaksa berjalan perlahan-lahan.

“Sampai macam itu sekali. Alhamdulillah… bila kandungan empat bulan, barulah dia boleh bergerak dengan sempurna,” katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai spekulasi mengatakan kegagalan Siti hamil selama ini mungkin kesan kemalangan motosikal yang dialami beliau di New Zealand pada 2012, Datuk K berkata, perkara itu tiada kaitan degan kehamilan Siti.

Ujarnya, kejadian itu mencederakan anggota badan dan tidak memberi kesan kepada spermanya.

Malah ujar Datuk K lagi, ujian pada spermanya selepas kemalangan itu juga menunjukkan ia menjadi lebih aktif disebabkan faktor pengambilan makanan berkhasiat yang diamalkan.

Tambahnya selepas sihat akibat kemalangan, beliau banyak melakukan senaman termasuklah berbasikal dan juga menjaga pengambilan makanan.

Siti Mahu Berehat

Sementara itu Siti pula berkata, pada kehamilan ini dia mahu berehat sepenuhnya di rumah dan menolak segala aktiviti berkaitan seni.

Malah dalam tempoh ini juga, dia sekadar keluar tengok wayang beberapa kali sahaja bersama suami dan itu pun pada waktu malam.

“Pada kehamilan ketika usia 38 tahun ini, doktor minta Siti banyak berehat dan kalau nak travel mana-mana pun Siti tak nak.

“Sebab itulah Siti buat sidang media ini supaya sesiapa yang ingin mengundang Siti, mereka akan faham,” katanya.

Tambah Siti, dalam tempoh rawatan, dia bergerak dalam rumah menggunakan kerusi roda untuk menjaga kandungannya.

Siti juga seperti wanita mengandung lain yang turut mengalami alahan dan dia berasa mabuk setiap kali ke dapur.

Ketika ditanya jantina anak, Siti hanya tersenyum namun Datuk K semasa ucapan secara tidak sengaja berharap bayi dalam kandungan isterinya itu menjadi muslimah yang baik, menggambarkan kandungan berkenaan ialah bayi perempuan.

Jika benar tekaan itu, bakal puteri ini akan menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.

Kredit : Mstar Online

CTDK Bersama Media

Cinta Jarak Jauh Bukanlah Alasan Untuk Kita Berlaku Curang

Kredit foto: kayumanisphotography

Adakah anda sedang bercinta jarak jauh?Walaupun ia tidak berlaku pada semua daripada anda tapi situasi ini tetap ada atas sebab tertentu. Tanyalah sesiapa pun pasti mereka tidak sanggup untuk berjauhan bukan. Ramai pasangan yang dah berkahwin mengimpikan untuk tinggal bersama namun dek kerana tuntutan kerja dan pelbagai faktor demi kelangsungan hidup terpaksa direlakan. Kali ini kami kongsikan beberapa tip untuk terus menyemarakkan rasa cinta bagi pasangan yang tinggal berasingan dan jarak jauh.

1.Percaya pada pasangan.

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita mestilah percayakannya dengan sepenuh hati. Betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam hidup berpasangan ini. Percayalah padanya yang akan setia dan masih menyayangi kita walaupun jarak memisahkan.

2.Setia walaupun jauh.

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila berjauha. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Pada masa inilah hati kita akan digoda dengan persekitaran seperti terlihat pasangan yang sedang berdua-duaan. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Letakkanlah diri kita di tempatnya, adakah kita akan gembira dan suka jika kita diperlakukan sedemikian?

3.Berjumpalah walaupun seketika.

Jangan jadikan jarak sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Jika ada cuti, luangkanlah sedikit masa untuk berjumpa dengannya. Pasti si dia akan teruja untuk berjumpa. Malah yang mempunyai anak apa salahnya meluangkan masa dengan membawa mereka bercuti untuk melepaskan kerinduan.

4.Selalu berhubung.

Walaupun jauh tidak menjadi penghalang bagi pasangan untuk berhubung. Sentiasa memastikan diri berhubungan sangat penting agar ikatan terus kukuh walaupun jarak dan masa memisahkannya.

5.Ingat hari-hari penting.

Bukan mudah untuk mengingati hari-hari penting. Namun tiada alasan sebenarnya kerana ia untuk kebaikan antara kamu berdua. Apa salahnya masing-masing mengingatinya kerana ia boleh menjadi satu kejutan istimewa kepada pasangan tambah lagi anda sememangnya jarang berjumpa.

6.Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah.

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati apabila rindu itu datang. Jika keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

7.Sentiasa buat pembaharuan.

Apa salahnya anda buat kejutan yang tidak disangka kepada pasangan. Pembaharuan ini bukan sahaja menggembirakan hati tetapi mewujudkan rasa berkasih sayang. Paling mudah jika sebelum ini anda tidak pernah memasak untuk isteri, apabila berjumpa dengannya cuba buat menu hasil air tangan anda. Walaupun ringkas sudah cukup memuaskan hati sambil selitkan dengan kata-kata romantik. Usah fikir hanya pasangan romantik sahaja boleh melakukannya.

Kredit : Maskulin.com.my

7 Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman

Gambar Sekadar Hiasan | Kredit foto: megaiskanti

Apa yang menariknya jika jadi anak sulung perempuan? menjadi anak sulung perempuan bukannya mudah. Walaupun bermacam cabaran dan dugaan sebagai anak sulung dengan masalah jantina nya sebagai perempuan, namun tetap mempunyai banyak kelebihan. Jangan peduli apa-apa orang nak kata kepada dirimu kerana kamu adalah seorang kakak yang baik untuk adik-adikmu. Sebagai bukti, kamu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh anak bongsu, kerana anak sulung perempuan itu selalunya menjadi isteri idaman setiap lelaki.

Kamu seorang yang jujur.

Hal ini kerana kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat neutral yang kamu miliki. Inilah sebabnya kamu menjadi sebab kenapa dan sesuai menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana. Siapakah yang tak mahu seorang isteri yang jujur kan?

Kamu bersifat Optimis dan Berdikari.

Walaupun dilahirkan sebagai anak perempuan sulung, kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan berdikari. Kamu bukan sahaja dapat membela nasib kamu sendiri bahkan dapat membela nasib adik-adik kamu serta keluarga kamu sendiri. Sebab itulah kamu menjadi idaman lelaki.

Kamu Seorang Perempuan yang selalu melindungi adik-adik.
Perempuan itu diperlukan bukan sahaja untuk kecantikkan secara fisik sahaja, namun faktanya lebih gemar bersama lelaki yang kuat dan berdikari. Oleh kerana kamu anak sulung, kamu memiliki tanggungjawab untuk menjaga adik-beradik selain mampu menjaga diri sendiri sekaligus dalam mengurus hal ehwal adik – beradik.

Anak Perempuan Sulung Biasanya Pandai Memasak.

Sudah pasti kamu biasa memasak dan membuat kuih mueh untuk adik beradik atau orang tua kamu. Sifat ibu yang menjaga keluarga cenderung untuk dimiliki oleh kamu. Bukan sahaja kelebihan memasak,selari dengan sifat lembutnya juga membuatkannya menjadi isteri idaman pada amnya.

Kamu Pendengar Yang Baik.

Oleh sebab kamu sudah terbiasa mendengar celoteh-celoteh dari adik mu, maka jelas sekali bahawa kamu pendengar yang baik. Kamu juga mendengar keluhan kisah adikmu dan tidak jarang memberikan adik kamu untuk jalan keluar. Bukan sahaja pendengar yang baik, kamu juga dianggap isteri idaman kerana kemampuan kamu untuk mengendalikan segala situasi masalah.

Anak Sulung Perempuan Merupakan Calon Ibu Yang Baik.

Macammana tidak menjadi isteri idaman? Kamu kan sebagai anak sulung perempuan yang sudah terbiasa menjaga adikmu. Kamu selalu membantu ibumu membuat kerja0kerja rumah disaat ibumu menguruskan adik-adikmu yang lain. Apabila terbiasa dengan menjaga orang lain maka jelas kamu mempunyai peribadi yang bertanggungjawab.

Anak Sulung Perempuan Terkenal Dengan Kerajinannya.

Kamu selalu membantu ibubapa membersihkan rumah disaat ibubapa kamu keluar atau pergi berkebun debelakang rumah. Kamu melakukannya dengan ikhlas dan bersemangat kerana anak sulung perempuan juga adalah tumpuan keluarga. Ini membuktikan kamu seorang anak yang rajin yang tidak harus diperselekehkan.

Kepada anak perempuan yang sulung, kamu sangat beruntung dapat menjadi isteri idaman setiap jejaka di luar sana! ini hanya sekadar coretan untuk anak sulung ye, anak tengah, anak bongsu pun ada kelebihan masing-masing. 🙂

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017


Jawatan Kosong kemas ,Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berminat, mempunyai kelayakan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN JAHITAN

2) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN MASAKAN

1. MAKLUMAT JAWATAN:-

Taraf Jawatan : Kontrak

Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Gred Jawatan : S29

Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00

Penempatan : i) Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar, Perak
ii) Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak

2. SYARAT LANTIKAN:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) memiliki diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan. Salah satu bidang yang berkaitan adalah seperti berikut:

i. Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Reka Fesyen); ii. Diploma Seni Kulinari; iii. Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal); iv. Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian; v. Diploma Pengurusan Hotel dan Katering; vi. Diploma Teknologi Makanan; vii. Diploma Pastri dan Bakeri

3. KELAYAKAN TAMBAHAN (Sekiranya ada):-

3.1 Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang berikut:- i. Bidang Pembuatan Pakaian Wanita; ii. Bidang Pembuatan Pakaian Lelaki; iii. Bidang Penyedia Makanan; iv. Bidang Bakeri; v. Bidang Pastri;

3.2 Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Training Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan.

4. CARA MEMOHON:-

4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS Pin. 2017 (AKK) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my) atau Facebook KEMAS.

4.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:-
17 Oktober (Selasa)

6. PEMAKLUMAN PENTING:-
6.1 Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:-

a. Tidak menggunakan Borang KEMAS Pin.2017 (AKK); atau b. Tidak lengkap dan tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki serta tidak disahkan; atau

c. Tidak memohon melalui pejabat KEMAS Negeri; atau
d. Permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan.

6.2 Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

6.3 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

6.4 Bagi pemohon yang berjaya temuduga akan dilantik sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) terlebih dahulu sebagai tempoh percubaan.

Lokasi : PERAK
Tarikh Tutup : 17 OKT 2017

Iklan Jawatan Kemas
Iklan Syarat Permohonan
Borang Permohonan

Sumber : Kemas.gov.My / By : MalaysiaViralStory

Bukti Cinta Itu Buta, Cuba Tengok Anak Pasangan Ini, Comel Sangat!

Dapat anak comel, Dalam hidup ini, tiada siapa dapat menjangka bila waktunya ajal, sebanyak mana rezeki yang akan kita peroleh dan dengan siapa kita bakal menghabiskan sisa hidup bersama.

Semua sudah ditentukan Allah swt. Jadi, kita hendaklah redha tanpa pedulikan kata orang. Seperti juga yang berlaku kepada pasangan yang pernah viral suatu masa dulu ini, ramai yang tidak percaya cinta sejati dapat menyatukan pasangan yang sangat ‘berbeza’ ini. Kisah percintaan Lucy Luvella dan Pen Visa mengejutkan netizen kerana siapa sangka Lucy sudi menerima kekurangan yang ada pada Pen Visa.

Wanita yang putih melepak, bermata bulat dan hidung mancung ini berasal dari Phnom Phen, Kemboja. Jika dilihat pada gambar di facebooknya, tidak mustahillah jika Lucy menjadi kegilaan ramai lelaki. Namun, cinta itu buta. Lucy memilih Pen Visa sebagai teman hidupnya. Mereka menikah sekitar Oktober 2015. Selang setahun kemudian, rumahtangga mereka dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata perempuannya.

 

Kisah percintaan pasangan yang berasal dari Phnom Penh, Myanmar ini bukanlah asing lagi. Pada awal tahun 2014, kisah percintaan mereka ini mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa

Lucy LuvElla dan Pen Visa ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa yang menganggap pasangan ini menjadi bukti sebenar bahawa cinta itu sememangnya buta dan bukanlah cerita dongeng semata-mata.

Biodata Riz Ulala, Beliau Lebih Cantik Dari Sajat?

Biodata Riz Ulala, Siapa Riz Ulala? Baru-baru ini viral di media sosial nitizen membandingkan antara Riz Ulala dan Nur Sajat. Ada yang mengatakan Riz Ulala lebih cantik dan menawan berbanding Nur Sajat. Adakah anda setuju? Siapa sebenarnya Riz Ulala ini? Cantik kah beliau?

Ini dia komen dan respond Riz Ulala sendiri tentang perbandingan dengan Nur Sajat.

Ada juga yang menggelar Riz Ulala sebagai lelaki tercantik di Kota Kinabalu. Ala-ala pretty boy gittew.  Setiap jejaka yang terpandang pasti akan tertawan dengan kecantikan yang dimilikinya.

Namun begitu, di sebalik kecantikan beliau, tahukah anda bahawa Riz Ulala ini sebenarnya bukanlah wanita tulen. Itu kami pasti. Malahan dalam Facebook rasmi beliau pun tertulis Gender: Male (OMG!)

Bagi anda yang ingin berkenalan lebih lanjut dengan Riz Ulala, jom semak biodata di bawah.

Biodata Riz UlalaNama: Riz Ulala

-Nama Popular: Riz Lala / Lala Nong Fasha

-Asal: Kota Kinabalu, Sabah

-Tarikh Lahir: 3 September 1995

-Umur: 22 Tahun (2017)

-Jantina Asal: Lelaki (ini kami pasti!)

-Status: Bujang

-Pendidikan:
– SMK Bandaraya II
– Pra-U SMK Tebobon
– Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam

-Warganegara: Malaysia

-E-Mail: rizulala.am@gmail.com

-Facebook: @rizulala

-Twitter: @rizulala

-Instagram: @rizulala

Gambar Menarik Riz Ulala

Recent search terms:

  • riz ulala
  • biodata riz ulala
  • rizulala
  • biodata penuh riz ulala
  • lala nong fasha lelaki
  • riz ulalala
  • siapa riz ulala

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita ?

Gambar Sekadar Hiasan | Kredit foto: rizalhariwijaya

Assalamualaikum.

Andai kamu mencari yang sempurna
Pasti kamu merana sengsara
Carilah yang tidak mencela
Mampu menerima dirimu seadanya
Yang berkongsi saat gembira
Dan sentiasa bersama di saat berduka

Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita,
yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat.

Jika kita SUKA seseorang,
kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun.

Tetapi jika kita CINTA seseorang,
kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita.

Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia.

Perlu diingat..
Hati itu mudah berbolak-balik sifatnya.
Jadi, kena minta supaya Allah yang jaga.
Nak harapkan manusia?
Hmmm hati sendiri pun belum terjaga, ada hati nak jaga hati orang lain.
Memang takkan menjadi..
Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.

Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.

Selain itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.

Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu?

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.

2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.

3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” “Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – [Ali-Imran: 31]

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/kenapa-allah-hantar-seseorang-untuk-kecewakan-kita/
  • kenapa allah hantar seseorang untuk kecewakan kita
  • sebab Allah hantar manusia datang untuk kecewakan kita

‘Maaf Tak Dapat Jadi Anak Yang Baik, Jumpa Lagi Papa,Selamat Tinggal Papa’ – Iqram Dinzly

Sudah berbelas tahun menghidap kencing manis dan darah tinggi, bapa Iqram Dinzly diserang strok separuh badan pada penghujung Ramadhan lalu. Kalau korang lihat pada posting Iqram di instagram, dia kerap post perkembangan terkini bapanya itu. Semakin hari perkembangan bapa Iqram semakin baik.

Namun, Allah lebih menyayangi, bapa Iqram dijemput Ilahi pada jam 5.35pagi tadi. Menurut Iqram, bapanya meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru selain turut diserang angin ahmar Jun lalu. Sedih betul kami baca luahan hati Iqram ini, dia memohon maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang baik. Tidak dapat selalu berada di sisi ayah. Kami percaya setiap anak pasti baik di hati ibubapanya. Kan? Sabarlah Iqram, semoga arwah bapa ditempat dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Rehatlah papa, maaf bukan anak yang baik

Iqram Dinzly meluahkan rasa sedih dengan kelihatan bapa tersayang, dia memohon maaf jika tidak mampu menjadi anak yang baik untuk ibubapa. Dia juga mohon maaf kerana tidak dapat sentiasa ada bersama arwah bapa. Katanya dia telah berusaha menjadi anak yang baik meskipun dia tahu tidak mampu sebaik adik beradik yang lain. Dia mohon semua mendoakan urusan, ujian dan dugaan ini dipermudahkan. Sebak!

Ucapan takziah netizen

Salam takziah kami ucapkan buat Iqram Dinzly sekeluarga, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Tawakal dan redha dengan ujian ini. 🙂

sumber : Iqram Dinzly

Jika BF Anda Lakukan 10 Perkara Ini, Makna Dia Sudah Sedia Untuk Jadi Suami

Kredit foto: enyenkahmed

Di saat anda berkenalan, pasti berputik rasa suka dan hingga membawa ke perkara yang lebih serius iaitu perkahwinan kan?. Tapi, apa tanda-tanda si lelaki tersebut dah ready untuk pilih kamu sebagai pasangan hidupnya (Isteri)? Inilah 10 tanda yang anda harus tahu bila si dia bersedia untuk menjadi suami kamu.

1. Berperangai budak-budak, kadang-kadang menangis di depanmu.

Pabila dia selesa dan serasi dengan kamu, kamu akan lihat sikap kebudak-budakan yang tersembunyi di dalam dirinya.

2. Dia masih mencari masa untuk kamu, walaupun dalam jadual kerja yang padat.

Bukan senang untuk ‘perform’ dalam kerjaya dan relationship dalam masa yang sama, tapi si dia sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk meluangkan masa bersama kamu. Sibuk mana pun jadualnya, pasti ada masa untuk diluangkan untuk kamu.

3. Ajak kamu ke kenduri kawan.

Sebenarnya, ini adalah ‘hint’ yang jelas untuk kamu bahawa kamu adalah calon terbaiknya untuk dikahwini.

4. Sembang pasal vacay, tentu ‘seronok’ kalau kamu ada

Kalau berbicara tentang percutian, tentu dia akan ingat pada kamu atau menyimpan cita-cita untuk pergi ke suatu tempat bersama kamu.

5. Setiap apa yang dia buat, tentu kamu tahu

Andai si dia nak buat apa-apa, dia tentu akan inform pada kamu supaya kamu tahu ke mana dan apa yang dia akan buat pada hari-harinya.

6. Tak segan bawa kamu jumpa keluarga dan rakannya

Komitmen paling tinggi adalah memperkenalkan kamu pada orang yang rapat dalam hidupnya. Something wrong kalau kamu tak dikenali oleh ahli keluarga atau rakan-rakannya.

7. Tak berkira bila nak spend duit

Keutamaan untuk kamu, biarpun bajunya tak berganti. Dia nak kamu dapat apa yang terbaik dan happy. Tak semestinya barangan yang dia beli mahal, ikut kemampuan yang dia ada.

8. Tiba-tiba je nampak macam ada ‘wawasan’

Dalam diam, dia berkerja keras untuk mencari pendapatan lebih, yelah nak berumah tangga bukan senang.

9. Beli barang untuk kamu

Semua orang tahu bahawa lelaki susah nak beli barang. Tapi kalau kamu suka sangat pada barang tersebut, tentu dia akan belikan juga suatu hari nanti.

10. Kamu nampak diri dia yang sebenar.

Semua emosi dia kamu akan lihat, termasuk marah dan cemburu. Baguskah? Ye memang bagus kerana dia mahu kamu memahami dia. Pernah kamu tunjuk emosi kamu yang sebenar pada orang yang kamu tak rapat? Mesti tak kan. So, inilah ideanya.

Jawatan Kosong Terkini MARDI Oktober 2017


Jawatan Kosong terkini di MARDI 2017  Tawaran ini dibuka khas untuk Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di MARDI sebagaimana berikut:

1. Pegawai Penyelidik Q41
2. Pegawai Tadbir Undang-Undang N41

PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 16 OKT 2017

Borang Dan Syarat Iklan Kekosongan 1
Borang Dan Syarat Iklan Kekosongan 2

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/jawatan-mardi/
  • jawatan kosong mardi oct 2017

Tidak Mengapa Jadi Single Sehinggalah Anda Berjumpa Dengan Seseorang Seperti Ini

Bila tengok orang lain berpasangan, pasti kita pernah berasa cemburu dengan mereka, bukan? Tetapi, kita tetap memilih untuk single kerana pengalaman lalu. Tidak mengapa. Anda tahu yang terbaik untuk diri anda, dan teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang seperti di bawah ini:

1. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang ingin memperkenalkan anda dengan ibu bapanya.

2. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang sanggup mengetepikan segala-galanya untuk ada di sisi anda apabila anda memerlukannya.

3. Seseorang yang akan berkata, “mesej bila dah sampai rumah,” dan tunggu sehingga anda benar-benar sudah tiba di rumah.

4. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang dapat perkenalkan dengan bangga kepada ayah anda.

5. Seseorang yang tidak cuba untuk mengubah anda.

6. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang tidak menyentuh anda.

7. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang berpegang pada janjinya.

8. Seseorang yang tahu untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesilapan.

9. Seseorang yang menceriakan anda apabila anda berasa tertekan.

10. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang membuatkan anda berasa ingin menjadi orang yang lebih baik.

11. Seseorang yang memberikan anda motivasi untuk anda lebih mencapai sesuatu dan menjadi yang lebih baik.

12. Seseorang yang yakin dengan dirinya dan masa depannya bersama-sama dengan anda.

13. Teruskan menjadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah berhenti dalam mencuba memiliki anda.

14. Kerana dia tahu tidak sukar untuk memiliki anda tetapi sentiasa memberikan sebab untuk anda kekal bersama.

15. Sementara belum berjumpa si dia, teruskan menjadi single dan berasa gembira dengan apa yang anda sedang lakukan.

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/seorang-single/

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia MPM Oktober 2017


Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perubatan Malaysia MPM bagi bulan Oktober 2017. Hebahan tawaran adalah dipelawa untuk semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perubatan Malaysia MPM sebagaimana berikut:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19
3. Pen. Pegawai Tadbir N29
4. Pen. Pegawai Undang-Undang L29
5. Akauntan WA41
6. Pen. Akauntan W29
7. Juruteknik Komputer FT19
8. Pegawai Tek. Maklumat F41
9. Pen. Pegawai Tek. Maklumat FA29
10. Pemandu Kenderaan H11
11. Pembantu Operasi N11

CARA-CARA MEMOHON
Permohonan jawatan adalah melalui Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia, http://mmc.gov.my/vacancy-advertisement atau dengan datang sendiri dan mengambil borang di pejabat MMC seperti alamat di bawah:

*Note: Disebabkan web MPM nak masuk agak berat admin dah tolong download utk korang.

Borang boleh Muat Turun Sini .PDF

Kaunter Khidmat Pelanggan MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA Blok B, Aras Bawah Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
Blok B, Aras Bawah Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Setiap borang permohonan jawatan mestilah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a) Kad Pengenalan dan Surat Beranak
b) Salinan Lesen Memandu
c) Diploma/Ijazah beserta Transkrip d) Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA e
) Surat berhenti sekolah
f) Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM dan
g) Sijil-sijil lain yang berkaitan

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Bandan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun yang terkini.

Tarikh tutup permohonan pada 23 Oktober 2017

Dari Unit Khidmat Pengurusan dan Korporat
Majlis Perubatan Malaysia.

Tarikh Pembentangan Bajet 2018 Malaysia 27 Oktober 2017

Tarikh Bentang Bajet 2018 atau Belanjawan Malaysia dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 27 Oktober 2017 oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan, pengangkutan dan keperluan perkhidmatan kesihatan serta perubatan untuk rakyat dalam pembentangan Belanjawan Malaysia (Bajet 2018) sejajar dengan prinsip kerajaan iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

TARIKH PEMBENTANGAN BELANJAWAN BAJET MALAYSIA TAHUN 2018 PADA 27 OKTOBER 2017 DI PARLIMEN

Bajet 2018 adalah cukup penting buat rakyat, pelaksanaannya perlu berlaku da­lam keadaan yang cekap dan berkesan, agar setiap rakyat dapat merasainya

Info Pembentangan Budget Malaysia 2018
Tarikh Dan Masa27 Oktober 2017, (Jumaat) bermula jam 4 petang
TempatDewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran LangsungBersiaran Secara Langsung Di Semua Stesen Penyiaran Awam Dan Derbayar Di Malaysia

Pautan Pantas LIVE Streaming Pembentangan Bajet 2018 Najib Razak

Pautan Pantas Intipati Ringkas Bajet 2018 Malaysia Najib Razak

Lelaki Muda Jatuh Cinta Pada Perempuan Berusia Disebabkan 12 Perkara ini

Kredit foto: shellaalaztha

Lelaki Muda Suka Perempuan Berumur? Kenapa lelaki memilih untuk mencari pasangan dengan wanita yang lebih tua? Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.

1. Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.

2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.

3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.

4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.

5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.

7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian

8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

Walaubagaimanapun,jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.

12 Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam

Kredit foto: fauzirchmn

Kadang  kita rasa macam dia suka pada kita. tapi tiada pulak dia tunjuk yang dia suka. atau kita je yang perasan? hihi. atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal. So, hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke? Jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

Pertama!

manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka. hahaha. dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan.

Kedua!

lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .

Ketiga!

diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha .

Keempat!

tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

Kelima!

si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .

Keenam!

bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!

mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.

Kelapan!

selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa .

Kesembilan!

bila korang kutuk dia depan lelaki lain , dia akan jadi sangat marah . tapi dia tak akan sergah korang , dia just diam and bagi jelingan maut je . chewahh . tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.

Kesepuluh!

selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la , dia mesti akan tengok korang balik dari jauh . Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!

bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka , dia akan diam je . ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu .

Kedua Belas!

last , bukti kukuh lelaki tu suka korang , bila dah terkantoi yang dia suka anda , dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda . bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik . bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je . dah sah la tu . tapi jangan confuse pulak . ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia . hahaha .

Recent search terms:

  • 12 tanda lelaki suka anda dalam diam
  • 12 tanda dalam diam lelaki menyukai anda
  • 12 tanda lelaki suka dalam diam
  • tanda dia suka kita tapi x mengaku
  • tanda lelaki jatuh cinta dalam diam

8 Tanda Wanita Diam-Diam Menaruh Perasaan Terhadap Anda

Kredit foto: ayuindriati

Masalah dalam percintaan memang tidak akan pernah ada habisnya untuk diperkatakan. Ketika seseorang sedang jatuh cinta, seringkali dengan hanya memerhatikan gerak-gerik tubuhnya akan langsung bisa dikenali. Namun demikian, mengungkapkan rasa cinta kepada seseorang nyatanya tidak semudah yang dibayangkan. Pada wanita khususnya, bahwa mengungkapkan perasaan suka pertama kali kepada seorang pria masih menjadi sesuatu yang tabu untuk dilakukan.

Cinta adalah sesuatu yang abstrak, tetapi bisa dirasakan. Oleh karena itu, cinta harus diungkapkan bukan malah dikubur di dalam hati. Sayangnya, tidak semua wanita memiliki cukup keberanian untuk mengungkapkan perasaannya. Hal inilah yang harus segera disadari oleh para pria, meskipun diciptakan denga hati yang tegar, bukan berarti para pria harus mengeraskan hatinya sehingga tidak bisa mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh para wanita.

Maka dari itu, para pria, jangan biarkan wanita menunggu Anda terlalu lama, jangan biarkan rasa cintanya kepada Anda mengering dan akhirnya Anda hanya bisa menyesali. Berikut adalah 8 tanda seorang wanita mencintai Anda secara diam-diam.

1. Tatapan matanya

Pernahkah Anda merasakan ada seseorang mencuri-curi pandang ke arah Anda ketika sedang makan di kantin, duduk di depan meja kerja atau saat hadir dalam sebuah acara pesta bersama sahabat. Biasanya, bagaimana cara wanita menatap seorang pria menunjukan perasaannya yang sesungguhnya dan itu tidak bisa dibohongi.

2. Senyuman

Perhatikan, setiap kali Anda berpapasan dengannya apakah ada senyuman tulus menghiasai bibir cantiknya? Jika ya, tunggu dulu jangan terburu-buru menganggapnya serius, masih ada beberapa tanda lain yang perlu Anda ketahui untuk semakin memastikan bahwa dia betul-betul mencintai Anda.

3. Mengigit bibir bawahnya

Wanita adalah makhluk yang eksotis. Menurut penjelasan beberapa ahli kepribadian, mengigit bibir bagian bawah adalah cara wanita menunjukkan ketertarikannya akan sesuatu, bahkan ketika ia tertarik dengan lawan jenisnya kebiasaan yang sama tanpa ia sadari akan dilakukannya juga.

4. Cara berbicaranya

Masih menurut penjelasan para ahli kepribadian, cara berbicara seorang wanita juga bisa menjadi indikator bagi para pria untuk mengetahui apakah ia sedang tertarik dengan Anda atau tidak. Hal ini sama seperti ketika Anda sedang berbicara dengan orangtua atau dengan seseorang yang sangat Anda kasihi, akan ada rasa hormat dan kata-kata lembut keluar dari mulutnya.

5. Berusaha meniru kebiasaan Anda

Karena tidak memiliki cukup keberaniaan untuk mengutarakan perasaannya langsung kepada Anda, maka ia mencari cara lain untuk menunjukkannya dengan cara meniru kebiasaan atau hal-hal yang selama ini Anda sukai.

6. Sangat perhatian

Jangan ragukan perhatian darinya, tetapi juga jangan buru-buru terlalu percaya diri dengan apa yang dia berikan kepada Anda. Ada perbedaan mendasar yang perlu Anda pahami, apakah perhatian yang ia tunjukkan betul-betul karena rasa cinta atau hanya karena alasan simpati belaka. Perhatian yang seorang wanita tunjukkan karena sedang jatuh cinta biasanya lebih “spektakuler” dan Anda betul-betul menjadi satu-satunya orang di dalam hatinya.

7. Senang membantu Anda

Tiap kali Anda membutuhkan bantuan tidak pernah keluar kata penolakan darinya. Selain itu, ia lebih senang menghabiskan waktunya bersama dengan Anda daripada melakukan kegiatan yang lain bersama teman-temannya.

8. Selalu ingin dekat dengan Anda

Ketika Anda dan dia keluar bersama menghabiskan akhir pekan bersama sahabat, tanpa Anda sadari dia cenderung lebih senang berjalan di sebelah Anda.

Dalam masalah percintaan setiap wanita sangat berharap pihak laki-lakilah yang memiliki inisiatif pertama mengutarakan perasaan. Namun, banyak kasus terjadi para pria justru memendam perasaan dan akhirnya berakhir dalam penantian yang tak kunjung usai. Tak jarang pula rasa sesal baru dirasakan setelah mengetahui bahwa sebetulnya mereka berdua sama-sama saling menyukai, tetapi semua sudah terlambat karena masing-masing atau salah satu pihak sudah terikat dalam pernikahan dengan orang lain.

1 2 3 19
Go to Top

Send this to friend