Category archive

Story Makanan

Resepi Ayam Masak Paprik

Hari ini saya nak kongsi resepi ayam masak paprik ala thai yang saya masak semalam.

resepi ini saya dapat ketika saya berkunjung ke rumah saudara di kuala lumpur. saudara saya pandai masak ayam masak paprik ini kerana rasa dan warnanya sangat cantik.

resepi ini asal dari negara thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.
Resepi Ayam Masak Paprik ala Thai

beberapa waktu lalu saya juga sudah menulis resepi ayam masak kurma yang boleh anda jadikan menu masak hari ini.

anda pasti ingin segera cuba dirumah kan? jom kita layan resepi dibawah:

Bahan-Bahan
2 keping dada ayam – hiris nipis

4 biji cili padi – diketuk

2 sudu makan cili kering kisar

2 helai daun limau purut

2 ulas bawang merah – dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

1 biji cili merah – dihiris serong

2 sudu makan sos cili

2 sudu makan sos tomato

1 sudu makan sos tiram

1/2 inci halia – hiris halus

1/2 labu bawang besar – hiris memanjang

1/2 cawan air

sedikit garam

sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

2 biji putik jagung – dihiris

2 tangkai kacang polong – dihiris pendek

bunga kobis – dipotong kecil

1/2 biji karot – dihiris memanjang
Cara Memasak Ayam Masak Paprik

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.

#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Nota : anda boleh tambahkan sedikit air bila kuah agak pekat
bagiamana mudah kan resepi ayam masak paprik ala thai yang saya nak kongsi ini.

Recent search terms:

  • resepi ayam
Go to Top

Send this to friend