Category archive

Story Kewangan

‘Aku Saja Test Nak Pinjam RM1,000, Tak Sangka Sahabat Lama Itu Satu-Satunya Manusia Yang Sudi Bantu’

Allahu, terkesan betul baca perbualan dua sahabat ini. Status dan gambar yang dimuat naik oleh Reza Shahrill Mahadi ini benar-benar menunjukkan siapa sahabat yang sudi tampil membantu ketika dia dilanda kesusahan.

Bukan senang mahu mencari sahabat seperti ini. Walaupun tahu dirinya serba tidak cukup, namun digagahkan juga niat mahu membantu rakannya itu. Ending perbualan mereka lebih menyentuh hati.

“Kawan masa senang, senang nak cari. Yang masa susah, memang susah nak jumpa. Ramai yang suka menerima tetapi tidak ramai yang suka memberi. Aku saja test tadi, nak tengok siapa yang sudi tolong. Nak bagi dia hadiah.

“Tak sangka pula sahabat lama itu satu-satunya manusia yang menghubungi aku melalui chat. Terharu pulak,” tulis Reza di Facebooknya.

Urgent, nak pinjam RM1,000…




“Aku sebenarnya chat ko ni nak cubalah tolong apa yang aku mampu”

“Aku dapat tolong ko dalam RM300. Tak dapat nak bagi banyak sebab hujung bulan nak berniaga di bazaar ramadhan”




Dari RM300, bertukar menjadi RM800


Berapa ramai yang benar-benar menjadi sahabat kita pada hari ini?

Hanya Menggunakan Whatsapp Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Nak Rekod Perbelanjaan Setiap Hari

Kadang-kadang bila dapat gaji setiap bulan pasti kita berbelanja tak ingat dunia, bila sampai pertengahan bulan baru pikir kenapa gaji aku cepat habis? kadang tu tak tahu kemana duit tu dihabiskan.

Lagi pula kalau kita dah berkeluarga, perbelanjaan yang disiplin bagi suami /isteri amatlah dititikberatkan supaya dapat menampung kos sara hidup setiap bulan.

Kali ini admin akan kongsikan bagaimana Nik Mohd Fahmi mebuat rekod perbelanjaan setiap bulan bersama isteri.

Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.

Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.

Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :

  • Makan tengahari -8.00
  • Minyak kereta -50.00
  • Parking -1.00
  • Bil letrik -78.00
  • Econsave -45.50
  • Laptop -1450.00
  • Ali bayar hutang +300.00
  • Bonus +500.00

Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.

Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :

1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet

Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.

Semoga informasi ini bermanfaat buat semua dalam berbelanja setiap hari- Nik Mohd Fahmi | Malaysiaviralstory

Grab, Uber, Dan Teksi : Kajian Ini Mendedahkan Tambang Mana Termurah

Suatu ketika dulu, ramai antara kita yang terpaksa beratur panjang dan tunggu lama semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Terima kasih atas perkembangan teknologi serta kewujudan telefon pintar, segalanya kini berada di hujung jari anda untuk pergi ke mana sahaja. Seperti negara lain, Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan aplikasi pengangkutan Grab dan Uber.

walaubagaimanapun, para pemandu teksi membantah kewujudan Grab dan Uber yang dikatakan menutup periuk nasi mereka. Benarkah? Hakikatnya, semakin ramai pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi pengangkutan berbanding teksi kerana tambangnya yang lebih murah berserta promosi diskaun yang giat diadakan.

Oleh itu, industri aplikasi pengangkutan ini dijangkakan berkembang pantas dalam beberapa tahun yang akan datang. Sebagai pengguna, sudah tentu anda mahukan servis pengangkutan yang bukan sahaja selesa tetapi menawarkan harga yang berpatutan.

Suatu kajian baru-baru ini telah dijalankan oleh laman web iPrice yang melibatkan negara-negara utama Asia Tenggara bagi mendedahkan servis pengangkutan mana satu menawarkan harga paling murah.

Kajian tersebut dilakukan kepada dua syarikat gergasi aplikasi pengangkutan, Grab dan Uber, serta teksi tempatan berdasarkan pelbagai komponen dan bentuk harga.

Berdasarkan hasil dari kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa:

  • Servis aplikasi pengangkutan adalah lebih murah berbanding teksi di kesemua enam negara terlibat.
  • Uber menawarkan tambang paling murah untuk jarak perjalanan yang jauh (20km)
  • Grab pula sedikit murah untuk jarak perjalanan yang lebih dekat (5km).
  • Ketika waktu biasa di pusat bandar dengan purata masa 16 minit perjalanan bagi jarak 5km, tambang dikenakan untuk Grab ialah sebanyak RM8 dan RM8.40 untuk Uber.
  • Manakala caj bagi teksi biasa pula ialah RM10.20 bagi perjalanan yang sama.
  • Uber lebih menjimatkan jika destinasi yang ingin ditujui anda jauh. Bagi perjalanan 20km, penumpang Uber dikenakan kos sebanyak RM22.70, manakala Grab sebanyak RM28.90 dan RM27.10 untuk teksi biasa.
  • NDi negara-negara lain, hanya satu aplikasi pengangkutan yang menawarkan kadar harga yang lebih unggul berbanding pesaing.
  • Contohnya Indonesia, Thailand dan Vietnam, Uber paling murah untuk perjalanan yang dekat dan jauh. Sementara itu
  • Grab dilihat sebagai pilihan yang lebih murah untuk jarak yang dekat atau jauh di negara Singapura dan FIlipina. 

Kami tidak merperkecilak perkhidmatan teksi, kami hanya berkongsi maklumat sahaja berkaitan perbandingan tambang antara ketiga-tiga perkhidmatan tesebut, walaubagaimanapun setiap darinya ada kelebihan masing-masing.-

Rujukan : rojakdaily.com | Malaysiaviralstory

Beli Kereta Honda Secara Tunai? Lelaki Ini Kongsi Caranya

Jika anda pandu kereta berjenama import sememangnya menyeronokkan. Lebih menyeronokkan lagi sekiranya kau mampu untuk memiliki kenderaan idaman sendiri sewaktu kawan-kawan masih lagi memandu kenderaan berjenama tempatan seperti Perodua Myvi dan Proton Persona terasa macam terlajak power kan?

Tapi, ramai graduan antara kita yang silap membuat percaturan semasa mengatur kewangan mereka dengan membeli kenderaan yang bayaran installment bakal memakan bahagian gaji yang besar setiap bulan.Antara model kereta yang menjadi idaman setiap dari anda yang bergelar graduan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Honda City atau apa jua yang ada kaitan dengan Honda.Namun, ramai yang terjerat dengan bayaran bulanannya yang tinggi dari serendah RM800 sebulan dan bayaran ini perlu dilangsaikan dalam tempoh 108 bulan atau 9 tahun, itu pun kalau kau ambil spec yang paling rendah.Tapi, tahukah anda bahawa anda boleh memilik Honda City dengan harga yang jauh lebih rendah dengan tempoh bayaran yang lebih singkat? Atau mahu langsi lagi sekiranya kau mampu membeli kereta idaman kau secara tunai tanpa menjebakkan diri kau ke lembah neraka kewangan.

Tuan Harith Faisal baru-baru ini melalui laman Facebook beliau telah berkongsi trik dan cara mudah untuk membolehkan kita untuk memiliki Honda City secara tunai. Baca perkongsian beliau di bawah:

Graduan pada tahun 2010, boleh jadi, mereka adalah abang atau kakak kita. Atau mungkin juga memang kita sendiri. Katakan gaji masa tu RM3,000. Rasa macam kaya raya sangatlah.

Apa lagi. Kita pun angkatlah Honda City sebijik. Harga Honda City baru adalah sekitar RM75K-RM90K. Harga lebih kurang sekarang. Bayaran bulan sekitar RM800 lah senang cerita. Kita ambil purata.

Dengan RM800 sebulan tu, patutnya kit boleh beli rumah harga RM160K. Antara tahun 2010-2016 ada beberapa tahun yang harga hartanah kat KL dan Selangor naik melampau gila ya amat.

Ada yang naik setahun RM30K pun ada. Selepas 3 tahun naik RM100K pun ada. Fuh! Lap peluh beb. Siapa yang dapat rembat rumah masa tahun 2010 tu memang best. Polisi bank masih longgar.

Masa tu pun lebih senang bank nak lulus beli rumah. Yang paling penting, PTPTN belum masuk CCRIS. Kos sara hidup masih sangat okay untuk yang bergaji RM3,000. Kira heavenlah juga.

Graduan gaji RM3,000 kereta yang patut dibeli adalah RM3K x 12 = RM36K sahaja. Bolehlah beli kereta nasional. Tapi kalau yang laki bujang tu, naik motor pun dah okay. Apa de hal, kan.

Iya, memang ada yang beli Honda City 2010 tapi dapat juga beli rumah selepas tu. Itu rezeki namanya. Tapi ada juga yang sengkek setiap bulan sampai sekarang tak beli-beli rumah pertama.

Beli Honda City pada tahun 2010 harga RM75K-RM90K, pada tahun ni harganya jadi RM35K-40K. Kereta nature dia memang susut nilai. Elok je keluar show room, terus turun 20%-30%.

Beli rumah RM160K tahun 2010, tahun ni 2017 harganya jadi RM300K. Untung RM140K satu rumah. Dua rumah, untung RM280K. Boleh beli 3 bijik Honda City baru, bayar cash. Design baru lagi merecik.

Yang lagi best, sejak 2010, penyewa yang bayarkan ansuran bulanan. Memang seronoklah siapa yang beli rumah masa tu. Benda ni akan berulang. Harga rumah akan naik, harga kereta akan turun.

Jadi, saya ada soalan. Berbaloi tak beli Honda City 2010 second hand ni? Saja tanya. Macam best je. Please advise me. Saya tak pandai bab kereta. Kalau berbaloi, saya nak start kumpul duit ni- Harith Faisal | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • kereta berbaloi 2017
Go to Top

Send this to friend