Cara Mengubati Kencing Tak Lawas

Masalah kencing tidak lawas lazimnya dialami oleh mereka yang kurang minum air. Satu lagi punca yang mungkin menyebabkan air kencing tidak lawas ialah tabiat suka menahan membuang air kecil.

Petua Merawat Kencing Tidak Lawas Dengan Air Beras

Satu cara yang boleh dikatakan mudah untuk merawat kencing tak lawas ialah dengan minum air basuhan beras yang sudah bersih sebanyak satu gelas selepas makan tengahari. Amalkan dengan kerap tiap-tiap hari sehingga sembuh.

Ubati Kencing Tidak Lawas Dengan Nenas

Satu lagi cara ialah dengan meminum air nenas. Malah, amalan minum air nenas dikatakan bagus untuk mereka yang menghidap penyakit batu karang.
Ambil sebiji nenas yang kurang masak, buangkan kulitnya, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Kemudian ambil dua potong nenas tersebut dan kisar bersama dua gelas air. Selepas itu tapis dan minum airnya.
Amalkan untuk minum dua kali sehari. Lepas seminggu atau dua minggu, masalah yang dialami akan berkurangan dan semakin pulih, insyaAllah
.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*