Cara Menang dan Kaya Main Slot Judi Online Tidak Wujud

by Fiza on December 16, 2016

Aktiviti perjudian adalah termasuk dalam senarai aktiviti yang boleh membinasakan diri sendiri. Bukan sahaja merugikan dan membuang duit seorang individu malah ia membiak pelbagai jenis masalah lain.

Bermula dari transaksi minimum kepada syarikat perjudian, seseorang itu secara tidak langsung sudah terjebak dalam alam kerugian. Apabila memenangi jumlah yang besar dari modal yang sedikit, sifat tamak mula menguasai diri mereka dan ingin mendapatkan kemenangan yang lebih lumayan.

Sikap tamak adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan masyarakat sanggup bergelumang dengan dosa judi. Mereka yang berjudi kerap sekali merasa pendapatan yang diperolehi tidak cukup.

Terdesak untuk menambahkan pendapatan sedia ada, mereka bertaruh dengan lebih dengan harapan mendapati pulangan yang jauh lebih besar daripada jumlah wang yang dipertaruhkan. Namun, hakikatnya bukan selalu orang yang terlibat dengan perjudian telah mendapat menang besar. Hal ini menyebabkan ramai yang terjebak bertambah miskin dan melarat.

Selain itu, perjudian juga boleh membawa kepada ketagihan. Orang yang berjudi akan terus mencuba dan mencuba sehingga hasratnya tercapai. Sehinggalah mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan pertaruhan.

Akibatnya, terdapat sebahagian daripada mereka yang sanggup untuk membuat pinjaman daripada ah long yang meletakkan kadar faedah pinjaman yang tinggi.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang sanggup mengambil risiko melakukan jenayah seperti mencuri, merompak, meragut untuk mendapatkan wang.

Akhirnya, bukan sahaja si pelaku yang menerima padah, bahkan keluarga yang tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Di sinilah bermulanya keruntuhan sesebuah institusi keluarga

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • cara boleh menang judi on line

Komen Disini