Category archive

Story Edukasi

200 Batu karang dalam badan gara-gara kerap tinggalkan sarapan


Hezhou (China): Sekumpulan doktor mengeluarkan lebih 200 batu karang di dalam pundi hempedu dan hati seorang wanita di sini yang berpunca daripada tidak sarapan pagi.

Dr Quan Xuwei dari Hospital Guangji memberitahu, batu karang itu yang ada sebesar telur ayam dikeluarkan dalam satu pembedahan pada 15 Julai lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Chen, 45, itu sering makan lebihan makanan dan makan tidak mengikut waktu sejak 10 tahun lalu.

Pesakit juga sering tidak mengambil sarapan pagi dan makan makanan yang tidak sihat dan banyak kolesterol.

“Chen mula sakit perut sejak 10 tahun yang lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan di hospital.

“Beberapa tahun lalu, dia membuat pemeriksaan di hospital dan doktor menyarankan pembedahan dilakukan tetapi wanita itu tidak bersetuju kerana takut,” katanya.

Menurutnya, Chen datang semula ke hospital pada minggu lalu kerana mengalami sakit perut yang teruk dan dia tiada pilihan selain menjalani pembedahan.

Semua batu karang di tubuh manusia biasanya terbentuk daripada kolesterol dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, terutama wanita berisiko mengalami keadaan itu.

Menurutnya, pemakanan dan gaya hidup seseorang juga menjadi punca utama pembentukan batu karang dalam tubuh.

“Kebanyakan pesakit yang saya temui termasuk Chen sering tidak mengambil sarapan pagi,” jelasnya.

Recent search terms:

  • petua hilangkan sakit batu karang

Barang Kemas Ada Chrome Tak Bernilai Jika Dijual Semula? Adakah Itu Tektik Peniaga Nak Untung Lebih?

Berapa ramai antanra nitizen yang baca artikel ini mempunyai ilmu mengenai barang kemas? Rata-ratanya tak dan kebanyakannya hanya menaruh kepercayaan penuh terhadap si pembeli atau peniaga barang kemas 100%. Membeli barang kemas tidak menjadi satu kesalahan, Tapi bila nak jual barang kemas itu semula, pastu akan timbul keraguan.

Ada yang kata, barang kemas yang chrome putih itu yang terdapat antara gelang/rantai emas tidak laku, atau dalam erti kata lain ianya tiada nilai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas tersebut.

Tetapi menurut penjelasan dari Syafikah Shafiee ini, itu sebenarnya adalah taktik peniaga untuk mendapat untung lebih, sejauh banakah kebenaran tersebut?

Jom kita baca sedikit perkongsian dari syafikah sendiri.

Sedikit ilmu tentang emas putih atau chrome.

Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. Tauke kata, “Amoi, ini talak laku. Wa ambik murah-murah saja. Kalau lu jual tempat lain, olang talak ambik.”
Orang kita lebih percayakan tauke Cina dan tak percaya dengan kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.

Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.

Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.

Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.

Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.

Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.

Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.

Sumber: Syafikah Shafiee

Recent search terms:

  • tempoh crome hilang pada barang emas
  • barang kemas terbaru ogos 2017
  • gelang emas di sadur emas putih kalau jual semula harga jatuh tak

Silibus Subjek Tahun 1 Makin Susah, Padahal Anak2 Masih Terkial-Kial Nak Tulis Nama Sendiri


Mak, berat hati saya nak tulis. Tetapi percayalah silibus semua subjek anak-anak Tahun 1 semakin sukar. Arasnya tinggi. Mak sendiri pun ramai yang tak tahu nak jawab macam mana.

Tak percaya? Saya mohon mak belek buku teks Tahun 1 yang baru. Bukan satu subjek, semua subjek. Ini contoh Matematik Tahun 1 (credit to cikgu Mohd Fadhli). Tahun 1 sudah kena bina ayat, padahal anak-anak masih terkial-kial nak menulis nama sendiri.

Mak rasa? Berbaloi ke 2 murid maju di depan? Tetapi 30 lagi ketinggalan di belakang?

Mak, nak mengajar itu senang, nak beri faham itu sukar, nak pupuk minat itu sulit.

Cikgu sebagai pelaksana dasar paling bawah, mentimun, bukan musang king. Andai keputusan ujian anak kurang menyenangkan hati, usah dituduh cikgu makan gaji buta, usah dikata cikgu tak pandai mengajar, masa cikgu sudah habis ‘dicuri’.

Kemenjadian murid bermula di rumah. Aktifkan suara ibu bapa pada musang king kerana ibu bapa ibarat opet. Hanya opet yang suka makan musang king. Mentimun kalau bersuara, sila-silap kena lenyek.

Anak saya di Pra Sekolah pun dah ada latihan begini. Saya cikgu, tapi saya juga ibu. Risau, sedih dan keliru.




Mak, bagi soalan matematik seperti contoh pada post saya ini, nama tajuknya number bond. Ini kaedah bagi memudahkan anak mengira berbanding kaedah biasa yang kena bawa ke depan itu. Dengan kaedah number bond ini, nombor itu dikecilkan.

Saya setuju kaedah ini sebenarnya lebih mudah. Bila anak dah menguasai pelengkap nombor 5 dan 10. Maksudnya, semasa usia 5-6 tahun, anak sudah tahu apa kombinasi nombor yang boleh menghasilkan jumlah 5 dan 10.

  • 1+4=5
  • 2+3=5
  • 5+0=5
  • 1+9=10
  • 2+8=10
  • 3+7=10
  • 4+6=10
  • 5+5=10
  • 10+0=10

Ajar anak untuk mahir cerakinkan nombor puluh dan sa. 24 = 20 + 4. Jika anak tak mahir dengan kombinasi nombor ini, sukarlah jua bagi mereka menjawab soalan number bond. Naik darjah 1 terus dapat soalan begini, risau minat mereka terus terpadam. Jadi, saya seru mak-mak yang hebat semua mulakan di rumah. Ingat, kemenjadian murid bermula di rumah.

Ya, yang hantar di tadika hebat, saya yakin topik ini sudah ada dalam silibus mereka. Tetapi untuk yang kurang mampu, ini tipsnya. Biarlah sama-sama mendaki puncak, bukan berpisah dua di depan, 10 di belakang.  Mak jangan stress, jangan jadi naga. Anak-anak perlukan sokongan kita. – Nadia Ibrahim | Malaysiaviralstory

Doa Qunut Solat Subuh Dan Witir

Doa qunut adalah doa yang dibaca semasa i’tidal, iaitu selepas naik dari rukuk pada rakaat kedua solat subuh atau pada rakaat terakhir solat witir.

Hukum membaca qunut dalam solat Subuh adalah sunat ab’adh (sunat yang amat digalakkan) dalam mazhab Syafie, iaitu sekiranya ditinggalkan disunatkan untuk sujud sahwi.

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

 

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ
فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Qunut Dalam Rumi

Berikut adalah sebutan bacaan doa qunut dalam tulisan Rumi. Sebutan dalam Rumi adalah hanya untuk panduan/rujukan sahaja. Sila baca teks asal dalam Bahasa Arab untuk sebutan tepat.

Allahummah dinii fiiman hadait
Wa ’aa finii fiiman ‘aafait
Wa tawallani fiiman tawallait
Wa baa riklii fiimaa a’toit
Wa qinii syarramaa qadhait
Fainnaka taqdhii wa laa yuqdhaa ‘alaik
Wa innahu laa yadzilluman waalait
Wa laa ya’izzuman ‘aadait
Tabaa rakta rabbanaa wa ta’aalait
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Wa astaghfiruka wa atuubu ilaik
Wa sallallahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa sohbihi wasallam.

Maksud Doa Qunut Dalam Bahasa Melayu

Berikut adalah maksud / terjemahan doa qunut dalam Bahasa Melayu:

Ya Allah, berilah aku petunjuk bersama mereka yang telah Engkau berikan petunjuk.

Dan sejahterakanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sejahterakan.

Dan lindungilah aku bersama orang-orang yang telah Engkau lindungi.

Dan berkatilah aku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menetapkan dan tiada yang dapat merubah ketetapan-Mu.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau lindungi.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau tetapkan.

Dan aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda.

 

Terjemahan Doa Qunut Dalam Bahasa Inggeris

Berikut adalah maksud doa qunut dalam Bahasa Inggeris / English:

Allah, guide me with those whom You have guided.

And strengthen me with those whom You have given strength.

And take me to Your care with those whom You have taken to Your care.

And bless me in what You have given me.

Protect me from the evil You have ordained.

Surely, You command and are not commanded.

And none whom You have committed to Your care shall be humiliated.

And none whom You have taken as an enemy shall taste glory.

You are Blessed, Our Lord, and Exalted.

To you is all the Praise on what you have decreed.

I seek your forgiveness Oh Allah and turn in repentance to you.

May Allah shower peace and blessing on our leader Prophet Muhammad, his family, and his Companions.

Semoga panduan doa qunut untuk sembahyang Subuh/Witir berserta terjemahan ini memberi manfaat buat para pembaca Muslim.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • Doa kunut solat subuh dalam bahasa rumi
  • solat subuh

Mandi Malam Boleh Atau Tidak?

Terdapat banyak uar – uar di kalangan rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa mandi di waktu malam boleh memudaratkan kesihatan.
Namun, kenyataan ini telah terbukti bahawa ia tidak benar kerana aktiviti mandi itu adalah penting dalam memainkan peranan dalam mempertingkatkan sistem imun badan.
Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita.
Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini. Selogiknya, mandi malam ada baiknya dan berikut adalah manfaat mandi malam :

 

    1. Dapat Menenangkan Fikiran Dan Menghilangkan Stres
        • Mandi dengan lebih tenang dan dapat memanjakan diri
      • Menghilangkan emosi atau tenaga negatif dalam diri seseorang. Antaranya adalah seperti perasaan risau, marah, sedih, atau takut

 

    1. Membantu Meregangkan Dan Melegakan Otot
        • Megendurkan otot-otot dan membuatkan tubuh menjadi ringan.
      • Mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik.

 

  1. Mengatasi Masalah Gejala Insomnia
      • Memberi ketenangan kepada tubuh
    • Membuatkan tubuh menjadi segar dan memudahkan anda untuk tidur

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Go to Top

Send this to friend