Category archive

Story Jenayah

Pemandu Honda CRV Diburu (Video)

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 1.16 petang Sabtu.

“Kami menerima laporan polis daripada penunggang motosikal berusia 24 tahun yang mendakwa menjadi mangsa langgar lari kereta CRV terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Zani berkata pemandu itu tidak berhenti selepas insiden itu sebaliknya terus meninggalkan lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dia hanya mengalami kecederaan ringan.

“Setakat ini pemandu Honda CRV terbabit masih belum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal itu dipercayai bergesel dengan CRV terbabit dan cedera.

Insiden itu berjaya dirakam oleh pemandu lain dan menjadi  viral di media sosial.

Pada masa sama, Mohd Zani menggesa pemandu CRV terbabit yang menggunakan nombor pendaftaran WB 8679 C tampil segera untuk membuat laporan polis berhubung insiden itu. –Mstar /Syafiq Naim

Video:

Recent search terms:

  • cara cek barang pos yg di hantar
  • air mazi lelaki
  • penadol yg mengandungi kafein 50 mg
  • senarai menteri dan timbalan menteri 2017
  • nama menteri malaysia 2017
  • penyakit kekerapan melancap
  • beza mani & mazi wanita
  • beza mani dan mazi wanita
  • beli sampul prabayar poslaju 2017
  • jenis minuman yang mengandungi Kafein

Kenal di Wechat, Ajak Jumpa, Kena Rogol

Lagi bahana “Wechat” yang disalahgunakan oleh remaja-remaja sekarang, di harap ibu bapa dapat pantau anak-anak anda dari semasa ke semasa.

POLIS menahan lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun kerana dipercayai merogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun di bangunan usang di Manggatal, Kota Kinabalu, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 3 petang, selepas mangsa dibawa oleh lima rakan lelaki yang baru dikenalinya melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu.

“Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.

“Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah,” katanya, hari ini.

Chandra berkata, sebaik tiba di bangunan usang itu mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa baring di lantai.

“Mereka kemudian berbual-bual dalam masa 2 hingga 3 minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, semua lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam selepas laporan diterima 26 Julai lalu.

“Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos depan,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. Sehubungan itu, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membiarkan anak terutama perempuan berjalan seorang diri bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa rogol,” katanya. – Harian Metro

Recent search terms:

  • senarai menteri malaysia
  • senarai kementerian malaysia 2017
  • sistem kabinet malaysia 2017
  • kementerian di malaysia 2017
  • nama menteri menteri di malaysia
  • senarai menteri kabinet
  • senarai menteri di malaysia
  • senarai lengkap kabinet malaysia 2017
  • perbezaan mazi dan mani lelaki
  • menteri kabinet malaysia terkini perusahaan perladangan dan komoditi

Penjawat awam yang laporkan kegiatan rasuah boleh naik pangkat – SPRM

KOTA BHARU, KELANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan merancang mewujudkan anugerah piala pusingan kepada agensi kerajaan di ini yang paling banyak melaporkan kes rasuah, lapor Bernama.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, penjawat awam yang berani melaporkan kes salahlaku rasuah juga akan diberi penghargaan termasuk kenaikan pangkat daripada jabatan masing-masing.
“SPRM Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan untuk mengadakan piala pusingan tersebut serta bentuk penghargaan lain,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, netizen tidak bersetuju dengan rancangan itu yang dilihat tidak masuk akal.

“Only in Malaysia. To have integrity to must be rewarded. There is no such thing as a duty of an individual. It’s call integrity idiots,” kata Mike Samaravera.

“Reward pun dah macam rasuah,” kata Syed Shaddad.

Rata-rata netizen berpendapat, kurangnya keyakinan terhadap keselamatan pemberi maklumat, membuatkan ramai saksi-saksi kegiatan rasuah bimbang melaporkan kegiatan rasuah di tempat masing-masing.

Sumber : Hariametro/TheReporter

“Mayat bayi baru 6 hari ditemui dalam perigi” [Video]

MAYAT bayi lelaki berusia baru enam hari ditemui dalam perigi sedalam lebih kurang 6 meter di Kampung Ong Lok, Batang Melaka, Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan ArshadAbu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat bayi itu daripada orang awam pada 6.30 petang tadi.

“Kami sudah tahan 6 individu, 3 lelaki dan 3 wanita dalam kalangan ahli keluarga mangsa juga dan ianya termasuk ibu bapa bayi tersebut yang berusia 20 dan 30-an bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes ini berkaitan dengan laporan kehilangan anak kami terima semalam,” katanya.

Anggota bomba sedang mengeluarkan bayi dari perigi – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Arshad berkata, ketika ditemui mayat bayi berkenaan dalam keadaan sempurna dan tidak ada kesan kecederaan.

Sepasukan anggota bomba dipanggil bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan dari dalam perigi.

Bayi yang telah dikeluarkan tersebut – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Mayat bayi berkenaan berjaya dikeluarkan pada 10.30 malam tadi dan dibawa  terus ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Difahamkan kelahiran bayi berkenaan belum didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) dan belum mempunyai nama.

Video Ihsan dari Berita Harian :

Sumber : Harian Metro/Berita Harian/Muhammad Zuhairi Zuber/Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • borang tuntutan kecil pulau pinang berjaya mendapat balik hutang

Agak-agak lah nak bergurau, Kawan letak racun lipas dalam Mi goreng

 

ALAHAI… Nak gurau pun berpada-pada la. Jangan ingat semua benda boleh dibawa bergurau. Jadi kes bahaya baru nak menunding jari merata, sebagai ingatan untuk kita semua.

PELAJAR lelaki sekolah menengah di Sri Aman ditahan polis kerana meletakkan racun lipas dalam mi goreng sebelum memberi rakan sekelasnya untuk makan, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pelajar 13 tahun itu memberi rakan sekelasnya makan mi goreng yang dibawanya, pada 9.30 pagi.

Menurutnya, rakan sebayanya itu tidak mengetahui tindakan suspek meletakkan racun lipas sebelum makan mi goreng itu tanpa curiga.

Bagaimanapun, katanya, beberapa minit selepas makan mi goreng berkenaan, mangsa tiba-tiba menjadi mual sebelum muntah menyebabkan suspek ketakutan.

“Suspek yang cemas kemudiannya menyerahkan racun berkenaan kepada rakan sekelasnya kerana bimbang tindakannya diketahui namun rakan sekelasnya terus memaklumkan kejadian kepada guru.

“Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya,”

Beliau berkata, bapa mangsa yang berusia 49 tahun kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sri Aman, pada 2.30 petang semalam.

Katanya, separukan polis kemudian menahan pelajar itu di rumahnya di Taman Sri Jaya tidak lama selepas itu.

Dev berkata, hanya seorang mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan polis merampas sebungkus racun lipas daripada suspek untuk siasatan lanjut.

“Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera menggunakan racun yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber Asal: HarianMetro

Sumbat 14 orang dalam dua bilik

SERAMAI 14 warga Bangladesh yang berhimpit dan sesak dalam dua bilik di sebuah kediaman di Ampang diselamatkan Jabatan Imigresen, 5 pagi hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tiga warga Bangladesh yang dipercayai menjadi dalang mengatur kemasukan rakan senegara untuk diperdagangkan turut ditahan dalam serbuan itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiga warga Bangladesh itu berperanan mengatur kemasukan rakyat negara itu ke Malaysia dan mengawal premis terbabit bagi pihak tertentu.

Katanya, serbuan itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan sepasukan pegawai Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen Putrajaya dibantu pasukan Bahagian Operasi Siasatan dan Pendakwaan.

“Ketika serbuan, premis berkenaan berkunci dari luar dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Keadaan itu memaksa pasukan operasi memecahkan pintu utama untuk masuk ke premis berkenaan.

“Semua mangsa ditempatkan di dalam dua bilik berasingan dengan keadaan berhimpit dan sesak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber : HarianMetro/FB Jabatan Imigresen/Malaysiaviralstory

Shahidan buat laporan polis Kecewa kematian anak dipolitikkan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim tampil membuat laporan polis, hari ini berhubung kenyataan berbaur fitnah oleh seorang lelaki di laman sosial Facebook (FB) mendakwa beliau sengaja membunuh anaknya pada 2001 lalu.

Laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun FB ‘Jeffry Teoh’ yang membuat dakwaan berkenaan dalam ruangan komen sebuah portal berita, semalam.

Menurutnya, tindakan pemilik akaun FB itu memburukkan imejnya sebagai ahli politik dan disifatkan tidak wajar.

“Saya kecewa apabila sesetengah individu cuba mengaitkan insiden anak saya terjatuh dari tingkat 31, Kondominium Sri Bistari, Jalan Putra (Kuala Lumpur) pada Disember 2001 dengan politik.

Shahidan (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kangar. Foto Dziyaul Afnan Abdul Rahman

“Saya kira ini soal peribadi, mana mungkin dia boleh mempermainkannya sedemikian rupa.

“Malah saya dan keluarga mengambil masa begitu lama untuk pulih dan apabila dia mempermainkan isu ini, ada ahli keluarga saya yang menangis dan runsing memikirkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kangar pada 5.20 petang sambil ditemani isterinya Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin.

Shahidan mengulas komen lelaki berkenaan pada berita mengenai hubungan baiknya bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima 22 laporan polis termasuk dua di Balai Polis Damansara yang turut dibuat penyokong pemimpin berkenaan.

“Kes ini dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Raja Salman arah tangkap putera [VIDEO]

RAJA Arab Saudi, Raja Salman hari ini, mengarahkan seorang kerabat diraja negara itu ditahan selepas muncul rakaman video yang menunjukkan putera berkenaan mendera orang awam, termasuk wanita.

Raja Salman mengarahkan penahanan Putera Saud bin Abdulaziz bin Musaed bin Saud bin Abdulaziz serta rakan subahatnya dalam video yang dilapor dimuat naik ke You Tube dan Twitter semalam.

Antaranya, raifal diacu kepada dua lelaki dengan seorang daripadanya berdarah di kepala.

Satu klip yang ditonton lebih 760,000 kali menunjukkan 18 botol wiski Johnnie Walker Red Label di atas meja dan sejumlah wang tunai. Penjualan dan minum minuman keras dilarang di Arab Saudi.

Satu lagi rakaman menunjukkan seorang lelaki duduk dalam kereta dengan mulutnya berdarah hingga mengenai baju sambil dicerca kerana meletak kereta di depan sebuah rumah.

Satu lagi rakaman menunjukkan putera itu menendang dan menumbuk seorang lelaki di atas kerusi dalam bilik.

Video terbabit kini tular di Arab Saudi melalui Twitter dengan orang ramai mendesak putera itu ditahan.

Menurut stesen televisyen kerajaan Arab Saudi, Al-Ikhbariya, Raja Salman yang mengeluarkan arahan penahanan itu menyatakan tiada siapa yang ada dalam rakaman terbabit akan dibebaskan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman.

Hari ini, satu video tersiar menunjukkan putera itu dibawa keluar oleh polis dari sebuah bangunan dengan tangannya bergari.

Video Putera diraja buli rakyat

Viral 74 Kontena Daging Babi Konon Lolos Palsu

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan berita yang viral di laman sosial kononya 74 kontena mengandungi daging babi yang terlepas.

Ketua Pengarah Maqis, Datuk Mokhtaruddin Husain berkata, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan apa juga kemasukan barangan makanan dari luar ke negara ini apatah lagi melibatkan isu kesihatan, halal dan sebagainya.

“Cuma empat buah kontena sahaja yang telah dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadanya yang disahkan memang berlaku percampuran antara daging babi dan kambing.

“Tiga kontena yang lain pula didapati memalsukan dokumen pengisytiharan kemasukan kerana mengimport daging daripada Sepanyol dan Brazil walhal ia seharusnya mengandungi semua daging diimport daripada Australia sahaja.

“Justeru, orang ramai terutama umat Islam dinasihatkan jangan was-was dengan daging import yang dibeli kerana pihaknya telah memastikan setiap kemasukan daging adalah selamat,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Pada Selasa lalu, sebuah syarikat import yang berpangkalan di Selangor dilaporkan melanggar peraturan Maqis apabila dengan sengaja mencampur aduk daging kambing dan babi dalam beberapa buah kontena yang sama.

Empat kontena sejuk beku tersebut dengan berat keseluruhan dianggarkan 120 tan dan bernilai kira-kira RM2 juta itu bagaimanapun telah disita oleh pihak penguat kuasa Maqis di PTP dalam operasi khas awal 17 Julai lalu.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 11 (1) Akta Maqis manakala syarikat pengimport tersebut boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada enam tahun atau kedua-duanya.

Dalam tiga kontena berkenaan, ketika dirampas pihak Maqis jam 1 tengah hari, daging disusun bercampur, namun pengusaha tempatan produk sejuk beku itu dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan.

Pihak Maqis dilaporkan menerima maklumat risikan sejak 31 Mei lalu dan terus menyekat pergerakan kontena itu daripada keluar kawasan PTP, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.

Insiden rampasan itu kemudian menjadi tular apabila ada netizen mendakwa Maqis gagal mengesan 74 kontena lain yang diimport syarikat sama lolos sehingga mencetuskan kebimbangan umat Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA/Malaysiaviralstory.my

Bunuh anak bantah cinta Terlarang

SEORANG lelaki Kristian di Israel, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia 17 tahun dengan menikam leher mangsa bertubi-tubi kerana remaja itu mencintai lelaki Islam, lapor The Jeruselum Post hari ini.

Henriette Karra, 17, ditemui mati di rumah keluarganya di Ramle, Israel, dengan beberapa kesan tikaman di lehernya pada 13 Jun lalu.

Menurut laporan itu yang dipetik Daily Mail, bapa mangsa, Sami, 58, ibunya Aliham dan bapa saudaranya ditahan polis kerana merancang pembunuhan itu, seminggu selepas pertelingkahan mengenai hubungan terlarang itu bermula.

Remaja perempuan itu menjalin hubungan dengan lelaki Islam yang dipenjarakan dan merancang memeluk Islam apabila teman lelakinya itu dibebaskan nanti.

Beberapa minggu sebelum kematiannya, dia melarikan diri dari rumah kerana bimbang selepas diancam serta dipukul bapanya.

Dalam pesanan teks kepada rakan-rakannya, Henriette memberitahu mereka keluarganya mahu membunuhnya, antaranya: “Kamu tak akan percaya apa mereka buat kepada saya.. Mereka hantar orang untuk bunuh saya.”

Terdesak, remaja itu tinggal di rumah ibu teman lelakinya namun diketahui keluarganya yang kemudian memaksanya pulang sebelum dia ditemui mati.

Keluarga remaja itu dalam pemerhatian polis kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah.

Lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah membunuh anaknya dan memohon dibicarakan.

Sumber : Harian Metro/Arab48/Malaysiaviralstory

TKP JPJ pun kena saman, pandu lorong kecemasan

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob hanya didenda RM600 atas kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Bagaimanapun, pegawai kanan berkenaan yang mengaku bersalah didapati tidak hadir ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi menjawab saman yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Majistret tersebut kemudian menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Yusoff, selaku Orang Kena Saman (OKS), yang hanya diwakili oleh pegawai khasnya, setelah beliau mengaku bersalah melakukan kesalahan serius terbabit.

Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara selama tujuh hari, jika masih gagal membayar denda. Beliau yang diwakili oleh salah seorang pegawai khasnya, kemudian membayar denda berkenaan.

Media namun tidak melaporkan bilakah dan di manakah insiden kesalahan tersebut dilakukan oleh Yusof termasuk sama ada kesalahan berkenaan dilakukan OKS terbabit ketika sedang menjalankan tugas rasmi atau sebaliknya.

Jumlah denda agak kecil ke atas Yusof itu turut mencetuskan tanda tanya kerana ia merupakan antara kesalahan berat yang dikategorikan sendiri oleh JPJ sebagai satu kesalahan trafik serius di seluruh Malaysia sejak tahun lalu.

Jika dahulu, pemandu yang didapati bersalah menggunakan lorong kecemasan hanya perlu membayar saman serendah RM300. Hukuman kesalahan itu kemudian dinaikkan kepada maksimum RM2,000 atau penjara 1 tahun.

OKS yang dikesan masih lagi berdegil menggunakan lorong khas berkenaan juga boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan hukuman lebih berat.

Ini termasuk denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun. Ia susulan tular rakaman video memaparkan 91 buah kenderaan menggunakan lorong kecemasan setelah kemalangan di Melaka pada 2016 lalu.

Insiden yang berlaku di Kilometer 228 Lebuh Raya PLUS E2 arah ke ibu negara itu menyaksikan beberapa mangsa nahas meninggal dunia akibat kelewatan ambulans tersekat di lorong kecemasan. -Agensi/Mynewshub.cc/HAA/Malaysiaviralstory.my

* Visual bawah sekadar hiasan mengenai kes penggunaan lorong kecemasan

Lelaki Hina Puteri Johor Di Instagram Ditahan


JOHOR : LELAKI berusia 25 tahun ditahan selepas dipercayai telah memuat naik kenyataan jelik menerusi Instagram terhadap Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Negeri Sembilan di Ampangan Negeri Sembilan, hari ini.

Pada lebih kurang 6 petang, Polis Kontinjen Johor menerima satu laporan mengenai kenyataan jelik yang di muat naik melalui Instagram terhadap Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah dan Institusi Diraja Johor”

“Sehubungan daripada itu kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut serta mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik itu,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, malam tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“Pengguna media sosial perlu lebih berhemah ketika menggunakan kemudahan media sosial.

“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati menyalahgunakan media sosial,” katanya.

Sumber Asal : Hmetro

Go to Top

Send this to friend