,

Aku Sambut Bayi Ex Aku, Tapi Wife Aku Masih Tak Mengandung Lagi

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Aku dah bekerja sebagai HO di salah sebuah hospital kat ibu kota, and sekarang bertugas dibahagian OBS GYNAE. Aku ada masalah sekarang ni. Hari tu, aku ada sambut kelahiran baby, tau tak baby siapa yang aku sambut? Anak ex aku weyy!

Aku terkejut sebab setahu aku dia ada masalah susah nak mengandung. Aku dapat tahu masalah ni masa tengah study and kita orang dalam persediaan nak ke oversea dulu.

Kami couple dah lama since form4 lagi, then sama-sama dapat straight ‘A’ masa SPM dan ditawarkan ke oversea. Sejak sekolah dia memang senggugut dahsyat tahap ekstrem sampai pengsan-pengsan.

Tapi aku terkejut waktu kat A level dulu dia confess yang dia susah nak mengandung sebab ada masalah. Fikir punya fikir, bincang punya bincang dengan kawan-kawan and parents, aku decide untuk clash.

Yelah, siapa tak nak zuriat kan? Lepas A level aku ke Ireland dan dia ke India. Since tu aku dah lost contact dengan ex aku. Masa kat Ireland aku jumpa wife aku dan kita orang kahwin masa 3rd year.

Setahun sebelum tu aku ada dengar-dengar yang ex aku pun dah kahwin waktu 2nd year. Tapi aku tak ambik port lah sangat sebab dah bawak haluan masing-masing. Masalahnya wife aku takde ‘isi’ sampai sekarang.

Dah 5 tahun kahwin wey! Tapi wife aku layan aku baik je, pandai masak, jaga makan pakai aku. Perfect! Cuma kita orang takde anak. Dah jumpa doktor pakar and kita orang takde masalah apa pun.

Berbalik pada kisah sambut baby tadi, aku terkejut bila tengok kad merah ex aku dia tulis G3P2 !! Maksudnya tu kandungan ketiga. Lepas ex aku selesai bersalin tu, aku rasa dia cantik sangat.

Mula-mula dia tak nak aku sambut tapi waktu tu aku sorang je HO Muslim yang bertugas. Suami dia pulak lebih prefer HO berbanding dengan nurse. So, aku pun sambutlah baby dorang. Lepas bersalin and masa husband dia keluar, aku tanya ex aku macam mana boleh pregnant?

Dia cakap dia pun terkejut, maybe rezeki Allah Taala katanya sambil senyum-senyum. Macam mana ni? Sekarang aku asyik teringat ex aku je. Angau da. Mandi tak basah, makan tak kenyang.

Pada masa yang sama aku kesiankan wife aku jugak. Cuma masalahnya kami takde zuriat je. Jahat ke aku? And ada possibility tak yang ex aku ada guna-guna kat aku? Ke aku yang syok sendiri? | Malaysiaviralstory

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *