≡ Menu

Cara Merawat Lenguh Kaki

Ketika umur masih muda, tubuh badan amat aktif melakukan pelbagai jenis aktiviti. Namun, apabila umur semakin meningkat, pelbagai perubahan yang boleh dirasakan pada tubuh. Badan kerap lenguh terutamanya pada bahagian kaki.

Lenguh kaki atau sengal-sengal kaki ni biasanya terjadi kalau jikalau banyak berjalan atau banyak membuat kerja rumah. Seperti biasa, bagi yang berkemampuan, anda boleh menempah tukang urut professional atau lebih baik lagi pergi spa.

Bagi yang kurang berkemampuan, anda disyorkan mencuba rawatan secara tradisional (selain daripada pakai minyak angin atau minyak urut), di sini dikongsikan petua mengatasi lenguh kaki atau sakit sengal-sengal di kaki…

Petua Merawat Lenguh Kaki

Petua ni menggunakan beberapa ulas halia muda dan bawang putih. Halia dan bawang tu dibuang kulitnya dan ditumbuk hingga lumat (hancur). Biar sampai sedikit berair. Selepas itu, ramuan tersebut ditampal dan lumur pada bahagian kaki yang berasa lenguh.

Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun.

Dikatakan sekiranya diamalkan setiap hari selama seminggu, pasti rasa lenguh-lenguh kaki tu hilang.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • merawat kaki yg sengal
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post:

Send this to friend