Category archive

Story Kerja

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Oktober 2017


Jawatan Kosong kemas ,Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berminat, mempunyai kelayakan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN JAHITAN

2) PEMAJU MASYARAKAT KEMAHIRAN MASAKAN

1. MAKLUMAT JAWATAN:-

Taraf Jawatan : Kontrak

Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Gred Jawatan : S29

Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00

Penempatan : i) Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar, Perak
ii) Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak

2. SYARAT LANTIKAN:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) memiliki diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan. Salah satu bidang yang berkaitan adalah seperti berikut:

i. Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Reka Fesyen); ii. Diploma Seni Kulinari; iii. Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal); iv. Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian; v. Diploma Pengurusan Hotel dan Katering; vi. Diploma Teknologi Makanan; vii. Diploma Pastri dan Bakeri

3. KELAYAKAN TAMBAHAN (Sekiranya ada):-

3.1 Mempunyai salah satu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang berikut:- i. Bidang Pembuatan Pakaian Wanita; ii. Bidang Pembuatan Pakaian Lelaki; iii. Bidang Penyedia Makanan; iv. Bidang Bakeri; v. Bidang Pastri;

3.2 Mempunyai Sijil Vocational Training Officer (VTO) atau Vacational Training Executive (VTE) atau Vocational Training Manager (VTM) adalah satu kelebihan.

4. CARA MEMOHON:-

4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS Pin. 2017 (AKK) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my) atau Facebook KEMAS.

4.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:-
17 Oktober (Selasa)

6. PEMAKLUMAN PENTING:-
6.1 Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:-

a. Tidak menggunakan Borang KEMAS Pin.2017 (AKK); atau b. Tidak lengkap dan tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki serta tidak disahkan; atau

c. Tidak memohon melalui pejabat KEMAS Negeri; atau
d. Permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan.

6.2 Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

6.3 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

6.4 Bagi pemohon yang berjaya temuduga akan dilantik sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) terlebih dahulu sebagai tempoh percubaan.

Lokasi : PERAK
Tarikh Tutup : 17 OKT 2017

Iklan Jawatan Kemas
Iklan Syarat Permohonan
Borang Permohonan

Sumber : Kemas.gov.My / By : MalaysiaViralStory

Jawatan Kosong Terkini MARDI Oktober 2017


Jawatan Kosong terkini di MARDI 2017  Tawaran ini dibuka khas untuk Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di MARDI sebagaimana berikut:

1. Pegawai Penyelidik Q41
2. Pegawai Tadbir Undang-Undang N41

PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 16 OKT 2017

Borang Dan Syarat Iklan Kekosongan 1
Borang Dan Syarat Iklan Kekosongan 2

Recent search terms:

  • https://www malaysiaviralstory my/jawatan-mardi/
  • jawatan kosong mardi oct 2017

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia MPM Oktober 2017


Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perubatan Malaysia MPM bagi bulan Oktober 2017. Hebahan tawaran adalah dipelawa untuk semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perubatan Malaysia MPM sebagaimana berikut:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pembantu Tadbir (P/O) N19
3. Pen. Pegawai Tadbir N29
4. Pen. Pegawai Undang-Undang L29
5. Akauntan WA41
6. Pen. Akauntan W29
7. Juruteknik Komputer FT19
8. Pegawai Tek. Maklumat F41
9. Pen. Pegawai Tek. Maklumat FA29
10. Pemandu Kenderaan H11
11. Pembantu Operasi N11

CARA-CARA MEMOHON
Permohonan jawatan adalah melalui Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia, http://mmc.gov.my/vacancy-advertisement atau dengan datang sendiri dan mengambil borang di pejabat MMC seperti alamat di bawah:

*Note: Disebabkan web MPM nak masuk agak berat admin dah tolong download utk korang.

Borang boleh Muat Turun Sini .PDF

Kaunter Khidmat Pelanggan MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA Blok B, Aras Bawah Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
Blok B, Aras Bawah Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Setiap borang permohonan jawatan mestilah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a) Kad Pengenalan dan Surat Beranak
b) Salinan Lesen Memandu
c) Diploma/Ijazah beserta Transkrip d) Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA e
) Surat berhenti sekolah
f) Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM dan
g) Sijil-sijil lain yang berkaitan

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Bandan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun yang terkini.

Tarikh tutup permohonan pada 23 Oktober 2017

Dari Unit Khidmat Pengurusan dan Korporat
Majlis Perubatan Malaysia.

Kisah Pengalaman Saya Bekerja Di Cafe Hispter

Sementara nak kumpul duit ni, aku decide untuk bekerja. Ada vacancy untuk satu kedai makan yang boleh dikategorikan as a café lah jugak. Mulanya aku takde pilihan sebab café tu dekat dengan kawasan rumah, nak kerja jauh-jauh, aku ni tak berlesen lagi. Kiranya aku kerja untuk kumpul duit ambil lesen lah jugak.

Baru First Day Kerja Dah Macam Kerja Bertahun Dibuatnya

First day kerja untuk training aku dah macam kerja bertahun kat situ. Waiter dengan waitress yang lain ada lah guide sikit sikit. Contoh macam hafal number meja, short-form untuk tulis menu, suggestion untuk customers. Tak logic lah kalau first day kau tak buat silap langsung. The same goes to me.

Masa tengah peak hours tu, aku tengah angkat dulang nak hantar air kat Table 3 (contoh, aku tak ingat table number berapa haritu), ada sorang pekerja ni letak dessert atas dulang air tu “Hantarkan ni sekali” Itu aje yang dia sebut, sambil sambil tu dia tengah prepare kan serving yang lain. So aku yang tengah nak cepat deliver air ni pun just tanya “Hantar sekali?”. Dia angguk. So aku ingat tu dessert Table 3. Dalam 10 minit macamtu, ada customer dari Table 8 datang kat kaunter. Tanya mana dessert dia. So yang lain pandang aku, “Mana dessert tadi?” Mestilah aku terpinga-pinga. “Eh, tadi kata hantar sekali. Bukan Table 3 punya?”

Sorang pekerja nama J tempik “Eh bukaaaan, ambil balik dessert tadi!” Table 3 ni pun satu, masa aku hantar dessert sebut air dengan dessert tu dia angguk je. Bila aku patah balik tanya “Ada order ni ke tadi?” Dia boleh sengih “Tak, tak order pun” Tapi dia dah selfie dengan boyfriend dia, siap snap gambar makanan/minuman & dessert dia cecantik tak cakap pape bila aku lalu sebelah table. Berapi betul. Aku ambil lah balik dessert tu bawak ke kaunter. Customer Table 8 reject. Dah taknak dessert tu.

J bersuara tanpa pandang aku. “Masalah lah, salah hantar bagai” Aku baru kerja 2-3 jam tau bukan 2-3 hari. Mentang-mentang lah J dah kerja nak dekat setahun kat situ. Ada sekali tu, aku nak confirmkan balik tu Table yang patut aku serve makanan dia. Aku selisih dengan pekerja A. “Eh weh, Table 20 yang tepi tiang tu kan?” He rolled his eyes as he said “Iye”. Si A ni pulak dah kerja 4 bulan macamtu. Manners mana?

Time time nak closing cafe, J suruh aku simpan barang dalam peti ais. Kitchen pun aku tak jejak lagi. Bila aku tanya peti ais yang mana, kat mana (ada 5 peti ais). Simple je dia jawab. “Belakang”
Nasib baik lah ada pekerja nama Q yang banyak tunjuk itu apa ini apa untuk apa semua. J? Tahu mengarah je. Lagipun J peduli apa dengan pekerja lain, dia couple dengan manager situ. Kadang pun diorang duk bermanja depan mata aku. Ulik sana ulik sini. Berbulu mata aku.

Masuk Second Day Kerja Aku Dah Start Tak Selesa

Dua hari kerja situ, aku sebenarnya dah tak selesa. Sebab kemudahan untuk solat dia. Aku bukan lah baik umpama malaikat pun, tapi bila kau bekerja tak solat, rasa macam tak berkat rezeki tu, kan? Aku macam terkejut bila dapat tahu, bilik yang disediakan untuk solat cuma ada satu. Itu pun, lelaki perempuan campur. Bilik tu muat untuk 2 orang solat je. Time tu lah customer nak solat, time tu lah pekerja nak solat. Mana muat & mana sempat. Tempat ambil wuduk cuma di bilik air. Itu pun, lagi laju air kencing rasanya dari air paip tu. Bila aku observe, 3 dari 10 pekerja je yang solat. Bahagian kitchen wallahualam, aku banyak buat kerja bahagian depan café. Ni aku cerita bahagian depan.

Hari lain, aku ditugaskan untuk lap utensils. Yang aku nampak cuma kain buruk yang dah dibasuh. Kain semalam yang guna untuk lap meja, bau macam harom. Cara basuh, rendam dengan air panas & softlan. Perah & jemur. Aku tanya J, “Mana kain khas untuk lap sudu garfu?” Kau tahu dia jawab apa? “Pakai je kain mana mana ni” Sambil dia tunjuk kat kain Good Morning yang buruk hitam lusuh dan busuk meskipun dah basuh waktu closing semalam.

Aku ni dah lah germ phobia. Sikit sikit lepas lap meja atau angkat pinggan kotor aku pergi basuh tangan. Ni ke tahap ke-hygiene-an kau kerja kat sini? Punya ramai pekerja kat situ, kenapa takde siapa pun fikir untuk asingkan kain lap utensils dengan meja? Bila aku tegur or bagi suggestion guna kain lain yang bersih & khas kan untuk utensils, aku tak dilayan. Sebab apa? Sebab aku budak baru.

Cawan-cawan dengan sudu dessert pun kadang dibasuh dalam baldi yang dah bertakung air. Bukannya air paip lalu. Sebabnya, bila orang kitchen bukak paip sinki belakang, sinki bahagian depan takde air. So diorang prepare air dalam baldi. Berapa banyak kau celup sudu cawan semua tu, bersih 100% ke? Aku serba salah sebab aku nampak semua tu.

Yang aku pelik, orang selalu makan tak habis. Kadang tu, nampak macam dia jamah satu suap je. Bila aku usya facebook café ni, review dia banyak yang negatif rupanya. Dari attitude staff sampai ke makanan. Feedback thumbs down. Tapi hari hari ramai orang. Layout yang hipster mungkin.

Hari seterusnya, bos ada buat makan makan dekat café tu untuk staff. Entah kenapa, aku berat hati nak join. Tapi sebab bos ni jenis baik hati, aku pun ikut makan sekali. Nak tahu apa jadi lepastu? Aku kena severe food poisoning! First time dalam hidup aku, aku muntah lebih 7 kali. Cirit tak payah nak cerita. Aku dah macam bertapak dalam bilik air. Bila dah keluarkan semua yang ada dalam badan, berputar angin dalam perut. Aku pulak ada gastric. Sakit dia, aku tak tahu nak describe macam mana. Staff lain pun aku dengar sakit perut tapi tak seteruk 3 staff yang severe ni, termasuklah aku. So, aku mc untuk sehari.

Esok tu, aku ingat dah elok, gastric pulak menyerang. Yang tak tahu sakit gastric ni macam mana, tak payah la nak imagine. Nak tak nak, aku terpaksa cuti dua hari. Hari pertama mak aku call manager dua tiga kali, dia tak angkat. Mak aku text, aku tak larat langsung nak pegang phone. Mak aku bagitahu sebab aku sakit, keadaan aku macam mana. Tapi dia tak respond. Balas message pun tak. Mana responsibility as a supervisor/manager towards your staff?

Hari kedua aku cuti tu, aku sampaikan pada staff lain untuk bagitahu dia yang aku still tak sihat. Aku tak tahu lah staff lain ni tak bagitahu ke apa, pastu si J dengan cold words message tanya aku tak datang lagi ke harini. Aku terangkan kat J keadaan aku macam mana. Di bluetick kan aku. Tetiba aku dapat message dari manager a.k.a pasangan J, “Lain kali kalau tak datang, bagitahu”

Ewah, kalau aku bagitahu kau tak respond. Aku pass kat pekerja lain, di sound nya aku. As a manager, sifat humanity towards staff pun tak dak. Tanya aku okay ke tak? Jauh sekali.

Hari seterusnya. Kebetulan manager ada buat jadual baru untuk staff. Ikutkan ada hari tu aku masuk pukul 5. Masa aku tengah siap siap, tiba tiba aku dapat call dengan text dari manager pukul 4:20 macamtu tanya mana aku ni, dah pukul berapa apa semua. Aku dah jammed. Argue punya argue, aku suruh dia refer jadual tu balik tengok nama aku. Aku masuk pukul 5. Terus dia bluetick kan aku tanpa jawab apa apa. Say sorry? Dia tak rasa dia perlu sebut sorry pada staff baru.

Hari ni, aku bangun dengan sakit perut indescribable tau tak . Pepagi buta aku dah pergi tandas sebab sakit perut. Sah, aku tak sihat lagi dari kisah food poisoning tu. Bila pergi klinik, doc suruh jaga makan. He told me he’ll give MC alongside with the medicine. Dengan gastricnya lagi. Katanya seminggu dua jugak aku tak boleh makan itu ini. Dia tambah ubat, total dari haritu dalam RM70. Siapa nak cover untuk medical staff? Diri sendiri.

Aku bagitahu manager aku tak dapat nak datang. Aku tak sihat. Lagipun punca aku tak sihat ni aku makan dekat café tu, bukan kat tempat lain. Kau tahu sebagai manager dia respond apa? “Mana boleh macamni, asyik mc je. Susahlah” On the spot aku berdoa biar dia rasa apa yang aku rasa masa aku sakit teruk haritu. Dalam kepala, memang nak resign. tapi pekerja lain ada jugak tanya khabar, dari side kitchen, side serving, barista. Diorang suruh aku chill dulu, jangan berhenti. Yang dia ni, boleh marahkan aku sebab sakit makan kat tempat dia?

Kerja Dekat Tempat Orang Asyik Cari Salah Kita Ja

Ye aku tahu adat bekerja, tak sempurna. Lagipun ni bukan kali pertama aku bekerja. Kalau aku tak perlukan duit, aku pun tak hadap untuk kerja dekat tempat yang orang asyik nak cari salah kita. Baru seminggu aku kerja kat sini. Dah macam macam jadi. Aku tak tahu lah ni petanda suruh aku berhenti kerja ke apa. Mental aku kuat lagi untuk hadap customer yang perangai macam-macam ni. Tapi dengan surrounding workplace, aku tak tahu aku patut go on ke tidak.

Ada yang boleh bagi advice atau suggestion? – Patung Makmal

Recent search terms:

  • online whatsapp pasal kerja

Aku Mangsa Kerja Part Time Melipat Risalah

Tentu korang pernah dengar tentang kerja kerja part time pasal melipat risalah dengan keuntungan 4 angka sebulan. Nasihat saya jangan mudah terpedaya kerana itu semua hanyalah taktik mereka tarik orang untuk dapatkan duit.

Sebelum tu saya nak ceritakan kisah saya dulu.

Saya student ipta dan sekarang tengah menjalani latihan praktikal. Tapi memikirkan nak bayar yuran ipta untuk sem depan yang makin meningkat, saya pun terpikir nak buat part time untuk sediakan duit bagi bayar yuran sem depan. tak nak lah susahkan mak abah.

cari punya cari.. terjumpa iklan “KERJA PART TIME LIPAT RISALAH DI RUMAH” ganjaran hingga Rm500 seminggu and bla..bla..bla.. cuma lipat risalah and bla..bla…bla… Saya jumpa iklan ni kat surat khabar tapi tak ingat surat khabar apa. so sy pun try la whatsapp and tanya mengenai kerja part time tu. Dia punya explanation panjang berjela and betul betul explain pasal lipat risalah, masuk sampul,tulis alamat and pos dekat alamat yang diberi.

Dalam tu siap ada nama syarikat lagi. nama syarikat tu DICNAMIC MAIL ENTERPRES dan beralamat dekat Ajil, Terengganu. Saya check dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Bila ikut ejaan kat atas tu betul memang takda, yerla mana ada ENTERPRES , ENTERPRISE ada la. So saya pun betulkan la ejaan dia and memang syarikat tu ada berdaftar dengan SSM.

Saya pun buat pendaftaran Rm60 dengan orang tu. dah bank in apa semua dia pun hantar la barang dia tu. Saya sempat tanya beberapa soalan as “Alamat dibekalkan sekali ke? and Takde kena tarik orang join ni ke?” Jawapan dia “Tidak ada, Nama, Alamat akan dibekalkan secara percuma nanti”.

Bila barang sampai rupanya hanya ada buku panduan yang hanya di photostat (Dahla buruk lak tu),beberapa borang dan risalah yang mengajar kita untuk buat benda yang sama dekat orang lain. Siap ada sejarah penubuhan camne boleh tercetusnya idea nak menipu orang ni. Siap suruh kita photostate semua ‘sampah’ yg dia bagi untuk kita iklankan and tipu orang and bagi balik ‘sampah’ dorang tu kat orang lain.

Ya Allah saya memang bengang sangat dengan manusia manusia tu tapi saya chat balik orang tu elok elok and tanya balik soalan soalan pasal hantar risalah tu.

Saya chat dia punya banyak dia tak reply walaupun dah “blue tick”. memang rasa tertipu sangat.. saya mintak pulang duit pun dia tak reply. Ya Allah memang sakit hati sangat, ikutkan hati memang nak maki hamun jer tapi buat apa kan. Bukannya dia kisah pun, habis baik pun dia block saya kan.

So saya buat la entry ni untuk elakkan lebih ramai yang tertipu. JANGAN PERCAYA sama sekali dengan iklan iklan part time lipat risalah apa semua kat surat khabar tu. tu salah satu cara mereka nak tarik orang untuk menipu and dapat duit.

cukup la tu kot. korang boleh nilai sendiri lah nanti. Dia ni biar lah dia hidup senang dengan duit dia menipu orang. Moga hidup dia bahagia lah dengan penipuannya. Dia lupa agaknya yang what she give, she get back, dia lupa jugak yang dunia ni sementara jer.

dahla malas nak cakap panjang, sakit hati tak hilang lagi tahu. Rm60 tu boleh buat belanja makan saya seminggu dua.- Widuri | Malaysiaviralstory

Admin: Benda ni sebenarnya dari zaman admin sekolah lagi sampai sekarang masih wujud lagi, mungkin adanya artikel seperti ni dapat bantu korang yang masih baru dalam dunia teknologi ni supaya x mudah tertipu.

Recent search terms:

  • kerja part time
  • keja sambilan lipat risalah 2017

Dari Seorang Penyapu Sampah Jalanan, Kini Jadi Pemilik Whatsapp Yang Kaya Raya

Meskipun terdapat pelbagai applikasi messaging untuk smartphone seperti Facebook Messenger, Telegram, Google Hangout, BBM dan lain-lainnya untuk digunakan, tetapi rata-ratanya, ramai pengguna smartphone kini lebih selesa untuk berkomunikasi dengan menggunakan applikasi Whatsapp.

Applikasi yang dulunya hanya menjadi sebuah applikasi untuk menghantar pesanan teks dan gambar menggunakan perkhidmatan internet kini sudah mula menyokong fungsi VOiP dan panggilan video dan pelbagai fungsi lain yang menjadikan applikasi ini sebagai must-have apps untuk semua pengguna smartphone di dunia.

Namun, di sebalik applikasi yang hebat ini, pasti ramai yang tidak pernah mendengar nama Jan Koum kan?

Lelaki miskin yang berasal dari Ukraine ini telah berhijrah ke Amerika ketika berusia 16 tahun kerana desakan hidup di negara asalnya itu.

Bermua sebagai seorang penyapu sampah di sebuah kedai di California, Jan kemudiannya tertarik pada dunia pemograman komputer semasa berpindah ke Ernst & Young.

Jan kemudiannya bekerja dengan syarikat Yahoo! selama 9 tahun sebelum memilik iPhone pertamanya pada tahun 2009 yang membuatkan beliau menyedari kekurangan applikasi messaging untuk telefon pintarnya itu.

Bermula dari saat itu, Jan bersama-sama dengan rakannya telah membangunkan sebuah applikasi yang kita kenali sebagai Whatsapp sekarang.

Applikasi ini kemudiannya telah menarik perhatian beberapa buah syarikat besar dan kemudiannya dijual pada Facebook pada harga 19 billion Dollar Amerika pada tahun 2014.

Hina Ke Bawa Motor Pergi Kerja?

Salam admin. terima kasih sudi terima confession aku ni. Ape yg aku nak luahkan ni dh lama aku pendam. Cuma mencari tempat utk aku meluahkan n bg masyarakat sedar n jgan pandang rendah pd org lain.

Kisah dy mcmni, aku ni seorang wanita. Umur n nama biarlah rahsia. Aku brkerja sbg account n sales coordinator officer di sebuah syarikat swasta n aku g kerja naik motor.

Sepanjang aku bkerja, aku jenis malas nk ambik port pasal org lain yg g kerja naik apa, kereta apa, motor apa. Lantakla. Hak masing2. Tapi, ade la seorang perempuan ni at office aku, aku tk tahu la ape masalah dia. Cuma aku nk tnya korangla, hina sangat ke seorang perempuan g kerja naik motor? Aku bukan tk mampu beli kereta, aku mampu. Cuma aku byk tanggungan. Mak ayah, adik2 aku. N selagi ade motor, aku pakai jela. Asalkan aku dapat bergerak. Perempuan office aku tu, selalu tanya ‘eh kenapa u tknak beli kereta? Eh u naik motor ke harini(time tu hujan pagi)? Ayat sinis tahu tak. Dia kalau blh, hari2 nk tanya aku naik apa g kerja. Pastu cara ckp mcm sindir2. Wehhh, kau pun pakai kereta laki kau, kau nk berlagak. Sampai boss aku pernah tanya, tanya dgn elok la. ‘U belum ada kereta kn?’ Pastu aku tk sempat jawab, perempuan tu yg jawab sambil gelak sinis. ‘Boss, dia mana ada keretalaa. Dia naik motor je’. boss aku diam je.

Aku rasa mcm nak nangis time tu. Hina sangat ke aku naik motor? Aku bukan minah rempit, aku naik motor sebab g kerja n sebab aku tkde kenderaan lain. Aku bkn tk mampu beli kereta, aku dh mampu tapi aku lebih pentingkn parents n adik2 aku. Aku sedih sgt org buat aku mcmni. Dulu, masa aku praktikal at Nilai pun sama kena mcmni.

Time aku praktikal tahun lepas, ade sorang berpangkat General Manager n dia lelaki melayu. Sama bangsa dengan aku. Ye aku tahu gaji dia besar, hidup mewah. Kereta besar. Rumah besar. Dia tanya aku, datang kerja naik apa. Aku jawab la dgn jujur aku cakap naik motor. Korang tahu apa reaksi dia? Dia gelakkan aku. Dia siap cakap, anak I sebaya U dah ada kereta sendiri dh n masih belajar lgi. Dia cakap aku bawa motor kapcai. Padahal motor aku lawa kot cuma tkde bumbung.

Aku dh menggigil time tu rasa mcm nk marah sngat2. Anak ko lain, aku lain. Anak ko tk penah hidup susah, lahir2 terus jd kaya sebab ko gaji besar. Aku dari family yg sederhana pernah merasa susah. Atleast aku berdikari bukan mengemis at org. Lepas 3bulan, aku habis praktikal, tempat tu call aku suruh masuk kerja sana sebab prestasi kerja praktikal aku bagus. Aku ckp aku tknk n dh dapat kerja lain. Padahal aku benci benci n benci org tua tu yg perlekehkan aku. Korang offer gaji besar pun aku takkan nak kerja situ lg.

Sampai sekarang aku tkleh lupa apa dia cakap at aku. Wlapun dh nak setahun, tapi benda tu masih segar dlm ingatan aku. Aku ada prasaan jugak. Memangla kau org atasan aku, tapi bukan alasan nya kau boss kau blh hina aku.

Aku cuma nak peringatkanlah, janganla menghinakan sgt org yg naik motor ni. Mmg kami naik motor, tapi kami tk menyusahkan sesiapa pun. Itu harta kami. Macam kamu, harta kamu kereta. Harta kami motor. Pleaselah, jaga hati org lain. Jangan ingat yg naik motor ni semua mat/minah rempit.
Jangan cakap ikut sedap mulut je. Jangan sampai aku beli kereta nt, aku tunjuk2 at depan perempuan tu n GM berlagak tu. suka merendah2kan org.
Ehh Naik motor best apa. Dapat angin kuat, lepas angin pun org tk dengar. Hahahaha

Itu jela luahan hati aku. Maaf kalau cerita tk menarik n maaf jugak kalau ada yg terasa dgn ayat2 aku n maaf kalau ade ayat yg kasar.

Terima kasih admin n semua.
Salam,
Miss K

Go to Top

Send this to friend