≡ Menu

Cara Merawat Masalah Susah Bernafas

Situasi susah nak bernafas atau masalah sesak nafas kerap dikaitkan sebagai salah satu tanda awal bagi mereka yang berpotensi diserang sakit jantung atau mana-mana penyakit paru-paru.
Namun begitu, terdapat individu yang sihat yang boleh mengalami sesak nafas akibat bekerja atau melakukan aktiviti lasak.

Selain itu, berdasarkan kajian terhadap beberapa kumpulan individu termasuk dalam golongan yang kemungkinan besar sering mengalami serangan penyakit susah untuk bernafas iaitu:

  • Mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan yang membawa kesan kecederaan atau hentakan pada bahagian dada. Biasanya selepas beberapa bulan kemalangan baru mula merasai kesukaran bernafas.
  • Mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal yang berat dan mengeluarkan peluh.
  • Mereka yang terlalu gemuk dan berperut buncit dan amat jarang atau hampir tidak pernah melakukan senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  • Mereka yang sering memandu atau naik kenderaan untuk perjalanan jauh pada waktu malam dan pada masa sama selalu buka ‘air-cond’ tahap sejuk beku dalam kereta
  • Mereka yang tiba-tiba mendapat berita yang menyedihkan atau mengejutkan.
  • Mereka yang terlalu kerap mengadakan hubungan kelamin dalam satu hari.
  • Wanita yang sedang hamil melebihi empat bulan yang menghadapi situasi kedudukan bayi dalam kandungan tidak berada dalam posisi yang betul.
  • Wanita yang mengalami masalah senggugut yang teruk.
  • Mereka yang bekerja pada waktu malam dan pada masa sama sangat kuat merokok.

Petua Merawat Masalah Susah Bernafas

Mereka yang kerap mengalami kesukaran bernafas digalakkan mendapat nasihat doktor. Kenal pasti masalah anda terlebih dahulu.
Selain tu amalkan juga petua lama berikut untuk mengatasi masalah sukar bernafas.
    • Amalkan makan bawang besar yang sudah dimasak setiap hari.
    • Sediakan 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari dan air sejuk (sebanyak dua gelas).
    • Tumbuk serai yang dicampur dengan gula merah tadi hingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan atau tuang air sejuk.
    • Panaskan kesemuanya hingga mendidih dan sehingga air dalam periuk tu berbaki satu gelas.
    • Minum airnya. Amalkan minum ramuan nie dua kali seminggu.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • petua sukar bernafas
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend