Category archive

Story Informasi

‘Maaf Tak Dapat Jadi Anak Yang Baik, Jumpa Lagi Papa,Selamat Tinggal Papa’ – Iqram Dinzly

Sudah berbelas tahun menghidap kencing manis dan darah tinggi, bapa Iqram Dinzly diserang strok separuh badan pada penghujung Ramadhan lalu. Kalau korang lihat pada posting Iqram di instagram, dia kerap post perkembangan terkini bapanya itu. Semakin hari perkembangan bapa Iqram semakin baik.

Namun, Allah lebih menyayangi, bapa Iqram dijemput Ilahi pada jam 5.35pagi tadi. Menurut Iqram, bapanya meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru selain turut diserang angin ahmar Jun lalu. Sedih betul kami baca luahan hati Iqram ini, dia memohon maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang baik. Tidak dapat selalu berada di sisi ayah. Kami percaya setiap anak pasti baik di hati ibubapanya. Kan? Sabarlah Iqram, semoga arwah bapa ditempat dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Rehatlah papa, maaf bukan anak yang baik

Iqram Dinzly meluahkan rasa sedih dengan kelihatan bapa tersayang, dia memohon maaf jika tidak mampu menjadi anak yang baik untuk ibubapa. Dia juga mohon maaf kerana tidak dapat sentiasa ada bersama arwah bapa. Katanya dia telah berusaha menjadi anak yang baik meskipun dia tahu tidak mampu sebaik adik beradik yang lain. Dia mohon semua mendoakan urusan, ujian dan dugaan ini dipermudahkan. Sebak!

Ucapan takziah netizen

Salam takziah kami ucapkan buat Iqram Dinzly sekeluarga, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Tawakal dan redha dengan ujian ini. 🙂

sumber : Iqram Dinzly

Sultan Johor puas hati

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah yang juga bakal suami puteri tunggal baginda Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara itu dinyatakan Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim kepada Pejabat Media Diraja yang juga pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, hari ini.

Ismail berkata, Dennis Muhammad diberi bimbingan serta pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac lalu.

Malah, Ismail bersama isterinya, Datin Zawiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis Muhammad pada awal Februari lalu selepas mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor.

Katanya, Dennis Muhammad yang berasal dari Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

“Satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing ustaz dari JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad,” katanya.

Beliau berkata, ia termasuk pembelajaran al-Quran, fardu ain selain pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Ismail berkata, pada 5 Julai lalu, beliau mempersembahkan laporan pembelajaran Dennis Muhammad kepada Tuanku Sultan dan baginda berpuas hati dengannya.

“Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir daripada al-Quran, doa Qunut serta ayat Kursi,” katanya.

Dennis Muhammad turut diberikan pengajaran fardu ain merangkumi tertib solat, rukun iman dan rukun islam, puasa, zakat dan haji.

“Selain tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, beliau juga tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan,” katanya.

Sumber: HarianMetro

JPJ Tambah lagi 50 AES jadi 71

SEBANYAK 50 lagi kamera AES akan dipasang di seluruh negara menjadikan 71 keseluruhannya menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata, pemasangan AES melalui Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AWAS) itu akan dipasang di lokasi di persimpangan lampu isyarat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

“Langkah pemasangan kamera ini sudahpun dipersetujui kerajaan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

“Ini juga langkah yang diyakini dapat menangani serta mengurangkan kes kemalangan terutama membabitkan kematian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan dan Perasmian Kursus Kecemerlangan serta Sukan JPJ 2017 di Pusat Konvensyen Duyong Marina Resort di sini, malam ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Mengulas lanjut, Nadzri berkata, kes kemalangan disebabkan kegagalan mematuhi lampu isyarat yang semakin meningkat menyebabkan pihaknya memberi lebih tumpuan terhadap penguatkuasaan kesalahan itu.

“Kita sudah mulakan Ops Lampu Merah sejak 12 Julai lalu kerana kita dapati ramai penunggang motosikal khususnya tidak mematuhi lampu isyarat dan sebahagian besar kemalangan maut berpunca daripada kesalahan ini.

“Sehingga bulan ini sahaja, seramai 300 penunggang motosikal maut dan 299 lagi cedera kerana tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya.

Menurutnya, sepanjang Ops Lampu Merah dijalankan 12 hingga 20Julai lalu, sebanyak 1,492 saman dan 223 temu siasat menerusi penyamaran bergambar dikeluarkan.

“Sebanyak 1,504 tindakan diambil ke atas penunggang motosikal, kereta (420), bas (sembilan), kenderaan perdagangan (99) dan lain-lain (701),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan wujud komplot atau cubaan menjatuhkan beliau sebagai Ketua Pengarah JPJ berhubung kes pecah masuk pejabatnya di Putrajaya, 13 Julai lalu.

Beliau turut menafikan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kes Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Yusof Ayob yang didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya Selasa lalu, kerana kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Sumber: HarianMetro/Malaysiaviralstory

Jangan panggil saya Datuk Kabi!. Saya ada nama sendiri.

SERDANG – Ketua Pegawai Eksekutif (AGR) Auto Trade Holding Berhad meminta orang ramai berhenti memanggil dirinya sebagai Datuk Kabi.

Datuk Seri C Kamaleshwaran berkata, setiap individu mempunyai sejarah tersendiri namun orang awam tidak boleh berterusan menghukum.

“Jangan panggil saya Datuk Kabi!. Saya ada nama sendiri.

“Saya akui ada sejarah lampau dan pernah didakwa di mahkamah, namun ia telah berlaku.

“Yang lepas biarkan lepas. Tidakkah ada ruang dan peluang untuk saya?,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Kamaleshwaran berkata, beliau turut berharap orang awam berhenti menjaja kisah hidupnya.

“Saya juga ada keluarga sama seperti semua. Saya juga melibatkan diri dengan pelbagai program kebajikan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan,” katanya.

Wakil syarikat AGR Cartrade yang enggan dikenali (tengah) memberi penjelasan Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai Yusof Azmi (duduk dua kanan) berhubung dakwaan syarikat tersebut menganiaya hampir 500 individu melibatkan 1500 kenderaan yang dipajak kepada syarikat tersebut di Serdang, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 10 JULAI 2017

AGR menjadi tumpuan masyarakat terutamanya di media sosial selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa pemilik kenderaan mengambil semula kenderaan di bawah kawalan pajakan syarikat berkenaan.

Sumber : SinarHarian/MalaysiaGazzette/Malaysiaviralstory

75 tahun beku di Alps

MAYAT suami isteri yang dilaporkan hilang 75 tahun lalu akhirnya ditemui di glasier di Alps di Switzerland.

Marcelin dan Francine Dumoulin telah pergi ke padang di Chandolin di Valais untuk memberi makanan kepada lembu sebelum hilang pada 15 Ogos 1942.

Marcelin yang berusia 40 tahun ketika itu, bekerja sebagai tukang kasut manakala, Francine, 37, seorang guru.

Mereka meninggalkan lima anak lelaki dan dua anak perempuan.

Dalam kenyataan malam tadi, polis Valais berkata, dua mayat dengan kertas pengenalan ditemui pada ketinggian 2,615 meter, 13 Julai lalu oleh pekerja resort ski Les Diablerets di glasier Tsanfleuron berhampiran resort itu.

Sebahagian mayat itu tenggelam di dalam lubang dalam ais. Ujian DNA dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan identiti pasangan itu.

Sementara itu, pengarah syarikat kereta kabel Glacier 3000, Bernhard Tschannen berkata, mayat itu ditemui baring bersebelahan.

“Mayat seorang lelaki dan seorang wanita itu berpakaian zaman Perang Dunia Kedua dan dipelihara sempurna di glasier bersama beg galas, botol, buku dan jam tangan.

“Mereka mungkin terjatuh ke dalam celah dan kekal di situ sehingga kini. Apabila glasier menyusut, ia mendedahkan mayat mereka,” katanya kepada akhbar Tribune de Geneve.

Sementara itu, anak perempuan bongsu pasangan itu, Marceline Udry-Dumoulin, 79, berkata, penemuan itu akhirnya memberikan ketenangan kepadanya.

Gunung Alps photo by tristank

“Kami mencari mereka sepanjang kehidupan tanpa henti dengan harapan dapat memberi pengebumian yang sewajarnya satu hari nanti,” katanya kepada akhbar Le Matin.

“Ia kali pertama ibu mengikuti ayah untuk kerja itu. Sebelum ini dia sentiasa hamil dan tidak dapat memanjat glasier.

“Selepas hilang, saya dan adik beradik dipisahkan dan dijaga keluarga lain. Saya bernasib baik ditempatkan dengan ibu saudara.

“Walaupun kami tinggal di kawasan sama, kami terputus hubungan,” katanya.

Pasangan itu antara 280 individu yang dilaporkan hilang di Alps atau sungai Valais sejak 1925.

Ketua perubatan forensik bagi kawasan itu, Bettina Schrag memberitahu stesen radio Switzerland, RTS, mereka menjangka lebih banyak penemuan lain dengan penyusutan glasier semasa.

Ramai juga pendaki yang hilang tak dijumpai sampai sekarang. – Harian Metro/Malaysiaviralstory/Reuters

Kes Baharu Gigitan Kucing Dilaporkan Di Kuala Sepetang

IPOH – Satu kes baharu gigitan kucing yang bertuan dilaporkan di Kampung Mentari, Kuala Sepetang, di Taiping, semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak Dr Fuziah Muhayat berkata mangsa gigitan, seorang wanita berumur 41 tahun yang juga pemilik kucing itu, telah mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Kuala Sepetang.

“Pemeriksaan klinikal telah dibuat dan mendapati tiada petanda klinikal pada kucing tersebut.

Tindakan kuarantin dan pemerhatian klinikal akan dilakukan ke atas kucing itu sehingga tempoh 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing peliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian.

Menurut Fuziah, sebanyak 59 buah rumah di dalam satu kilometer (km) radius dari lokasi kes rabies sebelum ini telah dibuat bancian dan survelan aktif di daerah Larut Matang dan Selama.

“Didapati bilangan anjing bertuan adalah seekor manakala anjing tidak bertuan (anjing liar) sebanyak lima ekor. Tiada sebarang petanda klinikal dikesan pada semua haiwan terbabit,” katanya.

Fuziah berkata program pemvaksinan juga telah dijalankan dalam 1 km radius bermula pada hari ini dan sebanyak 1,000 dos vaksin rabies dihantar ke DVS Perak.

“Program kempen kesedaran dalam 1 km radius juga telah dijalankan dengan memberi penerangan dari rumah ke rumah kepada 59 orang pemilik haiwan,” katanya sambil menambah 48 kakitangan jabatan itu terlibat dalam program hari ini.

Sementara itu,  dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang telah mendapat vaksin rabies dos pertama dari pihak hospital berdekatan dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu program hari ini berkata Kerajaan Perak mewartakan mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila atau rabies, berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pewartaan itu dikeluarkan di bawah Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila

Sumber: BERNAMA

AWAS !! Jangan sesuka hati mencuri wifi orang, Ini akibatnya..

Korang ingat selamat sangat ke korang mencuri wifi atau hotspot orang lain tanpa meminta kebenaran? Jawapannya ada dibawah yang membuatkan anda terfikir banyak kali untuk mengambilnya lagi..

7 ancaman keselamatan ni boleh jadi pada kita bila sesuka hati je connect wifi.

1. Worms

Worms adalah virus komputer yang boleh membuat peranti anda perlahan dan mereka tidak memerlukan program pun untuk disebarkan. Virus atau kuman digital boleh merebak ke komputer anda melalui peranti lain yang disambungkan ke rangkaian yang anda gunakan.

2. Evil Twin

Nama pun dah jahat. Jadi evil twin akan bertindak sebagai pusat akses dengan wifi palsu. Kemudian mereka akan gunakan access point yang dikenali sebagai HostAP. Jadi bila pengguna log in ke bank atau email akaun yang bukan (https sebenar), mereka akan copy details anda.

3. Man in the middle

Penggodam akan menggodam mesej antara dua orang yang sedang berhubung antara satu sama lain. Ini lah bila maklumat sulit didedahkan.

4. Packet analyser

Juga dikenali sebagai sniffers paket, ini adalah program komputer yang lebih kecil yang memantau trafik pada rangkaian awam. Mereka kebanyakannya bukan berniat jahat. Walau bagaimanapun, penggodam boleh mengambil kesempatan dan memintas data melalui mereka.

5. Hotspot

Selalunya kita akan buka hotspot untuk kawan-kawan guna dan sebagainya. Sebenarnya walaupun selamat tapi ini juga boleh terdedah terutama sekali bila password kita mudah diteka atau lemah.

6. Fake network

Penggodam akan menubuhkan rangkaian palsu dengan nama-nama yang membuatkan orang nak klik seperti ‘rangkaian bebas’, ‘tiada kata laluan’, untuk menarik pengguna untuk menyertainya. Apabila pengguna menyambung, penggodam memintas mesej dan hack peranti.

7. Endpoint attack

Di dalam rangkaian Wi-Fi, ada pengguna dan pembekal. Jadi kedua-duanya adalah titik akhir rangkaian. Walau bagaimanapun, serangan itu boleh datang melalui sambungan itu sendiri, tetapi titik hujung sambungan juga terdedah kepada serangan.

Kredit: indiatimes

Recent search terms:

  • senarai menteri malaysia 2017
  • senarai menteri kabinet malaysia 2017

Grab, Uber, Dan Teksi : Kajian Ini Mendedahkan Tambang Mana Termurah

Suatu ketika dulu, ramai antara kita yang terpaksa beratur panjang dan tunggu lama semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Terima kasih atas perkembangan teknologi serta kewujudan telefon pintar, segalanya kini berada di hujung jari anda untuk pergi ke mana sahaja. Seperti negara lain, Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan aplikasi pengangkutan Grab dan Uber.

walaubagaimanapun, para pemandu teksi membantah kewujudan Grab dan Uber yang dikatakan menutup periuk nasi mereka. Benarkah? Hakikatnya, semakin ramai pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi pengangkutan berbanding teksi kerana tambangnya yang lebih murah berserta promosi diskaun yang giat diadakan.

Oleh itu, industri aplikasi pengangkutan ini dijangkakan berkembang pantas dalam beberapa tahun yang akan datang. Sebagai pengguna, sudah tentu anda mahukan servis pengangkutan yang bukan sahaja selesa tetapi menawarkan harga yang berpatutan.

Suatu kajian baru-baru ini telah dijalankan oleh laman web iPrice yang melibatkan negara-negara utama Asia Tenggara bagi mendedahkan servis pengangkutan mana satu menawarkan harga paling murah.

Kajian tersebut dilakukan kepada dua syarikat gergasi aplikasi pengangkutan, Grab dan Uber, serta teksi tempatan berdasarkan pelbagai komponen dan bentuk harga.

Berdasarkan hasil dari kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa:

  • Servis aplikasi pengangkutan adalah lebih murah berbanding teksi di kesemua enam negara terlibat.
  • Uber menawarkan tambang paling murah untuk jarak perjalanan yang jauh (20km)
  • Grab pula sedikit murah untuk jarak perjalanan yang lebih dekat (5km).
  • Ketika waktu biasa di pusat bandar dengan purata masa 16 minit perjalanan bagi jarak 5km, tambang dikenakan untuk Grab ialah sebanyak RM8 dan RM8.40 untuk Uber.
  • Manakala caj bagi teksi biasa pula ialah RM10.20 bagi perjalanan yang sama.
  • Uber lebih menjimatkan jika destinasi yang ingin ditujui anda jauh. Bagi perjalanan 20km, penumpang Uber dikenakan kos sebanyak RM22.70, manakala Grab sebanyak RM28.90 dan RM27.10 untuk teksi biasa.
  • NDi negara-negara lain, hanya satu aplikasi pengangkutan yang menawarkan kadar harga yang lebih unggul berbanding pesaing.
  • Contohnya Indonesia, Thailand dan Vietnam, Uber paling murah untuk perjalanan yang dekat dan jauh. Sementara itu
  • Grab dilihat sebagai pilihan yang lebih murah untuk jarak yang dekat atau jauh di negara Singapura dan FIlipina. 

Kami tidak merperkecilak perkhidmatan teksi, kami hanya berkongsi maklumat sahaja berkaitan perbandingan tambang antara ketiga-tiga perkhidmatan tesebut, walaubagaimanapun setiap darinya ada kelebihan masing-masing.-

Rujukan : rojakdaily.com | Malaysiaviralstory

10 Individu Boleh Guna Cermin Kereta Gelap

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerap melaksanakan operasi menyaman pemilik kenderaan bercermin gelap.

Menurut Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi, telus cahaya tidak kurang 50%.

Jika pemilik kenderaan didapati melanggar kaedah itu, bagi kesalahan pertama, mereka boleh didenda RM500 atau dipenjarakan kurang 2 minggu. Pelaku kesalahan kali kedua, boleh didenda RM1,000 atau dipenjarakan kurang 2 bulan atau keduanya.

Sedar atau tidak, hanya beberapa golongan individu sahaja yang dibenarkan memasang cermin gelap di kenderaan mereka.

Berdasarkan petikan daripada laman sesawang JPJ.

‘Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap’

Berikut adalah senarai golongan individu yang dibenarkan menggunakan cermin gelap :

    1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
    2. Sultan
    3. Tengku Mahkota
    4. Raja Muda
    5. Hakim Mahkamah Tinggi
    6. Panglima Tentera Darat
    7. Ketua Polis Negara
    8. Perdana Menteri
    9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
    10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri

Merujuk senarai di atas, kenderaan Pengarah JPJ Negeri serta kakitangan, pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dilarang menggunakan cermin gelap TANPA kebenaran Ketua Pengarah JPJ dan disokong oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Kakitangan (Pusat Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM juga wajib mendapatkan kelulusan sekiranya ingin menggunakan cermin gelap.

Jika kenyataan di atas kurang tepat, sila JPJ perbetulkan agar rakyat Malaysia tidak terkeliru.

Hemat penulis, jika JPJ ingin menyaman kenderaan orang ramai bercermin gelap, agensi penguatkuasa kerajaan terbabit wajib menyelesaikan isu cermin gelap kenderaan impot, kini banyak dipandu di Malaysia.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • permohonan pemasangan cermin gelap 2017

Tempat-Tempat Menarik di Sarawak

Cuti akhir tahun semakin tiba. Amat sesuai jika kami berkongsi senarai lokasi-lokasi yang menarik di negeri Sarawak supaya anda boleh merancang dan melawat lokasi tersebut.

Kami juga berharap anda gunakan waktu cuti ini untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sahabat anda.

Tempat-Tempat Menarik Di Sarawak 2017

    • Bandar Kuching
    • Kampong Budaya Sarawak
    • Sri Aman (pesta benak)
    • Gua Niah Miri
    • Taman Negara Bako
    • Jong Crocodile Farm
    • Kedai Kek Lapis Dayang Salleh
    • Gua Mulu
    • Taman Awam Miri
    • Miri Luak Esplaned
    • The Grand Old Lady

Jika ada sebarang tempat menarik di negeri ini yang belum ada dalam senarai sila komen di bawah untuk kami masukkan dalam senarai.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Tempat-Tempat Menarik di Seluruh Malaysia

Apa Itu Katarak Mata?

Katarak adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan mata berselaput dan menjadi rabun. Penglihatan menjadi kurang jelas atau rabun disebabkan kanta mata menjadi ‘keruh’ dan menyebabkan cahaya tidak dapat menembusinya.
Bila kurang cahaya, maka benda-benda yang diperhatikan akan nampak samar-samar sahaja. Contohnya kalau tengok seseorang, hanya kelibatnya atau bentuk tubuhnya kelihatan, tetapi rupa parasnya tidak jelas

 

Penyakit katarak ini perlu dipandang serius, kerana jika tidak dirawat dan apabila usia semakin meningkat, berkemungkinan besar boleh menjadi buta.

Tanda-tanda penyakit katarak mata

    1. Penglihatan semakin lama semakin rabun, dan ketara dari sebulan ke sebulan. Apatah lagi dalam tempoh bandingan setahun yakni apabila usia telah meningkat lagi setahun.
    2. Sukar membaca, walaupun dah pakai cermin mata yang biasa dipakai.
    3. Kerap tukar cermin mata, kerana merasakan penglihatan masih tak cukup ‘clear’ walaupun baru bulan lepas tukar cermin mata yang baru.
    4. Terdapat satu lapisan atau selaput putih pada anak mata.
    5. Antara simptom yang lazim ialah mudah merasa silau terhadap cahaya terang.

Punca-punca dan faktor risiko mengalami katarak

    1. Pesakit kencing manis atau diabetes, lebih-lebih lagi bagi yang dah puluhan tahun mendapat kencing manis dan kurang mengawal pengambilan gula demi mengurangkan implikasi diabetes yang dialami. Ini disebabkan paras gula yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan terjadinya pembentukan lapisan pada mata yang menyebabkan katarak.
    2. Katarak biasanya dikatakan penyakit orang veteran, ekoran proses peningkatan usia. Kebanyakan mereka yang mengalami katarak adalah dari golongan yang berusia 60 tahun ke atas.
    3. Katarak juga boleh berlaku sekiranya ibu menghidapi infeksi seperti penyakit Rubella ketika mengandung. Implikasinya bukan kepada ibu tetapi kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Rawatan Katarak

Jadi sekiranya anda mensyaki tanda-tanda katarak pada diri anda, segeralah berjumpa dengan doktor mata untuk pemeriksaan bagi mengelakkan katarak semakin menebal. Jauhkan diri dari asap dan habuk serta pendedahan kepada cuaca panas berlebihan untuk mencegah pembentukan katarak.

 

Doktor kemungkinan akan mengesyorkan pembedahan membuang selaput sebagai rawatan untuk memulihkan penglihatan. Pembedahan sedemikian biasanya mengambil masa antara 30 ke 40 minit sahaja.

 

Sewaktu pembedahan, kanta mata yang asal yang kabur akan dibuang dan digantikan dengan kanta tiruan untuk memulihkan penglihatan.

 

Dalam kebanyakan kes, pesakit melaporkan bahawa penglihatan mereka pulih sepenuhnya selepas 3 bulan menjalani pembedahan. Namun dalam tempoh tersebut mereka perlu menjalani rawatan susulan rapi, mengambil ubat-ubatan dan memakai cermin mata gelap kerana mata sangat sensitif terhadap sinaran matahari.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Go to Top

Send this to friend