Adik Kandung Sanggup Ganti Duit Yang Dicuri Abang Sendiri

Aku cuba ringkaskan sebaik mungkin tanpa terlalu memburukkan orang ini yakni saudara kandung aku sendiri yang aku namakan B. Macamni ceritanya, sebelum ni aku bekerja ngan B ni bawah 1 company tapi berlainan bangunan.

Pergi dan balik kerja sama-sama dengan B. Lepas tu tiba-tiba satu hari ni si B ni hantar mesej kat aku bagitau yang dia dh balik dan kawan dia yang hantar dia balik rumah. So aku tak syak apa-apa, petang tu aku pun drive la kereta sorang-sorang balik rumah. Sampai je rumah, mak aku terus tanya kenapa dengan B, dia cakap dia dah berhenti kerja. Bila mak aku tanya kenapa, dia cuma cakap tak ada apa-apa, saja nak berhenti. Kalau korang jadi mak aku pun korang tak percaya jgak kan.

Takkan la dok saja-saja tiba-tiba je nak berhenti kan. Mak aku mintak tolong aku tanya kawan dia esok sebab dia berhenti. Jadi aku pun trus la pergi tanya supervisor dia dan jugak manager HR esoknya, tapi semuanya cakap tak tau. Nampak sangat la menipunya kalau org HR tak tau kan. Aku pun tak nak la paksa orang sebab mungkin dah kerja dia macamtu, kena pegang amanah, jadi aku diamkan je la. Dan si B ni pulak jadi la penganggur kehormat dalam rumah kami.

Nak dijadikan cerita, sebulan lepas B berhenti, aku terjumpa personal file yang company simpan untuk setiap pekerja masa aku tengah cari personal file staf lain. ( Aku bukan pecah amanah tau sebab keja aku memang dibolehkan untuk tengok file semua staf dan gaji staf..hehe). Aku pun terdetik nak bukak file dia sebab masa dia berhenti dulu, aku tak jumpa file dia. Mungkin orang HR sorok dari aku kot sebab aku dah memang ada akses untuk tengok kan. Tapi apa yg aku nampak hanya Allah yang tau. Dalam file dia tu ada surat bertulis tangan si B yang membuat pengakuan bahawa B dah mencuri duit company dalam ribuan ringgit jugak la.

Si B juga berjanji akan membayar balik duit yang telah diambil dalam masa beberapa bulan atau tindakan undang-undang akan diambil atas B ni. Masa ni, aku rasa gelap dunia aku bila aku terfikir mak aku kat rumah. Apa akan jadi kalau mak aku tau pasal ni sebab mak aku dh bagi didikan yang sempurna untuk anak-anak dia. Seluruh badan aku ketar, otak aku mati. Terus aku ambil surat tu, fotostat 1 copy (mungkin bab ni aku salah, tapi tolong jangan kecam) dan simpan. Kemudian aku jumpa bos aku dan ckp aku tak berapa sihat, mintak cuti halfday. Bos aku terus sign punchcard aku dan aku keluar terus menangis dalam kereta. Aku ambil keputusan untuk bagitau saudara sulung aku sebab aku kena cari seorang yang aku percaya untuk aku lepaskan rasa hati aku ni, sedih aku, kecewa aku, malu aku, takut aku.

Sedih sebab si B ni saudara kandung aku, kenapa dia buat macamtu. Kecewa sebab mak aku bagi kami didikan yang sama, kenapa dia tergamak mencuri. Malu sebab bos aku tau perkara sebenar tapi tetap melayan aku dengan baik tanpa ada prasangka walaupun si B ni saudara kandung aku. Takut jika mak aku tau perkara sebenar, abah aku dengar dari orang lain, apa yg akan jadi pada si B dan juga kesihatan mak dan abah aku. Akhirnya aku dan saudara sulung aku buat keputusan untuk diamkan je perkara ni sebab aku anggap dia akan cuba selesaikan hutang tersebut.

Setahun berlalu, si B ni pun dh bekerja dalam tempoh masa yang dia berjanji untuk bayar balik hutang tersebut dengan gaji yang agak lumayan, hampir double gaji aku. Tapi sebulan sebelum raya, si B ni berhenti lagi, tapi atas sebab apa aku tak tau la. Mungkin tak sesuai dengan jiwa dia kot. Aku dan saudara sulung aku pulak masih macam dulu, diamkan je macam kami tak pernah tau apa-apa sebab kami andaikan semuanya dah selesai. Namun, masalah timbul lagi bila kali ni, orang account tertinggal nota dia atas meja aku. Dan mata aku terus ternampak nama si B ni dengan remarks di sebelah nama dan jumlah hutang dia tertulis “write off”.

Maksudnya si B tak pernah bayar sampai bos aku terpaksa ambil keputusan untuk lupakan je hutang tersebut tanpa ambil apa-apa tindakan undang-undang. Mungkin kerana aku masih bekerja di sini, dia cuba nak elakkan kekecohan. Akhirnya aku bersemuka dengan orang account dan cerita hal sebenar yang aku dah tau dari awal lagi. Bila aku minta kepastian dari dia, dia mengaku yang si B tak pernah masukkan duit seperti yang dia janjikan. Luluh lagi hati aku. Seperti dahulu, aku bagitahu saudara sulung aku mengenai perkara ni. Aku ada suarakan pada dia yang aku nak bayar hutang B, kalau tak banyak, RM100 sebulan pun jadi la memandangkan gaji aku pun tak banyak. Saudara sulung aku tentang habis-habisan mengenai idea aku ni. Untuk pengetahuan semua, hubungan kami adik beradik dengan si B ni memang kurang rapat sejak dari kecil atas sebab yang aku tak payah huraikan sebab aku dah berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk tak memburukkan si B.

Orang account juga marah dengan aku bila aku minta dia tolak gaji aku setiap bulan sampailah hutang tersebut langsai. Aku jadi tertekan, niat aku bukan nak tunjuk baik, tapi aku terfikirkan mak aku. Siapa tahu si B pernah gunakan duit curian tersebut untuk membeli barang-barang makanan di rumah. Aku takut kami sekeluarga pernah termakan duit hasil curian si B.

Aku merasakan disebabkan aku tau mengenai perkara ni, aku bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang tersebut. Jadi para pembaca sekalian, aku ingin tau apa pendapat korang. Apa yang harus aku buat? Aku harap korang jangan kecam si B mahupun family aku, aku cuma betul-betul perlukan nasihat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku yang panjang ni walaupun aku dh berjanji untuk ringkaskan cerita.

Kredit: Adik perempuan B

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*