, , ,

Cara Merawat Demam Kuning

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Bayi yang baru dilahirkan amat mudah menghidap demam kuning atau juga dikenali sebagai jaundice. Demam kuning berlaku apabila bilirubin dalam badan bayi terkumpul dengan lebih cepat daripada kebolehan hati seorang bayi untuk memproses dan membuangnya.

Sila jumpa doktor anda secepat mungkin apabila demam kuning kuning bayi menjadi lebih teruk dalam 24 jam pertamanya, mempunyai suhu badan melebihi 37.8 C di bahagian rektum. Biasanya demam kuning yang biasa atau lemah tidak memerlukan sebarang rawatan.

Biasanya ia akan hilang selepas 1 minggu atau 2 ketika badan bayi membuang bilirubin yang berlebihan dengan sendirinya.

Bagi yang menghidap demam kuning tinggi harus melakukan rawatan phototherapi iaitu rawatan yang melibatkan sinaran rawatan yang khas untuk membuangkan sisa bilirubing yang berlebihan dalam badan mereka.

Kami juga ingin berkongsi petua untuk membantu merawat demam kuning dalam badan bayi.

Petua Merawat Demam Kuning

Untuk mengubati demam kuning yang dihidapi bayi yang baru lahir, ambil secekak batang serai dan pastikan ia dibasuh sehingga bersih untuk menghilangkan miang yang terdapat padanya. Disarankan anda mengguna batang serai yang masih muda.

Rebus batang serai sehingga ia mengeluarkan bau wangi dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit. Selepas itu biarkan air rebusan sejuk sehingga suam dan ambil airnya untuk memandikan bayi yang terkena demam kuning.

Mandikan bayi yang menghidap demam kuning tu sekali sehari dengan air rebusan serai setiap hari sehingga ia sembuh. Biasanya dalam lima hari demam kuning yang dihidapinya akan sembuh.

 

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *