≡ Menu

Beza Air Mani Dan Air Mazi

Bagi pengetahuan umum, air mazi adalah cecair jernih melekit yang berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali berlaku rangsangan syahwat. 


Amat berbeza sekali dengan air mani yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan onani.

Panduan Mandi Wajib (Junub) Yang Betul

Berikut adalah bezanya air mani, air mazi dan air wadi untuk panduan bersama :-

Air mani

    • Air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.
  • Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak.

Air wadi

    • Air yang warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
  • Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.

Air Mazi

    • Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).
  • Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut. Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.

Beza Air Mazi Dengan Keputihan


Jika cecair keluar disebabkan selain syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada segolongan kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, tetapi tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut .Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat terangsang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair ‘keputihan’ ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • beza air mani dan air mazi
  • beza air mazi dan air mani
  • perbezaan air mani
  • beza mazi mani
  • beza cecair keputihan
  • air mazi kerap keluar ketika terangsang
  • beza air mani dan air mazi perempuan
  • beza air mani
  • air mazi wanita
  • perbezaan air mazi dan air mani bagi perempuan
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend