≡ Menu

Cara Hilangkan Masalah Cakap Gagap

Di kalangan orang ramai, terdapat beberapa individu yang mengalami masalah gagap ketika bercakap. Gagap ialah masalah gangguan komunikasi dan ia turut dikaitkan dengan penyakit keturunan.

Bagi mereka yang menghadapi masalah gagap ini, mereka akan hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai terutamanya dalam bahagian yang memerlukan komunikasi.Ramai yang terpaksa memendam perkara yang mereka ingin sampaikan akibat corak ucapan yang terganggu ataupun memerlukan masa untuk melengkapkan perkataan sehingga membuatkan orang yang berkomunikasi menunggu.

Ramai yang beranggapan orang yang gagap ketika bercakap dalam situasi untuk mempertahankan dirinya daripada suatu tuduhan dianggap cuba berbohong.

Menariknya, individu yang menghadapi masalah gagap ini, ketika menyanyi lancar pula menyebut lirik lagu tersebut.

Bagi yang menghadapi masalah ini mungkin boleh mencuba teknik-teknik berikut untuk mengatasinya :

Membayangkan Bercakap Seperti Menyanyi

Gagap hanya berlaku ketika bercakap tetapi tidak semasa menyanyi. Walaupun tidak dapat dikenalpasti sebabnya, tapi cuba gunakan teknik ini dalam memperbaiki pertuturan.

Mungkin kedengaran lucu, namun cubalah berbicara seolah-olah seperti menyanyi, cara ini secara tidak langsung boleh mengekalkan konsentrasi ketika berbicara.

Bercakap Secara Perlahan-Lahan

Ambil masa untuk menghabiskan sesuatu ayat. Bercakap dengan kadar yang lebih perlahan akan membantu seseorang merangka terlebih dahulu kata-kata yang mahu diucapkan dalam fikiran.

Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan pertuturan akan menjadi dengan lebih baik. Jika kerap diamalkan lama-kelamaan frekuensi gagap akan menurun dan membuatkan pertuturan menjadi lebih lancar dan cepat.

Menarik Nafas Dalam-Dalam Sebelum Bercakap

Jika stres menjadi punca berbicara gagap, tarik nafas sedalam- dalamnya sebelum meneruskan pertuturan yang tersangkut.

Latihan pernafasan seperti ini boleh membantu menenangkan. Seperkara lagi, pernafasan yang betul akan memberi waktu jeda antara kata-kata. Seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk bercakap ketika dalam keadaan pernafasan yang tersekat-sekat

Membuat Latihan Membaca Dengan Kuat Membaca

dengan kuat akan memberi konsentrasi ketika bertutur. Ketika membaca, cuba sebutkan perkataan tersebut berulang-ulang dan cuba cari nada dan kadar kelajuan yang bersesuaian.

Selain itu, latihan ini juga akan membantu seseorang itu memilih dan menggantikan perkataan yang lebih mudah dan lancar disebut.

Berfikiran Positif

Buang perasaan rendah diri dan jangan malu untuk bercakap. Sentiasa positif yang kekurangan boleh diperbaiki dan diatasi. Minta sokongan orang di sekeliling dalam menghadapi masalah ini.

Masalah ini bukan boleh diatasi hanya dalam sehari dua, dalam erti kata lain, jangan putus asa dan terus konsisten untuk mengatasinya
Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend