in

Semakan Br1m 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Semakan Br1m 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan, Berikut merupakan Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2018.

Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan dan mengambil peduli segala bebanan kos sara hidup rakyat Malaysia dengan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya terus dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan pada tahun 2018 dengan pengekalan kadar bantuan kewangan maksimum RM1,200 sepertimana diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Parlimen pada 27 Oktober 2017

Berikut Merupakan Jadual Pembayaran Br1m 2018 Serta Ketegori Yang Ditetapkan :

Br1m Fasa 1 Akan Mula Diagihkan kepada anda mulai 26 Februari 2018 (isnin) yang akan dibuat secara berperingkat.

Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK / SDO.

RM450 (Kategori 1)
Berumur 21 tahun ke atas
Individu Bujang
Pendapatan Kasar Bulanan : RM2,000 dan ke bawah
Penerima bantuan Baucar Buku adalah tidak layak untuk memohon BR1M
Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
RM900(Kategori 2)
Isi Rumah (2)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah
Berkahwin/Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
RM1,200 (Kategori 3)
Isi Rumah (1) / E-Kasih
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah
Berkahwin/Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BR1M 2018 ONLINE DAN MANUAL (GUNA BORANG)

Berikut adalah info berkaitan cara membuat perdaftaran permohanan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 secara atas talian (online) atau manual (guna borang)

Permohonan BR1M 2018 Online
Permohonan secara online boleh dibuat melalui portal rasmi E-BR1M yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih
Pemohon disarankan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan
Untuk membuat permohonan sila layari Portal Rasmi BR1M menerusi pautan di bawah bermula tarikh permohonan yang telah dijadual dibuka pada 27 November hingga 31 Disember 2017 Sahaja
Sistem Aplikasi ServerSila Klik Linkhttps://ebr1m.hasil.gov.my

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 ONLINE

Semakan status BR1M 2018 boleh disemak sekitar bulan februari 2018, ianya boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BR1M 2018.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.

Contoh: 860424035123

Status Permohonan

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2018 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2018
  3. Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2018 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M  2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang  Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2018(BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2018 . Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M2018 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2018 sehingga 31 Mei 2018) untuk permohonan rayuan BR1M 2018.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit).Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2018 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2018.

Untuk makluman lanjut, sila layari FAQ Semakan Status.

2. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

4. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-

  1. Status penghantaran borang
  2. Semakan status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran

Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Langkah Buat Semakan Appplikasi Mobile

  1. Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’.  Kemudian muat turunaplikasi tersebut
  2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utamaakan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila  hubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalankeselamatan
  6. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

*Kami hanya berkongsi serba sedikit panduan secara ringkas untuk pengguna awam, tiada penipuan/pemalsuan/atau pengambilan data dari mana-mana individu. Semoga info ini sedikit sebanyak berguna kepada anda.

Sumber Rujukan : ebr1m.hasil.gov.my

Recent search terms:

  • semakan status brim 2018
  • semakan brim 2018
  • semak status brim 2018
  • mybr1m
  • semak brim 2018
  • status brim 2018
  • brim 2018 semakan
  • semakan brim 2016 lulus atau tidak
  • ebrim status 2018
  • brim2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *