Category archive

Story Bisnis

Cara Dapat Duit Anda Dari Senarai ‘Wang Tak Dituntut’

Semak wang tak dituntut RATUSAN pemegang akaun bank beratur di Menara Maybank di Kuala Lumpur bagi membuat semakan wang di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) susulan isu WTD tular di media sosial sebelum ini.

Dikatakan wang tak dituntut lebih RM5.6 bilion yang terkumpul, wang tersebut disimpan dengan rapi  tanpa usik dibawah kendalian Jabatan Akauntan Negara. Melihat kepada jumlah wang yang besar itu, tak mustahil anda tersenarai dibawah semakan WTD.

Adakah atau mungkinkah anda salah seorang daripadanya? Berikut adalah cara-cara untuk menyemak status WTD tanpa sebarang caj.

  1. Bawa dan serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang terdekat untuk membuat semakan
  2. Pegawai bertugas di lokasi tersebut akan membantu anda membuat semakan melalui sistem mereka dan tidak kurang dari 5 minit keputusan semakan akan dikeluarkan
  3. Jika anda adalah salah seorang daripadanya, anda akan diberi penerangan cara untuk mengeluarkan wang tak dituntut tersebut.
Orang ramai beratur panjang bagi membuat semakan di Bahagian WTD – Foto Rizanizam Abdul Hamid Harian Metro

Sumber: HarianMetro/Thevocket/Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • cara dapat duit
  • duit tak dituntut
  • amanah saham abrar management wtd
  • duit terkumpul
  • duit yg nak dituntut
  • isu viral wtd
  • maksud wang tak dituntut
  • sumber wang tak dituntut
  • wang tak dituntut malaysia
  • dapat wtd
Go to Top

Send this to friend