Category archive

Story Kesihatan

‘Selepas cuba Himalaya Bonnisan, selera makan anak bertambah-tambah’

Dah cuba macam-macam, akan tetapi anak tetap anda tetap tak nak makan dan hanya makan makanan kegemarannya saja. Ini membuatkan ramai ibu bapa susah hati melihat anak mereka agak kurus dan kurang berat badan.

Menurut Puan Nisaa Ghazali, anaknya mengalami masalah yang sama seperti diatas dan selepas diperkenalkan dengan produk makanan tambahan ini, anaknya kerap makan dan kini berat badan anaknya bertambah sampai semua pakaiannya dah sempit.

Berikut Ulasan Dari Puan Nisaa

INGAT tak dulu saya pernah post masalah Ayden yang langsung tak nak makan (picky eater)? Dia hanya makan satu atau dua jenis makanan yang dia suka sahaja which is makanan yang tidak berkhasiat langsung.

Ada seorang rakan Facebook saya menyarankan agar saya cuba makanan tambahan ini untuk menaikkan selera makan budak. Seriously, memang berkesan!

Sebelum ini saya dah cuba macam-macam seperti Apetton, Qaliph, malah pernah pergi meminta air tawar di kampung. Tetapi kesemuanya tidak berkesan.

Tetapi untuk makanan tambahan Himalaya Bonnisan, ianya seperti magic! Ayden sekarang dah pandai minta makan. Dalam kereta minta nasi, ayam, ikan, KFC, McDonald apa semua. Bila sampai ke rumah nak susu, selepas susu nak biskut pula.

Baju-baju dia sekarang semua dah sendat. Saya sangat gembira! Bila tengok anak makan berselera, ya ampun, rasa macam menang nombor. Hahaha!

Jadi kepada ibu-ibu yang ada masalah anak tak nak makan atau memilih makanan, boleh cuba makanan tambahan Himalaya Bonnisan ini. InshaAllah ada perubahan. Cubalah, boleh beli di kedai farmasi dengan harga sekitar RM20.

Menurut laman Himalaya Healthcare Malaysia, makanan tambahan itu juga boleh dimakan oleh golongan dewasa, termasuk golongan remaja.

“Untuk orang dewasa, makan 20ml sebanyak tiga atau dua kali sehari.”

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Himalaya Bonnisan, boleh dapatkan di cawangan butik Himalaya yang terdekat atau di farmasi berhampiran kecuali Watson dan Guardian.

Recent search terms:

  • kegunaan himalaya bonnisan
  • produk kesihatan himalaya makanan tambahan utk tambah berat badan anak
  • HIMALAYA BONNISAN SELERA MAKAN
  • ubat himalaya bonnisan

Inilah Petua Menghilangkan Kahak Dari Dalam Paru-Paru Dan Penawar Batuk Berkesan!

Kita semua seolah-olah berhadapan dengan tambahan mukus banyak lebih kerap yang kita mahu. Ketika itu berlaku ubat ini boleh membantu Jom! Remedi ini bekerja kerana lobak merah, atau bahan utama, dipenuhi dengan antioksidan yang bermanfaat.

Lobak merah adalah baik untuk mencegah kanser, mengurangkan kolesterol seseorang, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan imuniti seseorang dan banyak lagi. Jika anda berurusan dengan mana-mana isu-isu tersebut atau mempunyai batuk atau lebihan mukus anda harus memberi remedi ini cuba.

Sirap buatan sendiri untuk kahak.

Bahan-bahan:

  • Lobak merah
  • 6 sudu besar madu organik
  • Air

Cara-caranya:
Kupas dan potong lobak merah menjadi ketulan, kemudian rebus lobak merah sehingga ia lembut. Asingkan air rebusan lobak merah tadi. Kemudian tumbuk/kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga lumat.

Kacau madu ke dalam air rebusan lobak merah dan tambahkan isi lobak merah yang telah ditumbuk/dikisar. Kemudian kisar sekali lagi campuran isi lobak merah dan air rebusan tadi.
Siap untuk diminum dan disimpan dalam peti ais..

Penggunaan:

  • Ambil 3-4 sudu besar ini setiap hari dan anda harus berasa lebih baik dalam tempoh hanya beberapa hari. Ubat ini akan membuat anda berasa lebih cepat jika anda mengambil masa untuk mencubanya.

Sumber: Daily Health Post

Recent search terms:

  • kahak dalam paru paru

‘Saya nak awak bersedia, saya mungkin takkan kembali lagi’ – Ibu meninggal selepas lahirkan anak kembar


BRAZIL – Seorang wanita dimana otaknya tidak lagi berfungsi atau disebut (brain dead) disimpan untuk hidup selama 123 hari kerana beliau sedang hamil, sebelum doktor sempat menyambut kelahiran bayi kembarnya yang sihat secara pembedahan.

Frankielen da Silva Zampoli Padilha, 21 dari Campo Largo, meninggal dunia semasa hamil sembilan minggu selepas mengalami strok secara tiba-tiba dan maut.

Melihat jantung embrio di dalam rahimnya masih bernafas, para doktor memberikan usaha yang terbaik bagi memastikan si ibu terus hidup.

Suaminya, Muriel Padilha, 24, berkata, “Saya dalam perjalanan pulang dari kerja Oktober lalu apabila Frankielen menelefon dan merayu agar saya segera pulang ke rumah.

“Dia kata kepalanya sangat sakit. Saya nasihatkan dia makan ubat tetapi dia menjelaskan bahawa dia mengalami kesakitan yang amat teruk di belakang lehernya sehingga membuatkan dia rasa mahu pengsan,” katanya.

Apabila tiba di rumah, Muriel mendapati isterinya menangis, menggigil dan muntah, lalu segera membawanya pergi ke hospital.

“Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia berkata, ‘saya nak awak bersedia untuk menerima ini kerana saya akan tinggal di situ dan tidak akan kembali lagi.’.sebelum dia pengsan dan itulah kata-kata terakhir yang dia ucapkan serta kali terakhir saya melihat dia masih bernyawa,” kata Muriel.

Setelah didiagnosis, Frankielen mengalami pendarahan dalam otak yang agak teruk. Selepas tiga hari menjalani ujian dan imbasan, doktor mengisytiharkan otak Frankielen sudah tidak lagi berfungsi dan Muriel dimaklumkan bayi kembarnya dalam kandungan isterinya mungkin tidak dapat bertahan.

Doktor memaklumkan yang mereka akan memberi tempoh selama tiga hari untuk kandungannya kerana mereka telah menjalani CT scan terhadap isteri saya beberapa kali, mengubatinya dengan ubat-ubatan yang kuat serta memberinya antibiotik.

“Sebaik saja jantung dalam kandungannya sudah tidak lagi berdenyut, mereka akan matikan alat sokongan dan saya boleh kebumikan isteri,” katanya.

Kami buat ultrasound pada embrio dan menyangka kandungan Frankielen sudah tidak bernyawa. Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila mendapati mereka masih hidup. Organ-organ Frankielen semuanya juga masih baik dan berfungsi seolah-olah dia masih bersama kami.

“Kami buat keputusan untuk menjaga dan memastikan dia terus hidup untuk menyelamatkan bayi kembarnya sehingga cukup masanya kelak. Dan setiap hari kami akan memantau perkembangan mereka,” kata Doktor Dalton Rivabem, Ketua ICU Neurologi di hospital berkenaan.

Para doktor, jururawat dan ramai lagi pegawai perubatan merancang rutin untuk bernyanyi, bercakap dan membelai perut si ibu.

Ahli Terapi Muzik, Erika Checan, berkata, “Kami menemui lagu kanak-kanak dan memainkannya untuk bayi kembar di rahim Frankielen. Malah kami juga membuat lagu secara eksklusif untuk mereka.

“Kami juga menghiasi kawasan sekitar katil Frankielen. Ianya penuh dengan kasih sayang dan galakan untuk bayi dan keluarga mereka untuk berjaya,” katanya.

Doktor juga menghubungi doktor di hospital yang lain di Portugal, yang mempunyai beberapa kes yang sama sebelum ini di mana janin dibesarkan selama 107 sebelum dilahirkan.

“Ada kes lain tetapi kes kami adalah yang paling lama dengan 123 hari, empat bulan dan kami bermula dengan embrio si ibu yang berusia dua bulan. Salah satu kebimbangan utama kami adalah untuk menjaga fungsi organ berterusan dan memastikan bayi dalam kandungannya terus berkembang dan berkembang, sehingga bayi kembar itu selamat dilahirkan,” kata Doktor Rivabem.
<style=”text-align: center;”>“Kejayaan kes ini adalah hasil kerjasama dari pasukan yang hebat,” katanya lagi.
Bayi kembar, Ana Vitoria dan Asaph dilahirkan dengan berat masing-masing 3 kg dan 2.9 kg. Kedua-duanya dimasukkan ke inkubator selama tiga bulan dan kini dijaga oleh Angela Silva, ibu kepada Frankielen Padilha, selain dari turut menjaga anak perempuan pasangan itu yang berusia dua tahun.

Muriel dan ibu mertuanya, Silva

“Saya sangat bangga dengan anak saya. Meskipun sukar menerima hakikat kehilangannya tetapi dia adalah pejuang sehingga nafas terakhirnya, melindungi anak-anaknya yang cantik dan memberi mereka kehidupan sehingga saat dia pergi buat selama-lamanya,” kata Silva.

“Frankielen banyak menampakkan dirinya pada saya dalam pelbagai bentuk terutamanya ketika saya berputus asa dan menangis agar Tuhan kembalikan dia kepada saya. Satu malam, dia duduk di atas katil saya dan berkata,

“Sayang, saya tak boleh kembali kepada awak lagi. Saya kini berada di tempat yang indah dan perlu kekal di sini. Awak ada tanggungjawab yang besar untuk digalas dan awak perlu jaga anak-anak kita. Awak perlu tabah dan teruskan kehidupan awak…”

“Frankielen orang yang baik dan penyayang. Saya percaya Tuhan pilih dia untuk ini agar keajaiban dapat berlaku,” katanya
Video penuh story tentang wanita tersebut

Masalah Zuriat..

Assalamualaikum admin, mohon hidekan profile saya…

Saya nak meluahkan sesuatu, luahan saya panjang sikit…terima kasih bagi yang sudi membaca…dan saya tak tahu apa lagi yang harus saya buat selain meluahkan di sini, rasa hati saya sebagai suami.

Saya seorang suami kepada seorang wanita yang amat penyabar amat baik. Umur saya 37 dan isteri 38.

Isteri saya amat baik. Penyabar dan amat tidak berkira dengan saya. Dia tak pernah tinggikan suara malah sentiasa ikhlas melayani saya. Jujur cakap, kami tak pernah bergaduh atau bertekak tapi paling jauh pun kalau bergaduh, wife saya akan buat silant treatment yang semestinya amat reverse psikologi…wife sentiasa beralah dan setiasa tenang dalam melayari hidup berdua bersama saya.

Yang menyebabkan saya terkilan ialah saya bukan suami yang sempurna, saya tidak mampu memberi zuriat buat isteri. Masa mula2 kahwin dulu…malam pertama saya tidak mampu untuk bersama isteri kerana masalah nafsu yang seolah-olah terkunci…saya malu sangat. Rasa maruah saya sebagai lelaki hilang dan pada malam itu, jelas riak kecewa pada wajah isteri saya walaupun dia tak luahkan. Saya berusaha dan akhirnya dapat bersama isteri walaupun struggle…saya buka lelaki gay malah bukan lelaki bisex juga…saya amat menjaga batas pergaulan saya sama ada dengan lelaki mahupun perempuan kerana saya jenis yang berkawan sekadar ada. Kawan baik ada tapi hanya berhubung bila perlu dan bila lama tak bersua. Namun bila ada yang ingin rapat. Jika mahukan sebagai kawan…maka kawanlah saya bagi dan jika lebih saya memang akan stop terus…sebab nama pertama kepada perhubungan masa berkenalan itu yang akan saya pegang walau hati tertarik macam mana sekali pun…

Berbalik kepada isu zuriat. Mula2 kahwin dulu isteri usia 35 dan saya 34…suatu malam, isteri pasrah menyatakan jika dia tak boleh bagi zuriat, dia redha andai saya kahwin lain in which saya cakap…

“Check pun belum. Entah-entah abang yang bermasalah nak bagi zuriat.”

Then masa buat check kesuburan dekat fertility clinic…memang masin mulut saya…saya yang bermasalah. Isteri pula terlebih subur…walau pada itu…kami tetap usaha…dan alhamdulillah, dua kali isteri saya pregnant namun dua-dua baby kami meninggal dalam kandungan sebaik masuk bulan ke tiga. Isteri saya menangis ketika mengetahui jantung baby berhenti berdegup…Saya sedih sebab saya tak sampai hati melihat isteri menangis…saya cuba buat yang terbaik. Isteri tahu saya bukan seperti suami lain…dan kerana itu…saya letakkan keputusan hala tuju perkahwinan kami ini pada tangan isteri…sebab dia lebih berhak menentukan keberterusan perkahwinan kami disebabkan soal masaalah mendapat zuriat dengan saya…kalau mengikut hukum kalau suami tak mampu memberi zuriat, isteri berhak memohon fasakh untuk keberlangsungan keturunannya. NAMUN isteri tetap setia bersabar dan menerima saya seadanya.

Masalahnya, sehingga kini, saya sentiasa berasa bersalah sangat kepada isteri kerana kelemahan saya, isteri menerima saya walaupun kelemahan saya mungkin merosakkan peluang isteri memperoleh zuriat. Yang paling sedih bila masa isteri mengandung kali ke dua… adik perempuan saya juga mengandung dan semua berkalan lancar namun baby kami pula meninggal…bayangkan perasaan isteri bila sama2 memaklumkan pregnancy masing2 dalam group famili saya…tetiba kami kehilangan baby kami buat kali ke dua. Saya dapat lihat betapa kecewa isteri saya.

“Maafkan abang sayang, kerana lelaki yang tidak sempurna ini, awak menghadapi semyanya.”

Isteri amat baik…penyabar dengan sikap saya yang adakalanya fussy, pandai masak dan rajin masak (diakui keluarga saya dan keluarga mertua serta sahabat handai – Malay food, Pahang food, western malah Korean food terutama Kimchi memang isteri expert), pandai dan rajin mengemas malah perfect wife…keistimewaan dia yang paling utama ialah pada hati dia yang lembut dan kesederhanaan dia.

Tiada yang saya doakan sambil menangis sebak melainkan ketika saya menghantar isteri saya ke muka pintu (isteri kerja cikgu dan bertolak awal ke sekolah dalam 6.30 pagi setiap hari, saya kerja di pejabat masuk pukil 8.00 pagi)

Ketika dipintu saya akan perhatikan langkah isteri sebelum hilang di lift apartment kami….masa tu saya berdoa…”Ya Allah, kasihanilah isteriku, bahagiakan dia, kurniakanlah syurga kepadanya, sesungguhnya aku redha kepadanya kerana dia wanita yang baik dan mulia hatinya.

Mohon tuan puan semua….doakan agar Allah SWT memberikan kami zuriat kandung kami sendiriye…agar ada keajaiban dari Allah SWT dalam memulihkan kelemahan saya dan mohon juga agar isteri saya sentiasa diberkati dan diredhai…mohon kepada Allah SWT semoga rumahtangga kami kekal bahagia sehingga ke jannah tanpa gangguan

Saya memohon pandangan…kut2 ada yang tahu amalan2 yang boleh membantu kami dalam memperoleh zuriat…atau ada berita berkaitan sesiapa yang mahu memberi anak angkat. Mohon share ye..

Terima kaish buat admin.

Dan terima kasih buat semua.

Semoga kita diberkati dan diredhainya.
Amiiin

– Rizam

11 GAMBAR CARA ROKOK GANJA PERUBATAN DIHASILKAN


Di Amerika Syarikat penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi baru sahaja dibenarkan di Colorado dan Washington.

Akhirnya dope heads boleh menghisap ganja tanpa risau ditahan polis. Sebelum ini hanya mereka yang mempunyai alasan perubatan sahaja boleh memghisap ganja tanpa perlu risau ditahan pihak berwajib.

Tahukah anda bagaimana rokok ganja dihasilkan? Di bawah ialah sebuah kilang pembuatan rokok ganja untuk tujuan perubatan di California. Enjoice!



Recent search terms:

  • Cara Gambar ganja

Pregnant Kenapa Tak Puasa?

Terima kasih pada admin jika artikel ini sudi di kongsikan.

Aku baru tau aku 5 minggu pregnant lepas aku p klinik. Trimester pertama. Dapat tahu pon, beberapa hari sebelum puasa. Disebabkan alahan yang teruk, aku tak dpt nak puasa. Smpai ke 22 Ramadhan ni, adalah dlm 5 hari je aku puasa.

Terpaksa Tinggal Puasa Sebab Alahan, Bukan Saja-Saja

Alahan mcm mana? Aku muntah, dari subuh sampai lepas isyak. Of course bukan non-stop. Cumanya, sejam sekali aku akan ke toilet untuk muntah. Tak campur dgn asyik nak buang air kecil. Sampailah aku dehydrated & kena marah dengan doctor. Dia larang aku puasa sbb aku constantly muntah, dgn kencing sokmo lagi.

Yg aku nak cerita ni, sbb ada seorang wanita yang aku tak tau kenapa mcm tak puas hati aku tak puasa. Tak payah nak pertikaikan kakak ko sarat mengandung 7 bulan & boleh puasa. Aku harap ko tau, 1st trimester adalah waktu crucial utk pregnancy. 80% of miscarriages happen in 1st trimester. Aku juga pernah gugur before ni. So I don’t want to jeopardize this pregnancy.

Ko tak payah nak perli2 aku tak puasa. Ko tak payah nak berdebat, kononnya aku salah guna rukhsah yang diberikan pd golongan mengandung. Ko tak payah nak bagi jelingan tajam bila ko Nampak aku makan biskut 2 keping. Sebab, aku tak pernah maki ko pon bilamana ko sentiasa ada kat surau utk tidur (bukan waktu nak solat pon) atau mengumpat.

Aku harap, satu hari nanti ko akan alami alahan seteruk dgn aku pada bulan Ramadhan, baru ko paham apa yg aku rasa. Ko tak tau betapa stressnya aku. Paling byk aku boleh makan hanyalah suku pinggan nasi, & aku akan muntahkan semua tu balik. Sampai keluar asid perut. Disebabkan takde makanan yang masuk, aku sgt lemah & rasa nak baring je 24 jam sehari.

Macam Mana Dia Nampak Aku Tak Puasa?

Mcm mana dia tau aku tak puasa? Aku sorok2 makan biskut/kek kecik2 harga 80sen tu kat bucu surau, bukan aku makan kat chicken rice shop pon. Dan, aku juga takde makan berat. Sebab? Aku tak larat nak sediakan bekal sendiri, kalau mkn berat pon, mmg akan confirm keluar balik – hanum

Kredit : iiumc confess

Elak Beri 5 Makanan Ini Kepada Kucing Anda

Kalau anda memelihara kucing dirumah pastinya anda perlu tahu ada makanan dan minumum yang tak sesuai untuk kucing anda,  tak semua jenis makanan si comel boleh hadamkan. Kadang-kadang tak semuan makanan yang dimakan oleh manusia maka si comel pon boleh makan, inilah punca kucing boleh terkena keracunan atau mati.

Jom kenali 5 makanan manusia yang berbahaya kepada kucing anda.

1. Coklat

Kebanyakan pemilik kucing sudah maklum akan bahaya coklat kepada kucing. Coklat mengandungi theobromine yang boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung dan kematian kepada kucing. Theobromine terkandung dalam pelbagai jenis coklat termasuk coklat putih (white chocolate) dan coklat gelap (dark chocolate).

2. Ikan Mentah

Kita sedia maklum bahawa kucing suka makan ikan. Walaubagaimanapun, elakkan memberi makan ikan mentah kepada si comel anda. Ikan mengandungi sejenis enzim yang meghancurkan thiamine, sejenis vitamin B yang penting kepada otak kucing. Kekurangan thiamine ini boleh menyebabkan masalah otak (neurologi) kepada kucing dan koma.

Elakkan juga beri kucing anda memakan ikan goreng kerana ia boleh menyebabkan masalah keguguran bulu kucing anda. Jika ingin memberi mereka ikan, seeloknya rebus dahulu ikan tersebut.

3. Telur Mentah

Sama seperti kesannya kepada manusia, memakan telur mentah boleh menyebabkan jangkitan kuman salmonella yang boleh menyebabkan radang pankreas. Tidak mengapa sekiranya anda ingin memberi telur yang sudah dimasak tetapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit.

4. Bawang

Ada sesetengah daripada pemilik kucing gemar memberi sisa-sisa ikan dan nasi kepada si comel. Walaubagaimanapun, pastikan ianya tidak mengandungi bawang. Bawang mengandungi N-propyl disulphide yang dikenalpasti boleh merosakkan sel darah merah dan kematian kepada kucing.

5. Minimum Alkohol

Daripada segi kesihatan, pengambilan alkohol dikenalpasti boleh merosakkan hati. Pemberian minuman alkohol kepada kucing juga mempunyai kesan yang sama, tetapi lebih teruk kerana hati mereka lebih kecil. Pemberian dua sudu kecil minuman vodka atau whiskey sudah cukup membuatkan kucing anda koma.

Selain itu, pemberian alkohol kepada si kucing juga boleh menyebabkan saluran darah mereka bersifat asid dan seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang mereka.

Diharapkan info ini dapat memberi tips berguna mengenai makanan dan minuman kepada kucing kesayangan anda. Sebagai pemilik kucing, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memelihara dan menjaga kucing anda dengan sebaik mungkin.

Mana tahu, kucing yang anda pelihara mungkin boleh menjadi saham anda diakhirat kelak.

Umur Saya 24 Tahun Tapi Orang Ingat 19 Tahun – Gadis Ini Dapat 10,000+ Shares! Kongsi Petua Kecantikan


Bayangkan, anak menakan (anak buah) terperanjat bila saya beritahu umur saya 24 tahun. Saya ingat muka saya ini nampak seperti berusia 30 tahun di pandangan anak menakan, rupa-rupanya dia ingatkan saya baru berumur 19 tahun.

Hahaha! Bukan dia sahaja, malah ramai lagi yang nampak saya seperti awet muda. Ingatkan saya budak sekolah pun ada. Mungkin kerana saiz badan saya yang agak kecil, kurus dan awet muda.

Saya malas nak kongsi rahsia awet muda yang saya amalkan. Tetapi tak apalah berkongsi kebaikan pun merupakan satu ibadah juga kan?

Nah, saya nak kongsikan rahsia kecantikan saya dengan menggunakan air rawatan tradisional untuk:

  • Dalaman wanita
  • Mengurangkan keputihan
  • Seri wanita
  • Awet muda
  • Mengeluarkan aura positif
  • Memberi tenaga dan mencantikkan luaran kita

Saya amalkan minuman ini dan juga pil buatan sendiri. Senang, homemade sahaja. Terjamin selamat untuk badan.

Bolehlah cuba resepi air tradisional ini. Memang best! Untuk buatkan air rawatan tradisional ini kekal lama pun ada tipsnya juga. Tetapi saya akan kongsikan pada slot lain pula ya.

Saya akan ambil dua atau tiga sudu pati jamu ini dan dicampurkan dengan setengah cawan air suam. Minum tiga kali seminggu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
  • Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • Sedikit gula merah (saja letak gambar besar)
  • Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak guna banyak mana pun sebenarnya.

Cuma berhati-hati dengan manjakani sebab pahit.

Tumbuk kunyi dan biji manjakani serta hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tetapi saya tak suka rasa tajam halia kalau tumbuk sekali. 

Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan dua cawan air. Tunggu sehingga mendidih. 

Setelah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Saya campur asam jawa tadi dengan dua cawan air juga. Biar sampai mendidih lagi. 

Selepas mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ini bertujuan mengurangkan rasa pahit manjakani itu. Kalau korang jenis yang suka pahit-pahit ini, tak perlu letak pun tak apa. Ini pun dibiarkan sehingga mendidih dan air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal. Boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk. 

Bila sudah sejuk, dah boleh tapis dan simpan dalam bekas bertutup. Tadaa! Pati jamu anda sudah siap. – Sahira Lim | Malaysiaviralstory

Makanan Terbaik Apabila Sedang Demam

Orang ramai berpendapat apabila mengalami demam, mereka harus menelan sebiji pil panadol untuk sihat semula namun perkara itu boleh memudaratkan badan jika diambil tanpa memakan makanan lain.

Berikut adalah makanan yang boleh menggalakan pemulihan badan semasa demam.

Makanan Terbaik Apabila Sedang Demam

    • Bawang Putih

 

      • Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

 

    • Kunyit
      • Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

 

    • Halia
      • Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan. Cara Merawat Demam Kuning

 

    • Madu
      • Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

 

    • Ikan
      • Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

 

    • Tiram
      • Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

 

    • Anise Seeds
      • Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

 

    • Beri Biru
      • Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

 

  • Sayuran Hijau
    • Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Cara Hilangkan Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit dan ia bukan mudah hilang. Namun terdapat petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan panau dari kulit secara beransur-ansur.

Kami ingin berkongsi dengan anda tentang petua untuk hilangkan panau yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup.

Caranya adalah dengan :
    1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas.
    2. Perahkan air lengkuas.
    3. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau.
Sementara itu, anda dinasihatkan jangan memakan lengkuas sepanjang mengamalkan petua ini.
Petua yang lain juga ada menyebut boleh menggunakan daun pinang. Daun tersebut ditumbuk lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

 

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Cara Tambah Tinggi Badan Secara Semula Jadi

Ramai lelaki dan juga wanita, mengimpikan tubuh yang tinggi lampai. Ketinggian juga dapat membantu menambah keyakinan diri kepada seseorang.
Menurut pelbagai kajian yang telah dijalankan dari pelbagai institut dari seluruh dunia, kadar kenaikan tinggi badan seseorang adalah berbeza dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang.

Untuk menambahkan ketinggian anda, terdapat beberapa perkara anda boleh lakukan :

    • Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi
      Kajian memaklumkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup amat penting dalam badan yang membesar. Ia dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur.
      Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur

 

    • Cukup Gizi
      Pastikan mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.

 

    • Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan
      Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan

 

    • Berenang
      Aktiviti ini adalah cara yang terbaik untuk menambah ketinggian, kerana semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
      Jika tidak pandai berenang memadai melakukan aktiviti kayuhan berbasikal.

 

    • Mengamalkan diet seimbang
      Ia amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda.

 

  • Sebagai makluman mengambil dadah, alkohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang dari mencapai ketinggian maksimum Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur.

Seperkara lagi , steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • ketinggian badan bila boleh tinggi

Tips Tidur untuk Mengekalkan Wajah Muda

Antara manfaat mencukupi tidur adalah untuk mengekalkan kecergasan badan dan meningkatkan daya fokus.
Tambah lagi, tidur yang cukup dapat membuat kulit muka tampak lebih muda dari umur sebenar kita.

Tips – tips tidur yang berkualiti :

    1. Kekalkan jadual waktu tidur
        • Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti
      • Biasakan badan tidur mengikut jadual

 

    1. Perhatikan makan dan minum anda
        • Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang
      • Elakkan kopi pada waktu malam

 

    1. Cipta ritual waktu tidur
        • Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan
      • Jangan gunakan sebarang peralatan elektronik sewaktu tidur.

 

    1. Berada dalam keadaan selesa
        • Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan.
        • Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting.
      • Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda

 

    1. Had tidur waktu petang
        • Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya
      • Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja

 

    1. Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda
        • Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur.
      • Jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur

 

  1. Pengurusan tekanan
      • Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir
    • Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Khasiat Sayur-Sayuran Hijau

Kita selalu digalakkan memakan sayur-sayuran hijau kerana khasiat yang diberinya.

Walaupun ia tidak disukai dan bukan pilihan utama dalam menu makanan harian kita, tidak dinafikan sayuran hijau banyak memberi manfaat kepada kita. Berikut adalah senarai sayuran dan khasiatnya.

Khasiat Sayur-Sayuran Hijau, manfaat sayur-sayuran hijau, kebaikan sayur-sayuran hijau, khasiat sayur-sayuran hijau

Asparagus


Kandungan: Kaya ngan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C dan niasin.

Khasiat: Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan eczema. Ia juga mengandungi unsur yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Bayam

Kandungan: Vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium, potasium, magnesium, mangan dan zink.

Khasiat: Mencegah anemia dan menambah tenaga.

Brokoli

 

Broccoli

Kandungan: Vitamin A, E, C, karotenoid dan asid folate.

Khasiat: Melambatkan penuaan kulit dan mencegah sembelit.

Kacang Buncis


Kandungan: Kaya dengan protein dan vitamin.

Khasiat: Membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah.

Kucai

Kandungan: Vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang.

Khasiat: Membantu mengubati penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi, sembelit dan melancarkan pengaliran darah.

Pegaga


Kandungan: Vitamin A, C dan zat besi.

Khasiat: Mencerdaskan pemikiran terutamanya untuk kanak-kanak dan menyembuhkan luka dan kerengsaan kulit.

Peria

Kandungan: Bahan menyerupai insulin.

Khasiat: Penawar kencing manis, menurunkan paras gula dalam darah dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Salad


Kandungan: Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, magnesiumdan zink.

Khasiat: Bertindak menenangkan fikiran, mengandungi karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

Sawi


Kandungan:  Vitamin A, B, B2, B6, C, zat besi dan protein.

Khasiat:  Mencegah hipertensi dan anemia bagi ibu hamil serta melancarkan pencernaan.

Seleri


Kandungan:  Kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitamin A, B-kompleks dan vitamin C serta magnesium.

Khasiat:  Membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Turunkan Kolesterol Dengan Bawang Putih

Orang ramai sudah tahu paras kolesterol yang tinggi boleh ‘mengundang’ berbagai jenis penyakit lebih-lebih lagi sakit jantung. Jadi, salah satu cara terbaik nak elak sakit jantung ialah dengan menjaga kadar kolesterol dalam darah kita supaya ia kekal normal.

Mengamalkan dan berpantang mengelakkan makan benda-benda yang banyak kolesterol adalah perkara yang susah namun terdapat suatu petua yang boleh anda ikuti untuk menurunkan kolestrol anda. Menggunakan bawang putih dalam menu makanan harian, anda boleh bantu menurunkan kadar kolestrol badan anda.

Menurut kaji selidik yang dijalankan, dengan mengambil satu atau satu setengah ulas bawang putih setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 9%. Bawang putih membantu menurunkan kolesterol kerana ia mengandungi senyawa allicin yang berfungsi mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Bukan semua orang yang boleh makan sayur-sayuran dengan mentah. Terutamanya jika ianya bawang putih. Namun anda boleh memasaknya sebagai acar bawang untuk menjadikannya sebahagian daripada menu anda.

Acar Bawang Turunkan Kolesterol

Bahan-bahan (sesuai untuk 4 orang makan)

    • 250 ml air
    • 2 sudu besar gula pasir
    • 1/2 sudu teh garam
    • 2 sudu besar jus lemon
    • 100 gram bawang putih (jangan lupa kupas)
    • 10 batang cili padi (nak lebih pun boleh)

Cara untuk membuatnya

    1. Campurkan 250mil air dengan gula dan garam
    2. Kacau dan masak sehingga mendidih
    3. Tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit dan kemudian pindahkan air tu ke dalam balang
    4. Apabila ia tidak begitu panas, tambahkan jus lemon, bawang putih dan cili dan tutup dengan kemas.
    5. Simpan dalam peti ais.
    6. Hidangkan sekali bersama nasi

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/turunkan-kolesterol-dengan-bawang-putih/

Khasiat Betik: Buah dan Bijinya

Seperti yang kita tahu, buah-buahan mempunyai banyak khasiat terhadap badan manusia. Kali ini kita ingin memberi fokus kepada khasiat buah betik.

Kebaikan Betik Untuk Kulit

Jus betik muda dikatakan berguna untuk merawat beberapa masalah kulit. Selain diminum, disarankan juga untuk sapu jus betik ke bahagian kulit yang bermasalah termasuklah kalau ada kulit bernanah, berkutil, berketuat dan seumpamanya  serta untuk kulit berjerawat.

Selain daripada jus yang dibuat daripada buahnya, pes yang terhasil daripada jus ini boleh disapu pada bahagian kulit yang berkurap dan juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat. Selain itu, biji betikjuga boleh dimakan. Rupa dan rasanya pun seakan-akan lada hitam. Jadi, ia juga adalah alternatif kepada lada hitam.

Biji betik bersifat anti-bakteria dan berkesan menentang bakteria E.Coli dan Salmonella serta jangkitan Staphylicoccus. Ia boleh menyingkirkan parasit yang biasanya akan berkampung di bahagian usus, hati dan buah pinggang. Selain itu, biji betik yang dimakan juga dikatakan membantu menyingkirkan toksin dalam badan

Kebaikan betik untuk lelaki

Sebagaimana buah jambu, tembikai, tomato dan beberapa jenis buah lagi, buah betik diketahui kaya dengan likopena. Likopena ialah karotenoid (pigmen antioksidan semulajadi) yang biasanya terdapat pada buah-buahan yang berwarna merah dan jingga.

Buah-buahan yang kaya dengan likopena dan diambil bersama teh hijau dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser prostat bagi orang lelaki.

Ada kajian yang menyebut bahawa amalan makan buah-buahan yang kaya dengan likopena dan minum teh hijau mampu menurunkan risiko pembentukan kanser prostat sehingga 86 peratus. Hmm… risiko tetap ada (baki 14 peratus lagi), so doa-doalah supaya kesihatan tetap terpelihara sepanjang masa.

Kebaikan betik untuk wanita
Secara spesifiknya, bagi wanita pula digalakkan untuk makan buah betik muda. Betik muda bermanfaat untuk kaum wanita yang sering mengalami masalah senggugut dan juga bagi melancarkan pengaliran serta membantu membetulkan kitaran haid.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • buah betik dimakan dengn bijinya
  • Buah betik bersifat

Khasiat Daging Arnab

Arnab adalah sejenis haiwan berkaki empat yang lebih dikenali dengan telinganya yang panjang. Walaupun ia dijadikan haiwan peliharaan orang ramai, arnab ini juga boleh dimakan. Ramai yang rasa hairan namun daging arnab banyak memberi khasiat.

Mungkin ramai yang tidak sanggup menyembelih haiwan ini ini kerana ia kerap dijadikan haiwan peliharaan. Namun di sini kami ingin berkongsikan khasiat daging arnab kepada penggemar daging arnab.

Khasiat Arnab

  1. Hempedu arnab
    • Hancurkan bersama madu dan air didih nasi lalu dimimum oleh wanita yang sudah berumahtangga tetapi sukar untuk memperolehi anak. InsyaAllah, beliau akan mengandung.
  2. Daging arnab
    • Masak dan makan daging arnab selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah akan mengelakkan daripada penyakit batu karang dan rambut cepat beruban.
  3. Tulang arnab
    • Bakar dan tumbukkan tulang sehingga menjadi serbuk halus lalu diminum dengan air suam panas. Dikatakan ia mampu membuang angin dan segala lendir yang tak diingini dalam badan. InsyaAllah. Kalau tak nak minum, boleh juga dicampur dengan air dan jadikan ubat sapu pada bahagian tubuh yang dirasakan banyak angin dalam badan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • khasiat daging arnab

Petua Sembuhkan Luka Akibat Kemalangan

Ramai golongan muda zaman sekarang suka menunggang motor dengan laju. Difahami perbuatan ini memberikan penunggang ‘adrenaline rush’.

Ia adalah hormon yang dikeluarkan apabila seseorang itu berhadap sesuatu yang bahaya atau mengujakan. Penunggang muda – mudi amat menggemari pengeluaran hormon yang diakibatkan aktiviti menunggang dengan laju.

Biasanya jika mereka tidak berhati-hati, mereka boleh terlibat dalam kemalangan. Jika mereka bernasib baik mereka mungkin terjatuh di jalan raya kosong di mana perkara yang paling teruk hanyalah beberapa luka dan calaran di kulit.

Di sini kami ingin berkongsi beberapa petua untuk menyembuhkan luka akibat kemalangan.

Petua Sembuhkan Luka Akibat Kemalangan

Sesiapa yang mengalami luka, biasanya akibat kemalangan jalanraya, sehingga kulit melecet, boleh mengamalkan petua ini supaya luka tersebut cepat sembuh dan kurang meninggalkan parut.

Petuanya ialah dengan cepat-cepat menyiram bahagian kulit yang melecet hingga menampakkan kesan luka yang besar dengan petrol atau kerosene.

Perkara ini dituruni dari kalangan penunggang lain, selalunya pada waktu awal selepas kemalangan, pedih akibat kemalangan tu tidak terasa sangat. Pada waktu itulah elok disiram dengan minyak petrol. Masa mencurah memang akan berasa betul-betul pedih. Namun,

selepas 10 minit rasa sakit lama-kelamaan akan berkurangan dan kemudian cuma berasa kebas sahaja. Sebaik-baiknya juga, selepas 2-3 jam, atau keesokan hari cucila ‘petrol’ tersebut.

Selepas itu barulah diletakkan ubat sapuan dan pelbagai rawatan lain. Setiap kali mandi pula, pastikan kawasan luka turut dibasahi air.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • cara merawat luka lepas kemalangan
  • Cara sembuhkan luka excident
  • luka kemalangan
  • merawat luka dengan minyak petrol
  • petrol di luka
1 2 3 4
Go to Top

Send this to friend