,

Cara Semak Tracking Pos Laju Online Dan SMS

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Pos Laju ada menyediakan perhidmatan menjejak (tracking) atau mengesan shipment setiap kiriman. Perkhidmatan tracking membolehkan anda menyemak status sebarang kiriman Pos Laju pada bila-bila masa – bila ia dihantar, dari mana ia dihantar, apa proses yang dilalui, dan di mana ia berada sekarang.

Anda kini boleh menjejak penghantaran/shipment dengan menggunakan perkhidmatan online Pos Laju. Perkhidmatan ini membenarkan anda menyemak status sebarang kiriman Pos Laju pada bila-bila masa seperti, tarikh hantaran, lokasi penghantaran, proses yang dilalui dan lokasinya sekarang.

 

Anda hanya memerlukan consignmen number yang boleh dijumpai pada nota kiriman atau resit Pos Laju. Gunakan nombor ini sebagai tracking number.

Tracking Kiriman Pos Laju Secara Online

Semakan status penghantaran boleh di buat secara online menerusi laman web Track & Trace Pos Laju, di pautan berikut:

poslaju.com.my/track-trace-v2

Berikut adalah langkah-langkah menyemak status kiriman Pos Laju:

    1. Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Jangan jarakkan nombor.
    2. Tekan butang “TRACK”.Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.
    3. Klik pada tracking number untuk melihat maklumat yang lebih lengkap. Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh, masa, proses/tindakan yang dilakukan terhadap kiriman serta lokasinya (di pejabat pos di mana proses tersebut dibuat).

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui Facebook

Sila PM (private message) nombor tracking (atau sebarang pertanyaan) ke laman Facebook customer service Pos Malaysia Berhad di pautan berikut:

www.facebook.com/AskPos

Pegawai khidmat pelanggan PosLaju akan membantu untuk membuat semakan mengikut giliran anda pada hari Isnin – Jumaat di antara jam 8.30 pagi – 5.30 petang.

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui SMS

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS untuk check tracking number Pos Laju kiriman anda. Langkahnya seperti berikut:

    1. Taipkan:PL<jarak>[Tracking Number]Contoh: PL  EF667590069MY
    2. Hantarkan SMS ke 33333

Hanya untuk pengguna Celcom, Maxis dan DiGi. RM 0.50 akan dicaj untuk setiap SMS.

Senarai Harga Kotak / Sampul Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres

Semoga maklumat tracking item Pos Laju ini berguna buat para pembaca yang menggunakan Pos Laju untuk menghantar barang, dokumen atau bungkusan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • www poslaju com my/status kiriman
  • www poslaju com my semak status kiriman
  • track and trace v2 poslaju
  • semak tracking pos laju online
  • semak pos laju tracking
  • poslaju tracking number
  • poslaju track and trace v2
  • how to get pos laju pin number
  • check tracking pos laju
  • cara check tracking
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *