in

Intipati Ringkas Bajet 2018 Malaysia – Perdana Menteri

Bajet 2018 Malaysia (Ringkasan). Pasti ramai antara anda yang menanti penuh debaran tentang Pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri (PM) kita Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017. Pembentangan bajet kali ini seperti biasa akan dibuat oleh PM sebagai Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Rakyat bermula jam 4 petang. Siaran langsung pembentangan akan disiarkan secara langsung di saluran TV dan Radio utama di Malaysia.

Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia, berikut dikongsikan Intipati Bajet 2018 Malaysia (ringkasan isi kandungan penting) yang akan dikemaskini selepas pembentangan tamat.

Ringkasan Kandungan Bajet 2018

Bajet 2018 kali ini sudah pastinya akan tertumpu kepada kesejahteraan rakyat dan antara yang menjadi keutamaan adalah golongan pekerja awam dan swasta. Golongan pekerja sememangnya menantikan pengumuman kerajaan dalam Bajet 2018 nanti dan bagi sektor swasta pastinya menunggu penyelarasan gaji minimum.

Semakan gaji minimum perlu mengambil kira bebanan kos sara hidup masa kini agar mampu mengurangkan jurang pendapatan sektor awam terutamanya di Malaysia, dan sudah tiba masanya kerajaan memberikan perhatian dengan menentukan kadar gaji berdasarkan kemahiran pekerja.

Intipati Bajet 2018 (Ringkasan Kandungan)

  • Tema Bajet 2018: Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50

Teks Ucapan PDF Bajet 2018 

TouchPoint Bajet 2017 PDF

Berikut kami akan kongsikan ringkasan kandungan intipati Bajet 2018 :

Intipati Ringkas Bajet 2018 Malaysia Najib Razak
▶Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan
▶RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion
▶Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan
▶Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam
▶Pulau Pangkor diisytihar sebagai pulau bebas cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor
▶Kerajaan akan kaji pembinaan jambatan hubungkan Labuan dan tanah besar di Sabah
▶Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022
▶Setiap pelajar di IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250
▶Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta
▶Pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu diteruskan
▶Diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan hingga Disember 2018
▶Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM
▶RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus
▶RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5,000 unit rumah generasi kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB
▶RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan
▶Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah
▶Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital
▶Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018
▶Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027
▶Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara
▶Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi
▶RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres
▶Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
▶Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan
▶Sebanyak RM65 juta diperuntukkan untuk pembangunan kampung-kampung baru Cina. RM10 juta lagi diperuntukkan untuk membaik pulih rumah
▶Tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan perkhidmatan awam
▶Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan dengan kadar maksimum RM1200
▶Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000-RM70,000
▶Memansuhkan kutipan TOL di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor bermula 1 Januari 2018
▶Memansuhkan kutipan TOL di Bukit Kayu Hitam, Kedah bermula 1 Januari 2018
▶Memansuhkan kutipan TOL di Eastern Dispersal Link, Johor bermula 1 Januari 2018
▶Peruntukkan RM3.9bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol
▶Permulaan tahun 2018, sebanyak 50 kedai akan dijadikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0) dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh 3 tahun
▶Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21
▶Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan
▶Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi
▶Sebagai permulaan kerajaan memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa melalui ejen. Majikan boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara atas talian dengan bayaran levi dan fi pmprosesan seperti kadar sedia ada
▶Pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan
▶RM1.4 bilion untuk menaiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan dan ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hospital Muar, Banting & Balik Pulau
▶RM2.9 Billion – bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan
▶Peruntukan terbesar RM2.5 bilion bagi tempoh 2 tahun. RM500 juta kepada sekolah-sekolah daif semenanjung Malaysia, RM1 bilion kepada sekolah-sekolah daif Sabah dan RM1 bilion kepada sekolah-sekolah daif Sarawak
▶Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC
▶Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerja menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat selain menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung
▶Elaun warga emas dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM350 sebulan untuk memanfaatkan hampir 144,000 orang, dengan peruntukan RM603 juta
▶Elaun Orang kelainan Upaya (OKU) yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU dinaikkan sebanyak RM50 sebulan yang akan memanfaatkan lebih RM163,000 orang dengan peruntukan RM100 juta
▶Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan
▶Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun dan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan
▶Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)
▶Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016
▶Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
▶Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan
▶Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi
▶Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun
▶Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan
▶Bayaran khas one-off kepada ketua kampung dan tok batin sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang
▶Bayaran Khas RM1500 kepada Penjawat Awam, Pesara kerajaan RM750
▶RM50 juta diberikan kepada Giat Mara untuk membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara
▶Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak
▶Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA
▶PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur
▶Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi
▶Semua pembekalan perkhidmatan oleh PBT tidak dikenakan GST, berkuatkuasa mulai 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT
▶Operator kapal persiaran diberi pelepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia. Pelepasan ini bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020
▶Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan. Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017
▶Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan, dibekalkan oleh syarikat yang berada di Kawasan Ditetapkan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia, mulai 1 Januari 2018
▶Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items, seperti kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia
▶Pelepasan GST turut diberikan kepada syarikat di dalam industri minyak dan gas yang mengimport pelantar minyak atau struktur terapung. Langkah ini bermula 1 Januari 2018
▶Perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan yang kini tidak dikenakan GST, diperluas untuk meliputi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan, mulai 1 Januari 2018
▶Layanan GST berkadar sifar ke atas bahan bacaan, diseragam dan diperluaskan meliputi semua jenis majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018
▶Operator kapal persiaran diberi pelepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia. Pelepasan ini bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020
▶Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan. Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017
▶Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan, dibekalkan oleh syarikat yang berada di Kawasan Ditetapkan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia, mulai 1 Januari 2018
▶Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan big ticket items, seperti kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia
▶Pelepasan GST turut diberikan kepada syarikat di dalam industri minyak dan gas yang mengimport pelantar minyak atau struktur terapung. Langkah ini bermula 1 Januari 2018
▶Perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan yang kini tidak dikenakan GST, diperluas untuk meliputi perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan, mulai 1 Januari 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *