Bahaya Makan Julap Untuk Cuci Perut

by Fiza on December 12, 2016

Jika terpaksa, pengambilan julap atau ubat cuci perut harus dielakkan. Perkara yang terbaik ialah untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang berkelayakan dan berpengalaman sebelum menggunakan sebarang jenis ubat-ubatan dengan tujuan untuk mencuci perut.

Berkaitan topik penjagaan kesihatan perut dan tubuh, anda tidak memerlukan sebarang ubat julap, sebaliknya pengambilan makanan yang teratur dengan gizi seimbang termasuklah pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang banyak mengandungi serat dilihat sudah cukup untuk membantu.

Jika betul pemakanan yang diamalkan dan sukatan makanan adalah yang sepatutnya dan tidak berlebih-lebihan, maka makanan yang banyak mengandungi serat atau fiber tersebut akan membantu sistem pencernaan tubuh.

Dengan demikian proses membuang air besar untuk mengeluarkan toksin dan bahan yang tak diperlukan oleh tubuh akan menjadi normal dan lancar.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • julap
  • air julap
  • ubat julap

Komen Disini