Category archive

Story Percintaan

5 Sebab Kenapa Lelaki TAK Handsome Selalu Dapat Couple Dengan Perempuan Cantik

Kredit foto: satyaunphoto

Mungkin bila kita sembang tentang perkara ini, mesti ada yang cakap, ala biasalah jodoh tuhan yang tentukan. Ye betul mungkin rezekinya untuk mendapat pasangan yang cintak, tapi kalini kami kongsikan antara mengapa lelaki tak handsome selalu dapat girlfriend yang cun yang boleh kaitkan dengan dunia realiti sekarang! Kalau tak percaya pergi tengok kawan korang yang tak handsome tu, mesti diorang ada ciri-ciri ini.

1. POKET TEBAL, SENANG BELIKAN AWEK BARANG-BARANG MAHAL!

Walaupun diri anda tidak berapa sempurna di mata rakan-rakan, dicemuh para masyarakat kerana raut wajah persis pintu, usah risau sekiranya anda memiliki wang ringgit yang mega mewah. Inilah masanya untuk anda membuktikan wajah tidak membawa erti, duit berkuasa mengubah segalanya. Tak ramai wanita yang akan menolak cinta anda. Trust me, kau taburlah beg Chanel, Gucci mesti diorang kata andalah lelaki paling hot pernah dia jumpa!

2.KAU ADALAH LELAKI PALING LUCU DI DUNIA!

Perempuan ni kadang-kadang pelik, kau cuba la borak, layan sikit dengan lawak bodoh pun diorang boleh sangkut, tapi tak ramai la camni, mungkin 40% je la suka lelaki lawak. Melainkan kau seorang lawak dan kaya mereka akan lebih tertarik. Ok anda lawak? Apa lagi tunjukkan skil anda!

3.MULUT MANIS MACAM GULA

Kau cakap diorang lawa, puji setiap apa yang diorang pakai, mesti lama-lama akan sangkut, yela perempuan ni cepat perasan walaupun kau tak la berupa mana, asalkan pandai berkata-kata, manis ayat, kaulah putera idaman dia.

4.TAK HANDSOME NI KEBANYAKANNYA LELAKI SEJATI

Sekarang adalah zaman paling sukar untuk wanita mendapatkan pasangan hidup, yelah yang handsome, sado ni asyik jadi geng kunyit je, so perempuan akan memilih wajah-wajah pecah rumah sebagai pasangan hidup. Biar tak kacak, asalkan tulen banggg.

5.KAU HANYA UNTUK DIA, SEBAB TAK ADA ORANG PUN NAK KAU SELAIN DIA

Faham la konsep tu kan, kau hanyalah untuk dia. Dia rasa selamat bila kau memilih dia, lagipun orang lain tengok ko sebelah mata, dia je tengok kau dengan dua mata dan hati. Oitshh

Cinta Jarak Jauh Bukanlah Alasan Untuk Kita Berlaku Curang

Kredit foto: kayumanisphotography

Adakah anda sedang bercinta jarak jauh?Walaupun ia tidak berlaku pada semua daripada anda tapi situasi ini tetap ada atas sebab tertentu. Tanyalah sesiapa pun pasti mereka tidak sanggup untuk berjauhan bukan. Ramai pasangan yang dah berkahwin mengimpikan untuk tinggal bersama namun dek kerana tuntutan kerja dan pelbagai faktor demi kelangsungan hidup terpaksa direlakan. Kali ini kami kongsikan beberapa tip untuk terus menyemarakkan rasa cinta bagi pasangan yang tinggal berasingan dan jarak jauh.

1.Percaya pada pasangan.

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita mestilah percayakannya dengan sepenuh hati. Betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam hidup berpasangan ini. Percayalah padanya yang akan setia dan masih menyayangi kita walaupun jarak memisahkan.

2.Setia walaupun jauh.

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila berjauha. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Pada masa inilah hati kita akan digoda dengan persekitaran seperti terlihat pasangan yang sedang berdua-duaan. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Letakkanlah diri kita di tempatnya, adakah kita akan gembira dan suka jika kita diperlakukan sedemikian?

3.Berjumpalah walaupun seketika.

Jangan jadikan jarak sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Jika ada cuti, luangkanlah sedikit masa untuk berjumpa dengannya. Pasti si dia akan teruja untuk berjumpa. Malah yang mempunyai anak apa salahnya meluangkan masa dengan membawa mereka bercuti untuk melepaskan kerinduan.

4.Selalu berhubung.

Walaupun jauh tidak menjadi penghalang bagi pasangan untuk berhubung. Sentiasa memastikan diri berhubungan sangat penting agar ikatan terus kukuh walaupun jarak dan masa memisahkannya.

5.Ingat hari-hari penting.

Bukan mudah untuk mengingati hari-hari penting. Namun tiada alasan sebenarnya kerana ia untuk kebaikan antara kamu berdua. Apa salahnya masing-masing mengingatinya kerana ia boleh menjadi satu kejutan istimewa kepada pasangan tambah lagi anda sememangnya jarang berjumpa.

6.Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah.

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati apabila rindu itu datang. Jika keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

7.Sentiasa buat pembaharuan.

Apa salahnya anda buat kejutan yang tidak disangka kepada pasangan. Pembaharuan ini bukan sahaja menggembirakan hati tetapi mewujudkan rasa berkasih sayang. Paling mudah jika sebelum ini anda tidak pernah memasak untuk isteri, apabila berjumpa dengannya cuba buat menu hasil air tangan anda. Walaupun ringkas sudah cukup memuaskan hati sambil selitkan dengan kata-kata romantik. Usah fikir hanya pasangan romantik sahaja boleh melakukannya.

Kredit : Maskulin.com.my

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita ?

Gambar Sekadar Hiasan | Kredit foto: rizalhariwijaya

Assalamualaikum.

Andai kamu mencari yang sempurna
Pasti kamu merana sengsara
Carilah yang tidak mencela
Mampu menerima dirimu seadanya
Yang berkongsi saat gembira
Dan sentiasa bersama di saat berduka

Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita,
yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat.

Jika kita SUKA seseorang,
kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun.

Tetapi jika kita CINTA seseorang,
kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita.

Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia.

Perlu diingat..
Hati itu mudah berbolak-balik sifatnya.
Jadi, kena minta supaya Allah yang jaga.
Nak harapkan manusia?
Hmmm hati sendiri pun belum terjaga, ada hati nak jaga hati orang lain.
Memang takkan menjadi..
Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.

Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.

Selain itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.

Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu?

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.

2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.

3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” “Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – [Ali-Imran: 31]

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/kenapa-allah-hantar-seseorang-untuk-kecewakan-kita/
  • kenapa allah hantar seseorang untuk kecewakan kita
  • sebab Allah hantar manusia datang untuk kecewakan kita

Jika BF Anda Lakukan 10 Perkara Ini, Makna Dia Sudah Sedia Untuk Jadi Suami

Kredit foto: enyenkahmed

Di saat anda berkenalan, pasti berputik rasa suka dan hingga membawa ke perkara yang lebih serius iaitu perkahwinan kan?. Tapi, apa tanda-tanda si lelaki tersebut dah ready untuk pilih kamu sebagai pasangan hidupnya (Isteri)? Inilah 10 tanda yang anda harus tahu bila si dia bersedia untuk menjadi suami kamu.

1. Berperangai budak-budak, kadang-kadang menangis di depanmu.

Pabila dia selesa dan serasi dengan kamu, kamu akan lihat sikap kebudak-budakan yang tersembunyi di dalam dirinya.

2. Dia masih mencari masa untuk kamu, walaupun dalam jadual kerja yang padat.

Bukan senang untuk ‘perform’ dalam kerjaya dan relationship dalam masa yang sama, tapi si dia sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk meluangkan masa bersama kamu. Sibuk mana pun jadualnya, pasti ada masa untuk diluangkan untuk kamu.

3. Ajak kamu ke kenduri kawan.

Sebenarnya, ini adalah ‘hint’ yang jelas untuk kamu bahawa kamu adalah calon terbaiknya untuk dikahwini.

4. Sembang pasal vacay, tentu ‘seronok’ kalau kamu ada

Kalau berbicara tentang percutian, tentu dia akan ingat pada kamu atau menyimpan cita-cita untuk pergi ke suatu tempat bersama kamu.

5. Setiap apa yang dia buat, tentu kamu tahu

Andai si dia nak buat apa-apa, dia tentu akan inform pada kamu supaya kamu tahu ke mana dan apa yang dia akan buat pada hari-harinya.

6. Tak segan bawa kamu jumpa keluarga dan rakannya

Komitmen paling tinggi adalah memperkenalkan kamu pada orang yang rapat dalam hidupnya. Something wrong kalau kamu tak dikenali oleh ahli keluarga atau rakan-rakannya.

7. Tak berkira bila nak spend duit

Keutamaan untuk kamu, biarpun bajunya tak berganti. Dia nak kamu dapat apa yang terbaik dan happy. Tak semestinya barangan yang dia beli mahal, ikut kemampuan yang dia ada.

8. Tiba-tiba je nampak macam ada ‘wawasan’

Dalam diam, dia berkerja keras untuk mencari pendapatan lebih, yelah nak berumah tangga bukan senang.

9. Beli barang untuk kamu

Semua orang tahu bahawa lelaki susah nak beli barang. Tapi kalau kamu suka sangat pada barang tersebut, tentu dia akan belikan juga suatu hari nanti.

10. Kamu nampak diri dia yang sebenar.

Semua emosi dia kamu akan lihat, termasuk marah dan cemburu. Baguskah? Ye memang bagus kerana dia mahu kamu memahami dia. Pernah kamu tunjuk emosi kamu yang sebenar pada orang yang kamu tak rapat? Mesti tak kan. So, inilah ideanya.

Lelaki Muda Jatuh Cinta Pada Perempuan Berusia Disebabkan 12 Perkara ini

Kredit foto: shellaalaztha

Lelaki Muda Suka Perempuan Berumur? Kenapa lelaki memilih untuk mencari pasangan dengan wanita yang lebih tua? Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.

1. Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.

2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.

3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.

4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.

5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.

7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian

8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

Walaubagaimanapun,jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.

12 Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam

Kredit foto: fauzirchmn

Kadang  kita rasa macam dia suka pada kita. tapi tiada pulak dia tunjuk yang dia suka. atau kita je yang perasan? hihi. atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal. So, hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke? Jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

Pertama!

manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka. hahaha. dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan.

Kedua!

lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .

Ketiga!

diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha .

Keempat!

tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

Kelima!

si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .

Keenam!

bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!

mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.

Kelapan!

selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa .

Kesembilan!

bila korang kutuk dia depan lelaki lain , dia akan jadi sangat marah . tapi dia tak akan sergah korang , dia just diam and bagi jelingan maut je . chewahh . tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.

Kesepuluh!

selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la , dia mesti akan tengok korang balik dari jauh . Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!

bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka , dia akan diam je . ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu .

Kedua Belas!

last , bukti kukuh lelaki tu suka korang , bila dah terkantoi yang dia suka anda , dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda . bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik . bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je . dah sah la tu . tapi jangan confuse pulak . ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia . hahaha .

Recent search terms:

  • 12 tanda lelaki suka anda dalam diam
  • 12 tanda dalam diam lelaki menyukai anda
  • 12 tanda lelaki suka dalam diam
  • tanda dia suka kita tapi x mengaku
  • tanda lelaki jatuh cinta dalam diam

8 Tanda Wanita Diam-Diam Menaruh Perasaan Terhadap Anda

Kredit foto: ayuindriati

Masalah dalam percintaan memang tidak akan pernah ada habisnya untuk diperkatakan. Ketika seseorang sedang jatuh cinta, seringkali dengan hanya memerhatikan gerak-gerik tubuhnya akan langsung bisa dikenali. Namun demikian, mengungkapkan rasa cinta kepada seseorang nyatanya tidak semudah yang dibayangkan. Pada wanita khususnya, bahwa mengungkapkan perasaan suka pertama kali kepada seorang pria masih menjadi sesuatu yang tabu untuk dilakukan.

Cinta adalah sesuatu yang abstrak, tetapi bisa dirasakan. Oleh karena itu, cinta harus diungkapkan bukan malah dikubur di dalam hati. Sayangnya, tidak semua wanita memiliki cukup keberanian untuk mengungkapkan perasaannya. Hal inilah yang harus segera disadari oleh para pria, meskipun diciptakan denga hati yang tegar, bukan berarti para pria harus mengeraskan hatinya sehingga tidak bisa mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh para wanita.

Maka dari itu, para pria, jangan biarkan wanita menunggu Anda terlalu lama, jangan biarkan rasa cintanya kepada Anda mengering dan akhirnya Anda hanya bisa menyesali. Berikut adalah 8 tanda seorang wanita mencintai Anda secara diam-diam.

1. Tatapan matanya

Pernahkah Anda merasakan ada seseorang mencuri-curi pandang ke arah Anda ketika sedang makan di kantin, duduk di depan meja kerja atau saat hadir dalam sebuah acara pesta bersama sahabat. Biasanya, bagaimana cara wanita menatap seorang pria menunjukan perasaannya yang sesungguhnya dan itu tidak bisa dibohongi.

2. Senyuman

Perhatikan, setiap kali Anda berpapasan dengannya apakah ada senyuman tulus menghiasai bibir cantiknya? Jika ya, tunggu dulu jangan terburu-buru menganggapnya serius, masih ada beberapa tanda lain yang perlu Anda ketahui untuk semakin memastikan bahwa dia betul-betul mencintai Anda.

3. Mengigit bibir bawahnya

Wanita adalah makhluk yang eksotis. Menurut penjelasan beberapa ahli kepribadian, mengigit bibir bagian bawah adalah cara wanita menunjukkan ketertarikannya akan sesuatu, bahkan ketika ia tertarik dengan lawan jenisnya kebiasaan yang sama tanpa ia sadari akan dilakukannya juga.

4. Cara berbicaranya

Masih menurut penjelasan para ahli kepribadian, cara berbicara seorang wanita juga bisa menjadi indikator bagi para pria untuk mengetahui apakah ia sedang tertarik dengan Anda atau tidak. Hal ini sama seperti ketika Anda sedang berbicara dengan orangtua atau dengan seseorang yang sangat Anda kasihi, akan ada rasa hormat dan kata-kata lembut keluar dari mulutnya.

5. Berusaha meniru kebiasaan Anda

Karena tidak memiliki cukup keberaniaan untuk mengutarakan perasaannya langsung kepada Anda, maka ia mencari cara lain untuk menunjukkannya dengan cara meniru kebiasaan atau hal-hal yang selama ini Anda sukai.

6. Sangat perhatian

Jangan ragukan perhatian darinya, tetapi juga jangan buru-buru terlalu percaya diri dengan apa yang dia berikan kepada Anda. Ada perbedaan mendasar yang perlu Anda pahami, apakah perhatian yang ia tunjukkan betul-betul karena rasa cinta atau hanya karena alasan simpati belaka. Perhatian yang seorang wanita tunjukkan karena sedang jatuh cinta biasanya lebih “spektakuler” dan Anda betul-betul menjadi satu-satunya orang di dalam hatinya.

7. Senang membantu Anda

Tiap kali Anda membutuhkan bantuan tidak pernah keluar kata penolakan darinya. Selain itu, ia lebih senang menghabiskan waktunya bersama dengan Anda daripada melakukan kegiatan yang lain bersama teman-temannya.

8. Selalu ingin dekat dengan Anda

Ketika Anda dan dia keluar bersama menghabiskan akhir pekan bersama sahabat, tanpa Anda sadari dia cenderung lebih senang berjalan di sebelah Anda.

Dalam masalah percintaan setiap wanita sangat berharap pihak laki-lakilah yang memiliki inisiatif pertama mengutarakan perasaan. Namun, banyak kasus terjadi para pria justru memendam perasaan dan akhirnya berakhir dalam penantian yang tak kunjung usai. Tak jarang pula rasa sesal baru dirasakan setelah mengetahui bahwa sebetulnya mereka berdua sama-sama saling menyukai, tetapi semua sudah terlambat karena masing-masing atau salah satu pihak sudah terikat dalam pernikahan dengan orang lain.

Tanda Lelaki Sayang Pasangannya. Namun, Banyak Wanita Tidak Faham!

Kredit foto: gomesh92

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selambut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dilakukan lelaki umtukmu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelakimu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan mu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Lelakimu sentiasa membuat hatimu senang dan terhibur
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa membuat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. padanya, sudah menjadi tanggungjawab untuknya membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi hubungan antara kamu. Jadi terbukalah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk kita lupakan. Jika hati sudah sayang, maka macam-macamlah yang akan kamu fikirkan termasuklah bimbang takut akan kehilangannya. Begitu juga bila teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Setiap saat baginya amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kamu senang hati memikirkan “aku hot, cantik, ramai lagi lelaki didunia ini”…Kalau boleh biarlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!

Lelaki Kelakar Dengan Pasangan
Ia kelakar, tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darimu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, cubalah memujuknya. Jangan pula kamu sangka sifat manja si dia itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja…percayalah Kamu menghadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya… Kamu memberitahunya yang kamu akan pergi ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba si dia menjadi menggelabah dan tidak menentu, kamu boleh lihat reaksinya ketika itu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya…

Lelaki Suka Tanya “Awak Masih Sayang Saya”?
Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan “awak masih sayang saya??” Jangan anggap persoalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia mahu kamu sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun belum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama kamu… Si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya…Bukan senua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tidakkan kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu?? Kasih sayangnya pada kamu melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada tuhan, sayang kepada agama. Kamu akan menyesal dengan ketulusan hatinya sekiranya kamu menolak cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mempu mencairkannya.

Lelaki Sanggup Berubah Diri Demi Untuk Kebahagiaan Kamu
Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga teman lelaki kamu, tidak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah masa dia untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk kebahagiaan kamu, itu suau perkara yang baik. Janganlah kamu mencari pengganti si dia semata-mata kamu kecik hati dengannya..Dan kamu pasti ke pengganti si dia itu mampu membahagiakan kamu?? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu, adalah betapa si dia lebih mementingkan dirimu daripadanya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan sukar dicari, tetapi ketulusan akan dapat diberi sekiranya kamu juga benar-benar tulus menyayanginya…

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penggantinya, alasan kamu dah tak serasi dan dah tak ada hati, dah tawar hati. kamu pula macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah buat silap? Adakah kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu? Adakah kamu ini setaraf dengan Siti khadijah? Setulus Zulaikha? Sekuat sumaiyyah? Semulia Aisyah??? Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau kamu tidak pasti akan menyesal suatu hari nanti.. Kamu sering menyalah lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..Walhal manusia semua sama, ada perasan itu dalam setiap diri masing-masing. Adakah kamu perasan yang kamu itu sendiri terlalu ego?? Mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat merasai keikhlasannya itu lagi baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dilihat, tetapi boleh dirasa dengan hati.. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita untuk berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas segala dugaan dan cabaran dalam melalui hidup bersama pasangan. Kita yang memilih jalan itu, bukannya dipaksa. Kita beruntung kerana memiliki daya penarik yang berjaya menambat hati kekasih hati kita, sekiranya kesempurnaan yang dicari semata-mata untuk hidup bahagia, kita akan kalah dalam percintaan dan kita akn sentiasa berada ditahap terbawah..Jangan beri harapan kalau hati kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkan kita sesama umat manusia.

15 Perkara Paling Menyeronokan Kahwin Ketika Usia 20-an

Kredit foto: yudhasadewapratama

Bagi yang memilih untuk berkahwin muda, mungkin ini antara perkara yang anda dan pasangan rasakan.

1. Anda sudah jumpa seseorang yang kenal dan tetap menyayangi anda di saat anda masih belajar tentang hidup dan dalam proses menjadi matang.

2. Ada ‘kick’ yang lain daripada dating. Anda berdua tahu yang anda berdua bersama bukan sahaja untuk getaran cinta, tapi untuk sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersama. Tapi sebab anda ada pasangan yang dicintai dan mencintai anda, semua benda jadi lebih seronok dan mudah.

3. Bila anda rasa sedih atau ‘down’, anda seperti ada penyorak sendiri. Contohnya: “Seperti Malaysia, baby pun boleh!” “Sayang dungibap!” “You are still the best!” “Abang, shine bright like a diamond!

4. Keluarga anda tidak akan asyik mahu carikan jodoh untuk anda. Sebab dah kahwin pun.

5. Anda berdua belajar bersama tentang perkara-perkara yang penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan anda berdua, bersama-sama.

6. Anda penat macam mana pun (lebih-lebih lagi baru mahu meningkat naik dalam karier), bila balik nanti pasangan anda ada di rumah.

7. Masa kawan-kawan anda sedang sibuk bercerita tentang masalah hubungan mereka dan kekasih atau orang yang mereka baru hendak kenal, anda rasa bersyukur sebab anda dan
pasangan sudah melepasi fasa itu.

8. Ada seseorang yang selalu mengingatkan anda yang anda disayangi.

9. Anda dan pasangan menghadapi cabaran hidup perlahan-lahan bersama-sama dan mengajar satu sama lain.

10. Kawan baik, buah hati, ‘partner in crime’ – semua dalam satu.

11. Apabila hubungan sudah stabil, anda boleh fokus dalam memantapkan kerjaya.

12 Walaupun perkara kecil, tapi sekarang anda boleh buat aktiviti seharian dengan ada peneman. Lagi seronok dan bersemangat basuh baju, kemas rumah, beli barang dapur etc.

13. Kalau rasa seperti mahu dating tapi rasa malas nak bersiap atau keluar atau mungkin juga tengah tiada bajet, anda dan pasangan boleh lepak tengok movies di rumah saja.

14. Anda boleh jadi diri anda sendiri sepanjang masa. Bila tengah geram ke, bila sakit perut ke, bila rasa gembira ke, bila rasa malas ke, bila rasa tak mahu mandi lagi ke, tak apa.

15. Mungkin ada kawan yang cakap “Mudanya kahwin. Sayangnya.” Tapi anda sendiri lebih suka dan selesa begini. Dan tak menyesal pun.

Teman Wanita Anda Jenis Keras Kepala? Jangan Lepaskan, Dia Merupakan Calon Isteri Terbaik Anda.

Kredit foto: allgreenproject

Menghadapi seseorang yang keras kepala bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana ia tidak akan dengan mudah menyerah pada apa yang ia percayai dan inginkan.

Ternyata seorang wanita yang keras kepala adalah calon isteri terbaik. Penasaran? Semak alasannya di sini.

1. Dia tahu apa yang diinginkan

Wanita keras kepala benar-benar tahu apa yang dia mahu dan mempunyai kemahuan besar untuk meraihnya. Ia tegas dengan apa yang dirasakannya dan apabila hal tersebut menyangkut pada orang-orang yang dicintainya, ia tidak akan muda menyerah. Jatuh cinta pada wanita keras kepala bermakna ia juga akan keras kepala dalam mencintai anda. Ia akan tetap mencintai anda dengan maksimum.

2. Dia dapat mengawal emosinya

Wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hal terbaik dari wanita keras kepala adalah ia dapat mengawal emosinya. Ia tahu betul apa yang membuatnya bersemangatdan akan berjuang mati- matian untuk terus mendapatkannya. Berkaitan dengan wanita keras kepala ertinya adalah anda akan merasakan pelbagai emosi, kerana wanita keras kepala adalah seorang yang sangat emosional, dalam cara yang positif.

3. Dia akan mendorong anda menjadi lebih baik

Kadang-kadang, orang lain lebih tahu yang terbaik untuk diri anda, berbanding diri anda sendiri. Ia akan berjuang untuk anda ketika ia tahu apa perkara yang baik untuk anda. Ia tidak kenal lelah ketika hal itu berkaitan dengan kesihatan, keselamatan, dan kebahagiaan anda. Ia tidak akan menyingkir dan membuat anda menghancurkan diri sendiri. Sebaliknya, ia akan menjadi salah satu orang yang terus mencari cara untuk mencintai anda dan membuat anda lebih mencintai diri sendiri.

4. Dia adalah seorang tabah

Seorang wanita bersifat keras kepala kerana ada alasannya. Mungkin kerana ia telah berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang, atau pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak mudah. Apa pun alasannya, ia keras kepala kerana suatu tujuan. Ia adalah seorang wanita yang kuat dan akan menjadi seorang tabah terhadap hal yang diinginkannya. Hal ini tidak hanya akan memberi inspirasi kepada anda, namun juga membuatnya menjadi pasangan yang hebat untuk anda.

5. Dia jelas

Wanita ini bukan jenis yang tunduk patuh. Ia bukan orang yang akan menurut kepada anda kerana takut, kasihan, atau lemah. Wanita ini mempunyai pilihannya sendiri dan menjaganya tetap jelas untuk anda. Apabila ia tidak sependapat dengan anda, ia akan mengatakannya kepada anda, dan ia akan memberikan anda sebuah kejujuran.

6. Dia akan membuat segala hal menjadi menarik

Ia adalah orang yang keras kepala, termasuk membuat beberapa konflik. Namun, siapa yang ingin jatuh cinta kepada orang yang selalu menurut? Tentu saja, tarikh dengan wanita keras kepala bermakna banyak perkara akan menjadi sukar, namun itulah seninya, ia membuat semua perkara kelihatan mengghairahkan, rumit, dan nyata.

7. Dia boleh berempati

Kadang-kadang, anda boleh berbalah, namun satu perkara tentang wanita keras kepala adalah ia sangat pandai dalam perbalahan. Kerana sifat keras kepalanya, ia dapat mengetahui cara untuk melihat di sudut pandang yang berbeza. Tentu saja, ia berlangsung pada perasaannya sendiri, namun bukan bermakna ia tidak akan mempertimbangkan perspektif anda. Ia mungkin tidak selalu bersetuju dengan anda, namun ia berlangsung pada apa yang dipercayainya, dan dunia anda akan berputar-putar. Inilah yang terpenting.

8. Dia percaya diri

Untuk menjadi orang yang keras kepala, anda harus merasa percaya diri terhadap apa yang anda percaya dan bertahan dengan hal tersebut. Dan seorang wanita dengan kepercayaan diri itu seksi.

9. Dia ghairah

Ia keras kepala dan emosional, yang bermakna ia mempunyai keinginan dan impiannya sendiri. Keinginan dan impian inilah yang membuat ghairah, termasuk anda. Ia bukanlah orang yang akan menyerahkan segala hal pada nasib. Ia akan berjuang untuk anda dan memberikan hubungan yang luar biasa.

10. Dia sangat peduli

Ia keras kepala untuk anda, bahkan ia akan membuat anda menjadi keutamaan utama. Ia akan tetap mencintai anda, bahkan ketika ia marah atau anda membuatnya kecewa. Dan kerana ia keras kepala, ia tidak akan berputus asa untuk anda.

11. Dia akan membuat anda gila, dalam erti positif

Seorang wanita keras kepala akan membuat anda kagum. Ia sering tidak sependapat, namun wanita ini akan mencintai anda sepenuh hati. Gila, bukan? Tidak ada salahnya untuk mencari seseorang yang akan membuat anda gila, dalam cara yang positif.

Recent search terms:

  • perempuan keras kepala

Teringin nak kahwin? Perbetul dulu tabiat ini…

Kita baru je habis Ramadhan, maka lepas ni dah bermula musim kahwin. Ye la siapa yg nak kahwin masa bulan puasa kan? Ada tapi sangat sedikit. Bagi yg akan berkahwin mahupun bertunang, tahniah diucapkan. Usaha untuk menghalalkan hubungan amatlah dipuji, tapi…..

Rajin-Rajinkan Bangun Pagi & Solat Subuh

1) Bagi yg selalu bangun lambat tu, dah tiba masanya korang training diri korang untuk bangun awal. Lepas solat subuh, jangan tidur. Teruskan jadi orang yg produktif. Yg tak bangun solat tu, masa ni la nak berubah. Buat kaum lelaki, kalau korang tak solat, macam mana nak pimpin keluarga? Ni aku tengok sepupu aku masa balik raya ni, subuh entah ke mana. Pukul 8 9 pagi baru nak celik mata. Nak tegur susah, masing-masing dah besar. Lelaki perempuan sama je. Nanti bila sembang pasal kahwin, mula la nak tergedik gedik.

Rajin-Rajinkanlah Mengemas Rumah

2) Rajin-rajinkan la buat kerja rumah. Lelaki pun tak terkecuali. Kau tak payah nak sembang perempuan je yg kena buat kerja rumah, kau pun kena. Zaman mak bapak atuk nenek kita ni lain, dulu memang lelaki je yg cari rezeki, perempuan duduk rumah jaga anak. Ini apa hanat nya zaman sekarang ni kalau perempuan dah la kena kerja, balik rumah kena masak cuci pinggan mangkuk basuh baju jaga anak semua? Orang laki nak goyang telur je? Come on, at least tau yg basic. Korang tolong basuh baju ke, cuci pinggan ke, gosok baju sendiri. Dah tau diri tu miskin sampai bini pun kena kerja, tolong sedar diri ye.

Yg perempuan pun jangan nak seronok lebih aku dok bash laki je. Perempuan macam mana pun kena masak. Takkan nak melantak mamak 24 jam? Ini potong sayur pun kekok, siang ikan pun tak reti, dah nak sembang pasal kahwin. Tak payah susah-susah pun, tau masak nasi dengan dua tuga lauk pun dah cukup. Lama-lama korang terer la masak.

Perokok, Belajarlah Berhenti Merokok

3) Terutama yg lelaki ni, tolong la berhenti merokok. Yg perempuan, masa ni la korang nak suruh bakal imam korang berhenti. Kalau sebelum kahwin pun dia tak berhenti, alamatnya lepas kahwin nanti berasap je la rumah korang. Merokok dah la haram, membahayakan kesihatan, buang duit, apa lagi korang tunggu? Nak tunggu kena sakit jantung baru nak berhenti? Kalau jenis yg ada common sense,yg tak merokok dekat tempat awam tu, boleh diterima lagi. Ni yg merokok berdekatan budak kecik ibu mengandung, memang patut kena lempang sampai mampus je. Apa? Orang merokok ada hak? Kepala tengkorak korang. Orang tak merokok tak ada hak pulak?

Jaga Pergaulan & Aurat Korang

4) Dah tau batas pergaulan dan aurat. Bila balik raya, jaga la aurat tu. Aurat dengan sepupu korang dah sama macam aurat dengan orang awam. Yg laki, tak payah la pakai short pendek bebenor. Yg perempuan, pakai la tudung. Jangan nak buat ayat acah-acah islamik hipster “ala nanti I dah kahwin, I pakai la tudung”. Orang macam ni patut kena tanam je. Aurat ni satu, pergaulan ni satu. Dengan sepupu tak payah la nak tepuk bertampar bagai. Aku sempuk kau sekali baru tau. Bila korang dah kahwin, dah kena tau siapa yg boleh korang salam dan siapa yg tak boleh. Jangan main salam je semua makcik pakcik tu.

Berhentilah Jadi Playboy

5) Berhenti jadi playboy. Yg ni aku tak faham. Ada yg post acah-acah diabetes gitu, semoga raya tahun depan tak single lagi. Siap post gambar dengan bakal pasangan. Lepas tu pergi add jantan/minah entah dari mana. Apa kes? Kau ingat kau boleh kahwin 4? Kau cuba bagi tau bakal pasangan kau yg kau nak kahwin 4, mampus la kau tak kahwin.

Berhenti Jadi Attention Seeker, Kurangkan Berselfie

6) Berhenti jadi attention seeker, terutama untuk perempuan. Ye la, muka cantik. Kulit flawless gitu, putih melepak pulak. Bila kau post selfie je, confirm jantan-jantan miang bajet ada chance ni like gambar kau. Fenomena ni aku perasan, orang bertudung litup pun sama. Dah la berpurdah, lepas tu mekap tebal dekat kening pulak. Apa tujuan kau nak berpurdah? Dah nak kahwin ni, tak payah la nak tunjuk selfie tu sangat. Simpan untuk bakal suami tu.

Tak larat nak tulis panjang-panjang dah ni, korang bukan baca pun. Pendek kata, kahwin ni bukan sekadar untuk puaskan nafsu je, tapi besar tanggungjawab nya. Semoga Allah permudahkan urusan korang. Maaf kalau terkasar bahasa.

Dikongsi oleh: Amf/Iiumc/Malaysiaviralstory

KCJM Bantu Cari Jodoh, Tercetus Selepas Melihat Trend Soalan ‘Bila Mahu Berkahwin’

“SEMUA gambar disiarkan hanya untuk individu yang serius ingin mencari pasangan sahaja. Gambar pula mesti menutup aurat dan sopan,” kata pengasas laman Facebook(FB) Kelab Cari Jodoh Malaysia berhubung kriteria individu yang mahu ‘mengiklankan’ diri mereka di laman terbabit.

Pengasasnya yang mahu dikenali sebagai Azhar, berkata, biarpun kewujudan laman terbabit pada awalnya hanya dibuat secara suka-suka, namun dia kini mengambil serius dan bersikap memilih bagi setiap gambar ‘iklan’ yang dimuat naik.

Menceritakan sejarah penubuhan laman berkenaan, Azhar berkata ia mula dibuka pada 28 Jun lalu bersama seorang lagi rakan karibnya.

Menurut Azhar, idea tercetus selepas melihat trend soalan ‘bila mahu berkahwin’ semakin hangat diperkatakan terutamanya ketika Hari Raya lalu.

“Ketika sambutan Hari Raya lalu, saya sering melihat beberapa saudara mara serta rakan karib diajukan soalan ‘panas’ itu. Malah melihat reaksi mereka yang terkedu-kedu menjawab soalan itu membuat saya terdetik untuk membantu mereka.

“Inilah masanya kita menggunakan sosial media ke arah yang lebih baik. Kenapa nak malu jika niat untuk menjadikan hubungan itu halal,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini laman terbabit menerima likes lebih 32,000 oleh pengguna FB serta dihujani lebih 100 permintaan mencari jodoh setiap hari.

“Malah jumlah tertinggi pernah kami terima sebanyak 500 permintaan sehari,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Azhar berkata, disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, dia kini terpaksa menapis individu yang mahu mengiklankan diri mereka.

“Jika awalnya saya tidak begitu memilih, namun sekarang saya terpaksa berbuat demikian. Selalunya saya akan memberi keutamaan kepada individu berusia 30 tahun ke atas.

“Bukan saya memilih, namun adakalanya golongan muda ini saja mencari perhatian dan bukannya serius untuk mencari jodoh,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan ini bukan secara serius dan niatnya hanya untuk menyediakan platform untuk pengguna FB mencari kenalan.

“Saya rasa kita tidak perlu malu untuk siarkan diri kita jika kita serius untuk mencari pasangan pilihan. Malah sepanjang tiga minggu mengendalikan laman FB ini, saya boleh berbangga kerana ada seorang daripada pengguna FB sudah pun menemui pasangan.

“Saya difahamkan mereka akan ditunangkan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu pendakwah bebas, Ustaz Datuk Dr Izhar Ariff berkata, tiada masalah untuk mencari jodoh di media sosial selagi pentadbir akaun FB menjaga aib dan maruah individu yang meminta untuk disiarkan identitinya.

“Malah ia juga digalakkan sekiranya membawa kepada perkahwinan. Zaman kini semakin maju dengan pelbagai platform disediakan, cuma pengguna dan pentadbir FB perlu peka.

Ciri-Ciri Gambar Yang Di Tetapkan :

“Gambar dimuat naik harus sopan dan tidak mengaibkan mana-mana pihak,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). – Hmetro.com.my/Malaysiaviralstory.my/Kelab Cari Jodoh Malaysia

‘Ada ramai perempuan di muka bumi ini, Tapi takkan sama macam isteri saya’ – Shazli


Alangkah beruntung si isteri mempunyai suami seperti ini, yang sentiasa tahu menghargai pengorbanan isterinya. Mejoriti golongan wanita bergelar isteri ini kadang-kadang bukan mahukan penghargaan seperti cincin emas, duit banyak, cukuplah suami selalu ingat pada isteri, mendahulukan isteri, mengembirakan atau membahagiakan isteri, menghargai dan yang paling penting, setia pada isteri.

Semoga pasangan ini kekal bahagia dan semoga ianya boleh dijadikan contoh buat keluarga-keluarga lain juga diluar sana.

ADA RAMAI perempuan di muka bumi ini, tetapi takkan sama seperti isteri saya. Bila saya memandu kereta, dia akan membebel tentang cara pemanduan saya sehingga kami tiba ke destinasi yang hendak dituju. Bila dia memandu, saya akan tegur tentang pemanduan dia dan dia akan terus memberhentikan kereta di tepi jalan dan menyuruh saya yang memandu. Dia buka pintu dan pergi duduk di sebelah penumpang hadapan. Saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya.

Setiap pagi selepas dia selesai solat subuh, dia akan kejutkan anak-anak untuk pergi sekolah. Kalau saya terlewat bangun, dia akan pasang semua lampu dan tutup buka pintu almari yang ada dalam bilik agar saya terjaga dari tidur. Saya jenis yang tak boleh tidur atau terjaga kalau lampu menyala. Saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya.

Saya pergi hantar Syahmin, 12, pergi ke sekolah. Dia sebelum pergi kerja, dia akan sidai kain terlebih dahulu. Kemudian dia keluar menghantar Qisya, 6, ke tadika sambil membawa sekali plastik yang penh dengan sampah untuk dibuang.

Dia balik kerja, singki penuh dengan pinggan dan cawan. Dengan baju kerja yang masih di badan, dia terus pergi basuh. Kemudian siang ikan/ayam untuk masak makan malam. Selepas memasak, dia pergi mandi, solat maghrib sebelum mengajak semua orang makan.

Kemudian dia pergi menghantar anak-anak ke tuisyen jam 8 malam. Selepas itu dia balik rumah, duduk atas sofa depan televisyen sambil melipat baju. Sofa di depan televisyen kami tak boleh duduk sebab dipenuhi dengan baju-baju yang dia sudah lipat. Jadi saya dan Qisya duduk atas karpet. Saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya.
Jam 10 malam, dia keluar pergi menjemput anak pulang dari tuisyen. Saya buat kerja di komputer, buat album klien wedding. Sampai di rumah, dia membebel pada semua yang makan tak nak basuh pinggan sambil dia basuh semuanya. Saya turut terkena dan saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya.

Kemudian dia baring di katil sambil tengok telefon, buka Facebook dan Instagram. Tak pun dia pergi vakum satu rumah. Selesai di situ, dia solat sebelum tidur. Saya masih menghadap komputer sambil melayari Facebook, YouTube, video, kemudian suruh anak tidur. Jam 1 pagi atau 3 pagi, barulah saya masuk tidur.

Begitulah rutin saya seharian saya dan isteri. Nampak tak kerja yang saya buat dan dia buat? Memang ramai perempuan cantik di Malaysia ini, tetapi belum tentu sanggup hidup dengan saya dan buat seperti apa yang isteri saya buat.

  • Dia mengnadungkan tiga anak saya. Dia lahirkan anak-anak saya.
  • Dia sanggup kahwini saya walaupun pada masa itu saya pakai motor cup buruk dan dia pakai Perodua Kancil.
  • Dia sanggup makan nasi lauk ikan kering.
  • Dia tahan perangai saya.
  • Dia tak kisah saya botak.
  • Dia tak kisah saya boroi.
  • Dia lap badan saya bila saya terlantar sakit.
  • Dia tetap tidur sebelah saya walaupun saya berdengkur tanpa komplen.
  • Dia basuh spender saya.
  • Dia picit badan saya bila saya lenguh.
  • Dia selimutkan saya bila saya tertidur di katil semasa dia sedang bercakap.
  • Dia dengar ape yang saya cakap semasa mengigau (kalau ada sebut nama pompuan, dia akan WhatsApp dan tanya siapa perempuan itu masa di office nanti)
  • Dia basuh dan lipat baju.
  • Dia kemas rumah.
  • Dia gosok baju sekolah anak dan baju saya.
  • Dia memasak.
  • Dia ceduk nasi untuk saya.
  • Dia buat air minuman.
  • Dia buat susu anak.
  • Dia pergi sekolah ambil report kad anak.
  • Dia bawa anak-anak pergi berenang.
  • Dia bawa anak-anak pergi jalan-jalan hujung minggu semasa saya keluar shoot wedding.
  • Dia ajar anak buat cup cake.
  • Dia ajar anak mengaji.
  • Firasat dia, selalunya betul.
  • Dia pandu kereta manual selama 19 tahun, bulan lepas baru bawa kereta auto.
  • Dia tak kisah dapat hadiah harijadi ke tak.

Hebat kan Allah cipta makhluk bernama perempuan ini? Macam-macam yang dia boleh buat. Dia mungkin tak cantik di mata kamu, tetapi dia cantik zahir dan batin di hati dan kehidupan saya. Tanpa dia, agak sukar untuk saya menghadapi kehidupan seharian.

Dia suka membebel kalau ada yang tak kena. Tetapi itu memang perangai perempuan yang Allah jadikan dan itulah jodoh terbaik yang Dia dah tentukan. Selebihnya sikap dan nafsu kamu yang tentukan sejauh mana kamu boleh pelihara hubungan suami isteri itu. Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku isteri ini.

Hari 10 Julai 2017 adalah harijadi dia. Selamat hari lahir Mazlin Mahmod. Semoga sihat, panjang umur dan diluasksan rezeki. Itu saja yang saya nak cerita. Terima kasih kerana membaca.

Hargailah isteri anda

Sumber: Shazli Shots

Recent search terms:

  • bau air mazi lelaki
  • perempuan cantik malaysia
  • story viral di malaysia

Gambar Sekitar Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50 Beramai-ramai Di China

Alam perkahwinan adalah bukan sesuatu yang mudah. Banyak berlakunya kes penceraian yang semakin hari semakin meningkat. Generasi muda yang tidak cukup sabar tidak seperti generasi sebelumnya.

Tiada lagi tolak ansur bercerai berai sehinggakan anak-anak sendiri yang menjadi mangsa keretakan rumah tangga. Di Chongqin 19 pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke 50 diraikan secara pukal. Comel orang tua dress up macam raja sehari. Inilah relationship goal!

P/S : Kebahagiaan memerlukan tolak ansur antara satu sama lain.

Baru Minta Putus, Dah Kena Tikam


ALOR SETAR, KEDAH – Tidak puas hati bekas teman wanita mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki tergamak menikam perut mangsa dengan senjata.

Dalam kejadian jam 7 malam Isnin di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, difahamkan mangsa yang berusia 23 tahun bertemu dengan suspek, 23, untuk membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pertengkaran pasangan itu bertukar menjadi ganas apabila suspek tidak dapat menerima hakikat yang mangsa mahu memutuskan hubungan.

Berang dengan hasrat wanita itu, suspek terus mengeluarkan senjata tajam dan menikam perut mangsa beberapa kali sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan jari dan lutut kirinya cedera.

“Mangsa mengalami kecederaan yang serius, pendarahan dalaman di perut, dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HBS). Setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil, namun masih lemah kerana kehilangan banyak darah,” katanya.

Polis kini sedang mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dugaan Bertunang Ni Lain Macam Sikit, Tak Sama Macam Awak Bercouple Saja-Saja Tu

“Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja”

Kami serentak menoleh.

“Apa maksud ustaz?” seorang dari kami bertanya.

“Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja – saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik – balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh – gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga”
Kami terdiam.

“Perasan tak, dulu duduk sorang – sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana – manalah, dan – dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba – tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.

“Perempuan ni lagi baik dari tunang hang”

“Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari”

“Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal”

“Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah”

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.
“Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak – anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham”

“Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna”

“Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha”

Kami mengangguk perlahan.

“Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat – erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik – baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu”
“Istikharahlah”

“Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak”

Saya terdiam lama.
“Ya, inshaAllah. Moga Allah redha”
– Syafiq Ridhwan | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • dugaan tunang keras kepala

Saya Dan Suami Kaki Dadah Zaman Remaja, Namun Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum admin…hidekn profile saya ye…
Kt sini saya nk cita pengalaman saya sepanjang mengenali suami..maaf nah klu ayat berteraboq sikit😁tq admin siarkn…
Ada yg nk kondem silakan…😘😘😘

Perkenalan kami masa umoq saya 15thn n suami 25thn…4thn bercinta n 19thn kami nikah…ya hanya nikah n kenduri pn org sponser kecil2lan…
Kami nie dulu masa bercinta sma2 jahat tpi jahat xkacau org la smpai mak kami pn xtau 15thn dlu dh isap dadah…mcm2 nk try dlu syok2…dia plak melayan apa yg dia hisap smua dia bagu saya try…hahaha

Smpai umoq saya 18thn dia ajak saya nikah n baru hbs sekolah saya tolak n kata enjoy xpuas lgi…dia pn sabaq byk dgn perangai budak2 saya…umoq 19 sekali lgi dia ajak nikah n saya ya kn saja…

syarat saya xmau hantaran sbb saya tau dia xmampu cukop la mas kawen 80hengget yg saya beli kipas angin sbb umah mil xda kipas…hihi…ya la duit mas kawen xblh gna beli ja la kipas supaya x terguna…syarat yg ke 2…sama2 kna tinggalkn segala jns dadah 4bln jgk la slow2 tinggalkn…n alhamdulillah sblm nikah kami dh cuci tangan…

syarat yg ke 3 jgn ada duit haram masok dlm nafkah mkn minum kami…sbb dia nie kaki snooker tau2 ja la kn…msti berjudi…hahaha…Alhamdulillah dia berhnti pegang kayu snooker…

Alhamdulillah kami d satukn tahun 2011 n skrg dh nk masok 6thn usia perkahwinan kami…skrg ank pn dh 2org sepasang…Mula2 kawen dh nmpk perubahan drastik kt dia…

tiba2 org yg saya knal dia semayang jumaat pn payah nk p tpi skrg solat xtinggal klu xda keja dn lgi dia buat solat sunat..n dia la imam kt umah…tiap2 mlm mengaji saya xda la baik mna tpi bila dh ada yg bimbing pelan2 kita ikot n amalkn n iklas dlm laksanakn….

Rumahtangga mna yg x d uji…Alhamdulillah segalanya dpt d tempuhi ats izin Allah..Makin tua umoq dia sweet dia makin mnjdi2…tiap2 hari xlekang dgn senda gurau ngn ank2…wlaupn blik keja penat dia gagahkn jgk bwk ank2 ronda…kami xkaya tpi alhamdulillah segalanya Allah cukopkn…

Kesimpulan yg saya nak sampaikan utk semua Hidop kita nie klu kita letak Allah dlm hati setiasa igt dia,dia pn akn selalu igt kita…yg penting yakin Allah selalu mendengaq segala doa hambanya..

Jgn kita sangka org yg jahil akn terus jahil n org yg alim akn sentiasa alim..Mntk pertolongan kt Allah..dia xbgi apa yg kita nak tpi dia bgi apa yg kita perlu….Sabaq,doa,usaha tawakal untk jadi yg terbaik..Saja nk mengimbau kenangan…hihi…

Go to Top

Send this to friend