,

Bagaimana Nak Ke Jepun Selama 5 Hari Dengan Bajet Bawah RM800?

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Nak ke Jepun dengan bajet RM800 boleh ke?, berikut kami kongsikan tips yang telah ditulis oleh Puan Azlin Farida. Kalau rasa ianya bermanfaat, kongsilah dengan rakan-rakan yang lain ya!

Hari Pertama

  1. AirAsia flight ke Osaka jam 1 pagi – redeemed tiket menggunakan points sahaja.
  2. Tiba di Kansai Airport jam 8.30 pagi, beli 1 Day Osaka Pass di Tourist Information kaunter – 2300 yen seorang
  3. Kansai airport ke Shinimamiya Station – 920 yen seorang sehala
  4. Simpan luggage di Hotel Taiyo, hotel booking dan bayar melalui Agoda.com – RM105/semalam bilik 2 orang
  5. Jalan kaki ke Tsutenkaku Tower dan naik sampai ke view deck – Percuma dengan Osaka Pass.
  6. Naik subway untuk ke Osaka Castle dan Osaka Castle Park
  7. Pulang ke hotel > Check in, solat, mandi dan lunch Brahim dari Malaysia
  8. Petang kami ke Tempozan Giant Ferris Wheel, berdekatan Kaikan Aquarium menaiki subway. Naik percuma dengan Osaka Pass.
  9. Tempozan Marketplace untuk ke Tempozan Anipa (indoor mini zoo) – 600 yen seorang.
  10. Dotombori window shopping > Dinner Takoyaki – 500 yen untuk 9 pcs
  11. Tombori River Cruise percuma dengan Osaka Pass
  12. Tamat Hari 1 dan tamat lah pengunaan Osaka 1 day Pass.

Hari Kedua

  1. Check out dan simpan luggage di Hotel.
  2. Jalan kaki ke Shinimamiya Station JR dan beli tiket ke Kyoto Station, beli di vending machine je. Perjalanan
    ambil masa selama 1 jam – 920 yen seorang sehala.
  3. Tiba di Kyoto Station kami beli tiket JR line ke Inari station untuk ke Fushimi Inari via Nara line. Tiada bayaran tiket masuk dikenakan – 140 yen seorang sehala.
  4. Kemudian kami ke Bamboo Forest menaiki JR ke Arashimaya, tiada entrance fee juga. Boleh pilih untuk sewa basikal jalan-jalan sekitar sini. Kami pilih hanya berjalan kaki sahaja. – 240 yen seorang sehala.
  5. Dari Arashimaya kami beli tiket JR direct ke Universal Studio Osaka untuk ambil gambar dariluar dan ke HRC je – 970 yen seorang sehala.
  6. Hard Rock Cafe Osaka, USO souvenir shop dan bergambar di USO globe je, tak masuk dalam USO ye.
  7. Ambil JR dari USO ke Shinimamiya Station – 180 yen seorang sehala
  8. Collect luggage dan dinner di Hotel makan maggi dan Brahim.
  9. Beli tiket subway ke Umeda Station untuk ke Umeda Building untuk menaiki Willer Bas ke Tokyo. Tiket bas beli online dari Malaysia – RM105 seorang/sehala.
  10. Bas akan jalan tepat jam 10.30 malam dan akan tiba di Tokyo jam 7 pagi

Hari Ketiga

  1. Bas tiba di Shinjuku Sumitomo Building tepat jam 7 pagi.
    Apartment AirBnb yang telah kami booking terletak agak luar kawasan dari bandar Tokyo, iaitu di Narita line, berdekatan Ohanajaya Station.
  2. Dari subway Tochomae Station kami beli tiket ke Ueno station. Di sana kena beli tiket lain untuk ke Ohanajaya melalui Kensei Line pulak. – 410 yen seorang/sehala
  3. Kami tiba di Ryu’s Apartment sekitar jam 9 pagi. Apartment 2 bilik ini di sewa dengan kadar sewaan RM302/semalam. Kami berkongsi apartment ini dengan Ecah dan suami yang akan tiba di Tokyo dari Malaysia hari ini.
  4. Since kami cuma akan menginap 2 mlm sahaja, seorang hanya perlu bayar RM187.50/dua malam/seorang.
  5. Ohanajaya ke Ueno melalui Kensei Line 190 yen seorang sehala.
  6. Dari Ueno kami ke Ameyoko Shopping Street untuk window shopping dan makan Kebab – 500 yen
  7. Beli 2-days Tokyo Metro Pass di Akihabara kerana Ueno Station dah tak jual pass ini, jalan kaki je dari Ueno ke Akihabara.
  8. Kami beli subway pass di dalam bangunan Sofmap Akihabara di Level 2 – 1200 yen seorang untuk 2 hari.
  9. Naik subway ke Shibuya untuk ke Shibuya crossing dan Hachiko Statue.
  10. Lepak di Starbucks di dalam Bangunan Tatsuya sambil tengok orang melintas jalan – 500 yen untuk minuman.
  11. Hard Rock Cafe Tokyo
  12. Tokyo Tower – kami tak naik atas sebab hujan renyai, beli poncho di 7 eleven – 100 yen seorang.
  13. Balik ke Ueno Station dan beli tiket Ueno ke Ohanajaya (Metro Tokyo pass tak cover Kensei Line) – 190 yen
  14. Tiba di apartment Ecah dan suami dah sampai. Kami dinner maggi dan Brahim sahaja.

Hari Keempat

  1. Metro Ohanajaya Station ke Ueno Station – 190 yen
  2. Tapau kebab di Ueno dan lepak di Ueno Park sebab hari masih awal, kedai belum banyak buka lagi – 500 yen
  3. Shopping di Ameyoko Shopping Street – bajet sendiri
  4. Oshiage Tokyo Sky Tree. Tak naik pun, lepak bawah tower tengok performance sahaja.
  5. Asakusa – Sensoji Temple
  6. Nakamise Shopping Street (Kaminarimon) – sini souvenir murah jugak. 1 paket ada 3 magnets 450 yen.
  7. Ke Ueno semula untuk shopping dan makan buah strawberry manis dan tembikai – 600 yen untuk buah. (Mahal oi!)
  8. Asahi Headquarters Building
  9. Harajuku – Takeshita Street. Pelbagai fesyen orang Jepun yang pelik boleh di lihat di sini. Ada Daiso besardi sini, 100 yen semua barang.
  10. Tapau Kebab di Harajuku untuk dinner – 500 yen
  11. Metro Ueno ke Ohanajaya – 190 yen

Sedang kami dinner di rumah, kami sempat merasai pengalaman gempa bumi lebih kurang 3 minit. Ketika itu saya sedang duduk makan kebab dan suami sedang berdiri bancuh air.

Gegaran yang mengeluarkan bunyi krik krik macam bangunan nak runtuh tu. Apartment kami dah la di Ground Floor. Risau kena hempap dek bangunan atas je. Tapi pelik tak dengar pun bunyi orang menjerit ke, berlari keluar ke, even kami pun kaget je dalam rumah.

Lepas gegaran reda baru kami tukar pakaian capai bag dan keluar untuk dapatkan info lanjut. Sempat juga saya mesej famili di Malaysia untuk beritahu kedaan kami dan sekelip mata berita pun tersebar di internet danmedia sosial yang gempa bumi baru sahaja melanda bandar Tokyo dengan gegaran 7.8 sr.

Kami terus menuju keluar konon nak ke embassy Malaysia, tak sempat sampai embassy lagi dapat berita yang Airport Narita telah ditutup pada malam tu. Haru biru oi sebab esok dah nak balik KL. Dalam perjalanan nak ke embassy konon nya tu, dapat info yang Ecah dan suami terperangkap dalam JR ketika gempa bumi berlaku.

Mereka pun tak pasti mereka kat station mana, lepas sejam baru Ecah dapat keluar dari metro dan berjalan kaki keluar menuju ke Ueno sebelum metro kembali beroperasi semula. Kami pulak tak jadi ke embassy sebab selepas berborak dengan local, gegaran tadi tidak mengeluarkan amaran bahaya atau tsunami.

Maka kami pun lepak je kt Shibuya dan layan suasana malam di tengah bandar Tokyo dengan saya berpakaian baju kelawar yang biasa orang bawa tidur je kt Malaysia. Hehehe.

So tiada drama lain, kami pulang ke Ohanaja Station – 190 yen

Hari Kelima

  1. Seawal jam 5 pagi kami keluar dari apartment untuk ke Narita Airport risau airport masih ditutup. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam lebih – 920 yen.
  2. Alhamdullilah Airport dah beroperasi selepas tutup sekejap je malam tadi selama 1 jam selepas gemba bumi.
  3. Selepas check in luggage, kami terus tuju ke Tentei Restoran untuk makan tempura halal – 860 yen/set/seorang
  4. Beli luggage balik dan in flight meals RM50/seorang
  5. Home sweet home!!

Nota:
100 yen = RM3 ketika itu (Mei 2015)
Total in Yen = 13,810 = RM414.30
Total in RM = 395.00
TOTAL = RM809.30 (tidak termasuk tiket penerbangan)

Pautan-pautan ke laman web yang berguna untuk travel ke Jepun:
https://www.osaka-info.jp/osp/en/index.html
http://www.hotel-taiyo.com/en/index_e.html
http://willerexpress.com/en/
http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/index.html
https://www.airbnb.com/users/show/13786490

Nota tambahan:

  • Tiket flight ke Jepun boleh didapati serendah RM650 ke bawah ketika promo AirAsia.
  • JR Pass berbaloi kalau anda stay lebih dari 1 week di Jepun dan nak cover lebih dari 3 cities di atas ni. Untuk short trip naik bas and amik pass je.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *