Apa Itu Katarak Mata?

Katarak adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan mata berselaput dan menjadi rabun. Penglihatan menjadi kurang jelas atau rabun disebabkan kanta mata menjadi ‘keruh’ dan menyebabkan cahaya tidak dapat menembusinya.
Bila kurang cahaya, maka benda-benda yang diperhatikan akan nampak samar-samar sahaja. Contohnya kalau tengok seseorang, hanya kelibatnya atau bentuk tubuhnya kelihatan, tetapi rupa parasnya tidak jelas

 

Penyakit katarak ini perlu dipandang serius, kerana jika tidak dirawat dan apabila usia semakin meningkat, berkemungkinan besar boleh menjadi buta.

Tanda-tanda penyakit katarak mata

    1. Penglihatan semakin lama semakin rabun, dan ketara dari sebulan ke sebulan. Apatah lagi dalam tempoh bandingan setahun yakni apabila usia telah meningkat lagi setahun.
    2. Sukar membaca, walaupun dah pakai cermin mata yang biasa dipakai.
    3. Kerap tukar cermin mata, kerana merasakan penglihatan masih tak cukup ‘clear’ walaupun baru bulan lepas tukar cermin mata yang baru.
    4. Terdapat satu lapisan atau selaput putih pada anak mata.
    5. Antara simptom yang lazim ialah mudah merasa silau terhadap cahaya terang.

Punca-punca dan faktor risiko mengalami katarak

    1. Pesakit kencing manis atau diabetes, lebih-lebih lagi bagi yang dah puluhan tahun mendapat kencing manis dan kurang mengawal pengambilan gula demi mengurangkan implikasi diabetes yang dialami. Ini disebabkan paras gula yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan terjadinya pembentukan lapisan pada mata yang menyebabkan katarak.
    2. Katarak biasanya dikatakan penyakit orang veteran, ekoran proses peningkatan usia. Kebanyakan mereka yang mengalami katarak adalah dari golongan yang berusia 60 tahun ke atas.
    3. Katarak juga boleh berlaku sekiranya ibu menghidapi infeksi seperti penyakit Rubella ketika mengandung. Implikasinya bukan kepada ibu tetapi kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Rawatan Katarak

Jadi sekiranya anda mensyaki tanda-tanda katarak pada diri anda, segeralah berjumpa dengan doktor mata untuk pemeriksaan bagi mengelakkan katarak semakin menebal. Jauhkan diri dari asap dan habuk serta pendedahan kepada cuaca panas berlebihan untuk mencegah pembentukan katarak.

 

Doktor kemungkinan akan mengesyorkan pembedahan membuang selaput sebagai rawatan untuk memulihkan penglihatan. Pembedahan sedemikian biasanya mengambil masa antara 30 ke 40 minit sahaja.

 

Sewaktu pembedahan, kanta mata yang asal yang kabur akan dibuang dan digantikan dengan kanta tiruan untuk memulihkan penglihatan.

 

Dalam kebanyakan kes, pesakit melaporkan bahawa penglihatan mereka pulih sepenuhnya selepas 3 bulan menjalani pembedahan. Namun dalam tempoh tersebut mereka perlu menjalani rawatan susulan rapi, mengambil ubat-ubatan dan memakai cermin mata gelap kerana mata sangat sensitif terhadap sinaran matahari.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Apa Itu Katarak Mata?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend