Category archive

Story Psikologi

Orang Kampung vs Orang Bandar

Aku orang Bandar. Aku dibesarkan dalam suasana bandar. Aku tak ada masalah pun dengan orang kampung yang dibesarkan di luar Bandar. Dan aku tak pernah judge orang kampung.

Bagi aku, tak ada point pun untuk kita banding-bandingkan sama ada orang kampung lagi bagus atau orang Bandar lagi bagus sebab bukannya kita yang pilih untuk dibesarkan dalam kawasan kampung atau Bandar.

Pilihan tu di tangan orang yang membesarkan kita. Tapi yang aku pelik, bila aku bersembang dengan sesetengah orang yang asal kampung ni, diorang suka sangat bandingkan dan perlekehkan orang Bandar. Dan aku tak nafikan ada juga sesetengah orang Bandar yang suka perlekehkan orang kampung juga. Bergaduh macam budak kecik, “kehidupan aku dekat kampung lagi best dan kau rugi sebab kau takde kehidupan macam tu” and vice versa.

Aku faham, mereka bangga dengan asal usul mereka. That’s fine with me. Persoalannya, kenapa kamu perlu nak banding-bandingkan dan perlekeh orang yang tak sama background dengan kamu?

Bagi aku, orang yang hidup di Bandar dan di kampung ni masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Masing-masing ada struggles yang berbeza. Kenapa nak bandingkan siapa lagi bagus? I cannot see the point in this. Keyakinan diri kau rendah sangat ke sampai nak kecam orang? Silap. Mungkin keyakinan diri tu tinggi sangat.

Aku pernah bersembang dengan seorang rakan sekerja dalam perjalanan dari business trip kami. So, kawan aku ni decide untuk singgah satu kawasan kampung ni sebab nak tengok-tengok kawasan. Aku pun ikut je, sekali sekala nak juga berjalan-jalan tengok tempat orang. Kami lalu dekat area kawasan perkampungan dan satu kawasan sawah padi.

Rakan sekerja aku ni pun cakap, “Rindu betul aku dengan suasana macam ni, tenang je. Dah lama aku tak masuk kawasan kampung macam ni. Boleh mandi-mandi sungai etc” Dan kemudian dia tanya aku, “Kau suka tak tengok suasana kampung macam ni?”. Aku dengan bodohnya, sebab terlampau jujur dengan dia, jawab, “Suka je, memang tenang sungguh. Cuma aku lagi prefer kawasan Bandar mungkin sebab aku jenis suka permandangan yang lagi vibrant.” Lepas tu aku kena kecam dengan rakan sekerja aku ni. Say what??? Aku kena tipu dan jadi hipokrit dan kata aku sangat suka kawasan kampung ke?

Bagi aku, lain orang, lain minatnya. Ada orang suka permandangan pulau, ada orang suka permandangan sawah padi, ada orang suka permandangan atas bukit/gunung, ada orang suka permandangan dan suasana city life. Cuma aku ni bukanlah jenis yang pandai nak menghargai kawasan sawah padi dan kampung ni sangat sebab aku lebih attracted dengan kawasan city-life. Aku attracted dengan design bangunan, aku suka observe orang macam-macam ragam dekat Bandar yang baik dan buruk, aku suka suasana yang busy dan cepat. Tapi itu cuma preference aku. Salah ke? Aku tak kecam pun orang yang berbeza preference dengan aku.

Bila time raya, ada juga saudara mara aku dekat kampung yang suka perlekehkan aku macam aku tak reti langsung nak buat kerja-kerja rumah or kerja-kerja luar hanya sebab aku ‘orang bandar’. Contohnya macam nak bakar lemang, etc. Walaupun aku orang Bandar, parents aku masih ajar aku adab tolong menolong. Aku ni daripada nak menolong, terus aku hilang mood sebab asyik kena pandang rendah je. Apa point kau nak pandang rendah ni pun? Kalau aku tak reti buat, ajar lah.

Dan lagi satu topik perbualan dengan orang kampung. Aku mengaku cara orang kampung bersembang dengan orang Bandar bersembang berbeza. Tapi aku tak kata cara orang kampung bersembang lagi better atau orang Bandar bersembang lagi better. Kadang-kadang cara kita berfikir berbeza, jadi bila bersembang memang susah nak masuk dan tak boleh nak ngam sangat. Tapi, dalam tak ngam tu pun, aku layankan juga bersembang sebaik yang boleh sebab aku masih faham maksud adab. Dah macam ayam dengan itik bersembang dah rupanya. Lepas tu wujudlah satu awkward silence sehinggalah ada orang lain menyampuk.

Tapi tak semua orang jenis suka kecam orang lain macam ni. Aku ada juga kawan-kawan yang asal dari kampung. Kawan-kawan aku ni ok je, jenis tak ada lah nak compare hidup siapa lagi bagus dan pandang rendah kehidupan orang lain. Sebab tu boleh jadi kawan agaknya. Aku just geram dengan orang yang terlampau taksub dengan asal usul dia, sampaikan asal usul orang lain tu diorang anggap invalid dan tak boleh diterima. Pelik.

– Orang bandar

‘Orang Yang ‘Membela’ Ni Suka Pegang Ibu Jari Kaki Baby, Hati-Hati…’

Selamat petang, nak kongsi sikit pengalaman di sini. Pagi tadi pergi ke Klinik Kesihatan untuk check up baby usia sebulan. Semasa sedang menunggu giliran, ada seorang ibu ini bawa ibu dia agaknya dalam usia lingkungan 50-an. Saya duduk di kerusi belakang dan dia duduk di depan.

Sambil breastfeed baby, dia berborak dengan kita. Dia tanyalah beranak secara normal atau czer, anak nombor berapa bagai. Saya pun jawab seperti biasa sahaja.

Tiba-tiba dia tanya “darah ada lagi ke?”.

Saya dah mula syak bukan-bukan. Saya cuma jawab, “Kadang-kadang saja ada.”

Kemudian dia terus nak pegang kaki baby. Saya terperanjat dan terus cakap, “Jangan pegang kaki anak saya, makcik!” Mak mertua saya tak bagi!”

Terus dia batalkan hasratnya itu, diselangi dengan senyum sinis. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan saya.
Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang ‘membela’ ini kalau jumpa baby, tak kiralah baby ke, budak berusia 6 tahun sekalipun memang dia akan pegang ibu jari kaki anak itu. Selepas pegang, anak memang akan menangis atau menjerit.

Mak mertua saya pandai mengubat orang. Jadi tidak hairanlah saya tahu tentang perkara ini. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau nenek tua atau orang muda tiba-tiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak. Yang sedang hamil, jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun saudara mara. Hati orang kita tidak tahu. Sebab itu kena berhati-hati walau dengan sesiapa pun.

Yang nak percaya itu, percayalah. Tetapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, suka hatilah, tiada paksaan.

Tolong kedekut sikit bab anak ini. Kita hampir nak kena masa anak sulung berusia 2 tahun balik kampung. Sebab itu orang mengandung atau ada anak kecik kena ada minyak zikir. Bawa saja bersama bila pergi ke mana-mana. Sebelum keluar rumah, sapu di kepala, telinga, dada, betis, tengkuk.

Kalau orang itu baik, tiada masalah kalau dia nak pegang. Kalau niat yang tak elok itu, inshaAllah dia takkan berani pegang. Minta dijauhkan dari anak-anak kita.

Minyak zikir itu boleh buat sendiri. Beli apa-apa minyak yang bersih (boleh bawa solat) bacakan surah yassin, 4 qul, ayat kursi, zikir. Kalau pening nak cari minyak apa, guna saja minyak masak. Mak mertua saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Boleh cari di kedai gunting rambut India. Kalau bidan yang okay, diorang buatkan minyak celak. – Dari Info Ibu Hamil

Recent search terms:

  • mak mertua suka cakap belakang
Go to Top

Send this to friend