Barang Bergerak-Gerak Dalam Kotak Poslaju, Rupanya

by Fiza on April 5, 2017

Dalam sedang sibuk abang poslaju mengasingkan bungkusan-bungkusan yang dipos orang ramai, tiba-tiba satu bungkusan berhampirannya bergerak-gerak seakan ada benda hidup dalam kotak tersebut.

Mengikut syarat poslaju barangan atau bungkusan yang dipos tidak dibolehkan benda-benda yang berbahaya mahupun bernyawa

Dalam kotak berupa makhluk halus, nitezen mengelarnya sebagai “Jenglot”

Jenglot Dari Bahagian Depan

Curiga melihat beberapa bungkusan pelanggan yang bergerak-gerak ketika diimbas, mendorong pekerja Pos Malaysia membuka bungkusan pelanggannya dan terkejut apabila menemui benda mistik di dalamnya

Video Abang Poslaju Jumpa Jenglot

“Pekerja Pos Laju tengok dok bergerak-gerak bungkusan itu semasa tengah scan. Depa syak ada sesuatu benda hidup dalam tu. Bila buka, memang ada makhluk dalam tu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan apakah kakitangan Pos Malaysia boleh membuka bungkusan pelanggannya.

Namun tampil beberapa individu menjelaskan, kakitangan boleh membuka sesebuah bungkusan itu jika bungkusan itu didapati mencurigakan, terlarang, atau tiada dalam terma dan syarat Pos Malaysia. – Video: WartawanJalanan | Story: Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • kotak viral

Komen Disini