, , ,

Cara Tambah Tinggi Badan Secara Semula Jadi

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Ramai lelaki dan juga wanita, mengimpikan tubuh yang tinggi lampai. Ketinggian juga dapat membantu menambah keyakinan diri kepada seseorang.
Menurut pelbagai kajian yang telah dijalankan dari pelbagai institut dari seluruh dunia, kadar kenaikan tinggi badan seseorang adalah berbeza dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang.

Untuk menambahkan ketinggian anda, terdapat beberapa perkara anda boleh lakukan :

    • Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi
      Kajian memaklumkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup amat penting dalam badan yang membesar. Ia dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur.
      Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur

 

    • Cukup Gizi
      Pastikan mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.

 

    • Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan
      Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan

 

    • Berenang
      Aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk menambah ketinggian, kerana semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
      Jika tidak pandai berenang memadai melakukan aktiviti kayuhan berbasikal.

 

    • Mengamalkan diet seimbang
      Ia amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda.

 

  • Sebagai makluman mengambil dadah, alkohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang dari mencapai ketinggian maksimum Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur.

Seperkara lagi , steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • Ketinggian elvina mohamad
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *