Cara Merawat Bengkak Gusi

Biasanya kebersihan oral banyak melibatkan gigi, namun terdapat segelintir mereka yang tidak bernasib baik apabila mendapati gusi mereka bengkak dan kemerah-merahan.
Punca gusi bengkak lazimnya disebabkan oleh kekurangan vitamin C atau tidak menggosok gusi dan gigi yang akhirnya mengakibatkan infeksi.
erdapat segolongan orang yang tidak menyedari gusi mereka bengkak kerana rasa sakit itu tidak kuat. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya ia akan menyebabkan rasa yang amat tidak selesa terutamanya pada waktu makan.

Petua Mengubati Gusi Bengkak

Satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah gusi merah dan bengkak ialah dengan berkumur dengan air garam atau menyapu gusi yang kelihatan bengkak dengan garam untuk meredakan keadaan.
ATAU
Satu lagi caranya ialah berkumur dengan air kunyit.
Caranya ialah rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan beberapa ketika agar air rendaman tu menyejuk dengan sendiri. Apabila air itu menjadi suam maka berkumurlah dengan air rendaman tersebut sebanyak dua atau tiga kali sehari.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

 

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*