Cara Mengatasi Masalah Perut Tidak Selesa

Punca ketidakselesaan perut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia boleh terjadi disebabkan batu hempedu, radang selaput dalaman, radang selaput di perut dan pelbagai lagi faktor dalaman, dan jika sesiapa yang kerap berasa pedih di bahagian perut, mereka disarankan berjumpa doktor untuk dapatkan kepastian.
Ada juga punca-punca lain yang boleh membuat perut berasa tidak selesa termasuk juga memakan benda-benda pelik yang tak boleh diterima oleh perut ataupun disebabkan tidak makan langsung atau lewat makan yang menyebabkan perut tu masuk angin.

Petua Atasi Ketidakselesaan Perut

1.   Ambil buah nenas tua. Parut dan perah airnya. Kisarkan buah tersebut untuk membuat jus nenas. Minum airnya 2 kali sehari.
2.   Sediakan buah mangga. Buangkan kulit dan parut isinya. Campurkan 3 sudu air masak dan tambahkan sedikit garam kepada mangga yang telah diparut, kemudian kacau. Perakanh airnya dan tapis hampasnya. Minum air ramuan ini sebanyak 2 kali sehari dengan dos lebih kurang dua sudu besar sekali minum.
3.   Sediakan 15 gram halia, 5 butir bunga cengkih, 10 gram temu hitam dan 10 gram jeruk kulit limau mandarin. Bersihkan kesemua bahan tu dan rebus dalam 500ml air hingga tinggal 200ml. Biarkan sejuk dan kemudian tapis air rebusan tersebut. Minum 2 kali sehari.
4.   Sediakan 5 biji buah duku. Salai hingga menjadi hitam kemudian tumbuk sampai jadi serbuk. Selepas itu bancuhkan serbuk tersebut ke dalam secawan air panas. Minum 2 kali sehari ketika masih panas airnya sehingga rasa memulas dan tidak selesa itu hilang.

 

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • Air rebusan halia dan bawang putih hilangkan sesak nafas
  • cara mengatasi perut tidak selesa
  • masalah perut tidak selesa
  • perut tak selesa
  • perut tidak selesa
  • petua perut tak selesa

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Cara Mengatasi Masalah Perut Tidak Selesa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend