in

Apa itu Gerakan Intifada? Disebalik Persengkengketaan Palestin & Israel

Apa itu gerakan intifada? Harini ini Pemimpin Hamas, Ismail Haniya, menyeru Gerakan intifada baru penduduk Palestin berikutan tindakan drastik Presiden Amerika Syarikat, Donlad Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang sah,

“Hanya intifada boleh menentang dasar Zionis disokong Amerika ini,” kata ketua pergerakan bersenjata Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza dalam ucapannya.

Intifada berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “kebangkitan” atau “mengguncang.”

Istilah ini digunakan bagi menggambarkan pemberontakan rakyat untuk melawan sesuatu tindakan kejam terhadap mereka

Banyak orang Barat mengklasifikasikan intifada ini sebagai pemberontakan dengan kekerasan di Timur Tengah.

Sedangkan di dunia Arab, intifada adalah pemberontakkan yang berbentuk sah dan menjadi salah satu cara untuk mencapai kemerdekaan atau pembebasan dari penindas.

Istilah “intifada” telah menjadi sesuatu yang memacu banyak perdebatan di pentaas komuniti politik dunia kotemporari.

Bagi orang yang percaya bahawa revolusi kekerasan kadang-kadang diperlukan atau dibenarkan, respon terhadap intifada cenderung lebih seragam, terutama ketika orang tersebut adalah penduduk daerah yang sedang mengalami revolusi itu sendiri, seperti tekana yang diberi oleh US/Israel terhadap palestin

Peristiwa intifada Sebelum ini

Peristiwa intifada yang paling dikenal adalah pemberontakan Arab Palestn di wilayah yang diduduki Israel.

Intifada pertama berlangsung dari tahun 1987-1993 yang dicetus atas keperihatinan bahawa dunia Arab telah mengabaikan Palestin.

Gerakan ini berakhir setelah dicapai perjanjian damai dan tindakan military oleh pemerintah Israel.

Gerakan intifada kedua dimulai pada tahun 2000, yang antara lain dicetus oleh kunjungan pemimpin Israel, Ariel Sharon, ke Masjid Al-Aqsa.

Ribuan warga Israel dan Palestin tekorban dalam gelombang intifada ini.

Kumpulan militan seperti Hamas umumnya terkait rapat dengan intifada. Beberapa gerakan intifada terkenal lainnya meliputi pemberontakan populasi melawan Saddam Hussein di Iraq pada tahun 1991, Revolusi Cedar di Lebanon, Intifada Maret di Bahrain, dan Intifada Zemla yang berusaha mengusir Spain dari Sahara pada tahun 1970.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *