in

Biodata Hael Husaini, Penyanyi Lagu Jampi

Biodata Hael Husaini | Sebelum ini, idustri seni hiburan Malaysia gempar seketika apabila duo popular iaitu Azhael yang dianggotai oleh Hael Husaini (Hael) dan Azhar mengambil keputusan untuk bergerak secara individu. Pengumuman itu dibuat menerusi Instagram Hael pada awal Februari 2017 lalu.

Untuk info, mereka berdua disatukan sebagai satu kumpulan ketika menyertai program Akademi Fantasia (AF) 2013 dan merangkul gelaran tempat kedua.

Kini, lagu solo terbaru nyanyian Hael Husaini iaitu Jampi telah menjadi popular dan seringkali diputarkan di corong-corong radio tempatan. Paling menarik, video muziknya ditonton sebanyak lebih 2 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada 10 Februari 2017.

“Lagu ini mungkin berbeza dengan lagu-lagu lain kerana mesej yang ingin disampaikan seperti terpukau ataupun jadi angau. Sebab tu saya bagi tajuk ‘Jampi’.

Selain menyanyi, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga aktif mencipta lagu untuk diri sendiri dan artis-artis tempatan.

Biodata Hael Husaini

▶Nama Penuh: Hal Husaini Razmi

▶Nama Komersil: Hael Husaini

▶Tarikh Lahir: 10 Disember 1987

▶Umur: 30 Tahun (2017)

▶Zodiak: Sagitarius

▶Asal: Kuala Lumpur

▶Kerjaya: Penyanyi dan Pencipta Lagu

▶Status: Bujang

▶Agama: Islam

▶Bangsa: Melayu

▶Warganegara: Malaysia

▶Lagu: Jampi, Hujung Waktu, Mencinta Terima Kasih Kekasih, Hentian Terakhir, Seandainya, Handalnya Cinta dan Cinta Ini Satu.

▶Facebook: facebook.com/haelhusainisani

▶Twitter: twitter.com/haelhusaini

▶Instagram: instagram.com/haelhusaini

▶Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Hal_Husaini_Razmi

Trivia Menarik Hael Husaini

▶Merupakan seorang yang periang, suka bergurau, mementingkan ketrampilan diri dan cepat gelabah jika berlaku kesilapan.

▶Tidak suka memandu.

▶Pernah bekerja sebagai jurugambar.

▶Selain Akademi Fantasia (AF), Hael pernah menyertai program Mentor 3 secara duo bersama Erul yang dikenali sebagai Evo dan merupakan protege kepada Jaclyn Victor.

▶Sebelum menggunakan nama asli, Hael menggunakan Sani sebagai nama pentasnya.

▶Healers merupakan nama kelab peminatnya.

▶Pernah mengendalikan program hiburan terbitan Astro, Propaganza.

▶Sukakan muzik berentak Pop dan R&B.

▶Menghasilkan kira-kira 20 lagu buat artis-artis popular tempatan. Antaranya Dayang Nurfaizah (Dia), Indah Ruhaila (Semua Untuk Cinta), Amira Othman (Hati-Hati), Nabila Razali (Cemburu) dan Dafi (Girl).

▶Pernah menerima kontroversi seperti didakwa oleh sesetengah netizen sebagai seorang homoseksual (menjalinkan hubungan sejenis) dan lelaki lembut.

▶Pernah dinobatkan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21 ketika bersama Azhael.

▶Mempunyai hampir 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Recent search terms:

  • biodata hael husaini
  • adik beradik hael husaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *