, , ,

Cara Hilangkan Urat Timbul

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Urat timbul lebih jelas kelihatan pada bahagian kaki yang berkulit cerah terutamanya di bahagiam betis dan pelipat. Ia timbul akibat berdiri atau duduk pada masa yang panjang.
Ia juga lebih kerap terjadi kepada wanita mengandung.  Walau begitu, perkara ini tidak memberi kesan kepada golongan muda-mudi. Kian dewasa kesan urat timbul boleh dirasai.
Jadi, untuk mengurangkan urat timbul, cuba amalkan yang berikut:
      • Naikkan kaki tinggi sedikit daripada paras punggung dan luruskan kaki ketika duduk.
      • Elakkan duduk bersila atau bersimpuh bagi tempoh lama tanpa ubah kedudukan.
      • Rendam kaki selama 15 minit sehari dengan air suam.  Perkara ini dilakukan kerana ingin melancarkan perjalanan darah dan mengatasi masalah darah beku di kaki.
        • Elakkan memakai stoking ketat pada urat timbul – sarungkan stokin atas sedikit daripada kawasan urat timbul tuh.
        • Luruskan kaki dan urut kedua-dua kaki dan di sekeliling urat timbul bila ada berpeluang
        • Seeloknya urut sedikit minyak angin sekali-sekala untuk membantu darah mengalir dengan lancar dan urat timbul di kaki akan hilang dengan sendirinya.
        • Ketika tidur sebaiknya tinggikan sedikit kaki dari badan.  Lapik jer dengan bantal.  Ini dapat membantu untuk mengurangkan perkumpulan darah dibahagian tersebut seterusnya mengurangkan risiko untuk darah berkumpul di bahagian betis dan kaki.
        • Makan vitamin C kerana ia dapat membantu mengatasi masalah urat timbul – makan banyak buah sitrus (oren, kasturi, lemon) dan mangga.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *