≡ Menu

Biodata Afifah Nasir, adik Anzalna Nasir

Biodata Afifah Nasir | Nur Afifah binti Md Nasir (lahir pada 15 Februari 1993) atau lebih dikenali sebagai Afifah Nasir (Jawi : عفيفه ناصر ) merupakan seorang pelakon dari Malaysia yang baru menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Afifah juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon.

Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik, dan merupakan seorang lulusan psikologi dan komunikasi dari sebuah universiti di Australia.

Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip ‘Aku Bukan Bimbo’ yang ditayangkan di Astro, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan. Afifah pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.

Afifah telah memegang watak utama dalam drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit. Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt, yang disiarkan mulai 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, menerusi saluran  HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).

Biodata Penuh Beliau:

▶ Nama Penuh: Nur Afifah Bt. Abdul Nasir
▶ Nama Panggilan: Afifah Nasir
▶ Umur: 24 (2017)
▶ Asal: Tasek Gelugor, Penang
▶ Kini Menetap: Kuala Lumpur
▶ Pertalian: Adik kepada Anzalna Nasir
▶ Kerjaya: Pelakon
▶ Drama: Aku Bukan Bimbo, Suami Tanpa Cinta, Jasmine, Cinta 11 Syarat, Lara Aishah, My Sweet Lavender, Bahagia Kasihmu (2017)
▶ Telefilem: Crush Next Door, Cinta 11 Syarat Raya (2016)
Laman Sosial:
▶ Instagram: https://www.instagram.com/afifahnasir93/
▶ Twitter: https://twitter.com/afifahnasir

Komen Disini

Recent search terms:

  • air mazi
  • semakan isi rumah
  • bolehkah ngo guna mahkamah tuntutan kecil
  • senarai menteri menyeri malaysia 2017
  • mia nasir umur
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend