Category archive

Story Sedih

Mus sudah sedar sepenuhnya

SELEPAS 17 hari dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma, vokalis kumpulan MAY, Mus, 49, sedar sepenuhnya serta mampu berkomunikasi dengan keluarga.

Isterinya, Suraya Bahari berkata, suaminya sedar sepenuhnya dan mampu kenal pelawat sejak 17 Julai lalu.

“Abang Mus seakan kebingungan dan hairan bagaimana dia boleh berada di situ. Dia bertanya apa sudah berlaku.

“Saya beri penjelasan bahawa dia sakit dan perlukan rawatan doktor,” katanya yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, Mus juga mengadu lenguh-lenguh badan dan dia kena buat latihan ringan antaranya berjalan.

“Dia perlu sentiasa bergerak dan sudah boleh ke bilik air tetapi perlu dipimpin. Abang Mus juga tidak memerlukan alat bantuan pernafasan lagi,” katanya.

Suraya berkata, Mus yang sudah dikeluarkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini ditempatkan di wad biasa sejak 13 Julai lalu masih perlu menjalani proses plasma exchange.

“Doktor akan buat proses itu sehingga Sabtu, manakala keputusan ujian darah akan diketahui pada 24 Julai ini.

“Saya tak pasti berapa lama doktor akan menahannya di wad. Apapun Abang Mus perlu banyak membuat latihan fisio untuk pulih sepenuhnya,” katanya.

Mus awalnya dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai lalu akibat demam panas.

Dia kemudian dipindahkan ke ICU Hospital Ampang untuk rawatan lanjut pada 5 Julai lalu.

Adik Kandung Sanggup Ganti Duit Yang Dicuri Abang Sendiri

Aku cuba ringkaskan sebaik mungkin tanpa terlalu memburukkan orang ini yakni saudara kandung aku sendiri yang aku namakan B. Macamni ceritanya, sebelum ni aku bekerja ngan B ni bawah 1 company tapi berlainan bangunan.

Pergi dan balik kerja sama-sama dengan B. Lepas tu tiba-tiba satu hari ni si B ni hantar mesej kat aku bagitau yang dia dh balik dan kawan dia yang hantar dia balik rumah. So aku tak syak apa-apa, petang tu aku pun drive la kereta sorang-sorang balik rumah. Sampai je rumah, mak aku terus tanya kenapa dengan B, dia cakap dia dah berhenti kerja. Bila mak aku tanya kenapa, dia cuma cakap tak ada apa-apa, saja nak berhenti. Kalau korang jadi mak aku pun korang tak percaya jgak kan.

Takkan la dok saja-saja tiba-tiba je nak berhenti kan. Mak aku mintak tolong aku tanya kawan dia esok sebab dia berhenti. Jadi aku pun trus la pergi tanya supervisor dia dan jugak manager HR esoknya, tapi semuanya cakap tak tau. Nampak sangat la menipunya kalau org HR tak tau kan. Aku pun tak nak la paksa orang sebab mungkin dah kerja dia macamtu, kena pegang amanah, jadi aku diamkan je la. Dan si B ni pulak jadi la penganggur kehormat dalam rumah kami.

Nak dijadikan cerita, sebulan lepas B berhenti, aku terjumpa personal file yang company simpan untuk setiap pekerja masa aku tengah cari personal file staf lain. ( Aku bukan pecah amanah tau sebab keja aku memang dibolehkan untuk tengok file semua staf dan gaji staf..hehe). Aku pun terdetik nak bukak file dia sebab masa dia berhenti dulu, aku tak jumpa file dia. Mungkin orang HR sorok dari aku kot sebab aku dah memang ada akses untuk tengok kan. Tapi apa yg aku nampak hanya Allah yang tau. Dalam file dia tu ada surat bertulis tangan si B yang membuat pengakuan bahawa B dah mencuri duit company dalam ribuan ringgit jugak la.

Si B juga berjanji akan membayar balik duit yang telah diambil dalam masa beberapa bulan atau tindakan undang-undang akan diambil atas B ni. Masa ni, aku rasa gelap dunia aku bila aku terfikir mak aku kat rumah. Apa akan jadi kalau mak aku tau pasal ni sebab mak aku dh bagi didikan yang sempurna untuk anak-anak dia. Seluruh badan aku ketar, otak aku mati. Terus aku ambil surat tu, fotostat 1 copy (mungkin bab ni aku salah, tapi tolong jangan kecam) dan simpan. Kemudian aku jumpa bos aku dan ckp aku tak berapa sihat, mintak cuti halfday. Bos aku terus sign punchcard aku dan aku keluar terus menangis dalam kereta. Aku ambil keputusan untuk bagitau saudara sulung aku sebab aku kena cari seorang yang aku percaya untuk aku lepaskan rasa hati aku ni, sedih aku, kecewa aku, malu aku, takut aku.

Sedih sebab si B ni saudara kandung aku, kenapa dia buat macamtu. Kecewa sebab mak aku bagi kami didikan yang sama, kenapa dia tergamak mencuri. Malu sebab bos aku tau perkara sebenar tapi tetap melayan aku dengan baik tanpa ada prasangka walaupun si B ni saudara kandung aku. Takut jika mak aku tau perkara sebenar, abah aku dengar dari orang lain, apa yg akan jadi pada si B dan juga kesihatan mak dan abah aku. Akhirnya aku dan saudara sulung aku buat keputusan untuk diamkan je perkara ni sebab aku anggap dia akan cuba selesaikan hutang tersebut.

Setahun berlalu, si B ni pun dh bekerja dalam tempoh masa yang dia berjanji untuk bayar balik hutang tersebut dengan gaji yang agak lumayan, hampir double gaji aku. Tapi sebulan sebelum raya, si B ni berhenti lagi, tapi atas sebab apa aku tak tau la. Mungkin tak sesuai dengan jiwa dia kot. Aku dan saudara sulung aku pulak masih macam dulu, diamkan je macam kami tak pernah tau apa-apa sebab kami andaikan semuanya dah selesai. Namun, masalah timbul lagi bila kali ni, orang account tertinggal nota dia atas meja aku. Dan mata aku terus ternampak nama si B ni dengan remarks di sebelah nama dan jumlah hutang dia tertulis “write off”.

Maksudnya si B tak pernah bayar sampai bos aku terpaksa ambil keputusan untuk lupakan je hutang tersebut tanpa ambil apa-apa tindakan undang-undang. Mungkin kerana aku masih bekerja di sini, dia cuba nak elakkan kekecohan. Akhirnya aku bersemuka dengan orang account dan cerita hal sebenar yang aku dah tau dari awal lagi. Bila aku minta kepastian dari dia, dia mengaku yang si B tak pernah masukkan duit seperti yang dia janjikan. Luluh lagi hati aku. Seperti dahulu, aku bagitahu saudara sulung aku mengenai perkara ni. Aku ada suarakan pada dia yang aku nak bayar hutang B, kalau tak banyak, RM100 sebulan pun jadi la memandangkan gaji aku pun tak banyak. Saudara sulung aku tentang habis-habisan mengenai idea aku ni. Untuk pengetahuan semua, hubungan kami adik beradik dengan si B ni memang kurang rapat sejak dari kecil atas sebab yang aku tak payah huraikan sebab aku dah berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk tak memburukkan si B.

Orang account juga marah dengan aku bila aku minta dia tolak gaji aku setiap bulan sampailah hutang tersebut langsai. Aku jadi tertekan, niat aku bukan nak tunjuk baik, tapi aku terfikirkan mak aku. Siapa tahu si B pernah gunakan duit curian tersebut untuk membeli barang-barang makanan di rumah. Aku takut kami sekeluarga pernah termakan duit hasil curian si B.

Aku merasakan disebabkan aku tau mengenai perkara ni, aku bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang tersebut. Jadi para pembaca sekalian, aku ingin tau apa pendapat korang. Apa yang harus aku buat? Aku harap korang jangan kecam si B mahupun family aku, aku cuma betul-betul perlukan nasihat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku yang panjang ni walaupun aku dh berjanji untuk ringkaskan cerita.

Kredit: Adik perempuan B

Apabila Jadi Pada Diri Sendiri, Rasa Tidak Selesa Bekerja

Foto hiasan wikihow/malaysiaviralstory

Aku berumur 20 an, bekerja hampir dua tahun di sebuah kilang. Aku buat dalam keadaan kepala yang sakit, sedih dan of course mood tak stabil. Sorry.

Aku jenis yang happy, suka ketawa dan berkawan dengan pekerja-pekerja lelaki disebabkan di office hanya tiga orang perempuan berbanding sepuluh lelaki.

Satu tabiat pekerja kat office aku, suka cerita benda yg berunsurkan seks, hal rumah tangga dalam office. Termasuk bercakap menggunakan “double meaning” yang orang berkahwin faham. I dont know, kadang-kadang aku tak paham. Tetapi aku boleh tangkap bercakap pasal seks.

Tak kisah, lantak dia nak bercakap, sebab aku muda single lagi. Aku ignore, buat tak dengar , buat tak faham even aku faham. Serius, aku stress setiap hari diaorang bersembang pasal hal laki bini buat. Cara bersama ape ke benda ntah. Aku yang dengar stress dan mula perli aku, orang yang belum kahwin diam je, kalau nk tahu kena kahwin. Ptfffffsghddjdk.

And ada seorang pak cik ni berumur dalam 50 an, dia kerja sekali dengan aku. Tetapi dia kerja luar office. Setiap kali bersembang ramai-ramai dia akan pandang aku. Pandang atas bawah, you know what i mean. Diam-diam curi gambar aku, pastu pernah kantoi dengan aku. Dia zoom gambar aku. Hmm. Selalu kacau aku, cakap nak kahwin dengan aku bagai.

Aku just diam, and of course cakap tak nak. Disebabkan aku jenis yang melawan, aku balas balik bila dia cakap nak kahwin sebab aku muda pastu barang baru lagi. Serius dia cakap camtuh. And pekerja lain just gelak.

Aku pernah mengamuk depan semua orang, disebabkan pak cik tu, sebab tak tahan. Asyik cakap mengarut, gatal plus miang jantan tau. Aku pernah pukul dia guna barang, lepas dia tengok aku. Serius aku bukan jenis pakai ketat-ketat. Tubuh kurus je, tudung even tak labuh tapi bawah dada.

Pernah berselisih kat luar dengan aku, dia buat isyarat lucah guna lidah. Serius aku stress, aku pernah cakap kat akak office aku. Dan akak cakap jangan melayan, sebab semua tahu pak cik tu jenis gatal, bergurau tak kena tempat.

TETAPI, harini dia buat aku hilang terus hormat malah sumpah seranah aku beri. Demi Allah aku tak larat, tak larat dah kerja situ. Disebabkan perangai pak cik yang gatal. Pagi tadi, kerja macam biasa. Aku just duduk dekat meja aku scroll phone, dan pak cik tu boleh ambil getah lastik, dia pegi lastik d*** aku. Serius, aku tak sedar means aku blur. Aku tak tahu, sebab aku tak leh describe benda macam tu jadi, aku nk buat ape. Aku noob.

Aku just cakap, kau bengong sebab bergurau bodoh, kau kurang ajar. Then aku diam, sampai aku menangis teresak-esak. Sebab aku tak tahu nak buat apa. Masa tu, ada pekerja kat office, tapi dia tak tahu sebab kelam kabut pergi briefing setiap pagi.

Lepas tu, baru aku citer kat akak office. Then dia just cakap jangan layan. anggap pak cik tu mental. Aku serius sedih dengar, air mata tak payah cakap berjurai-jurai. Aku sampai lari ke luar office, menangis teresak-esak. Sebab aku rasa maruah aku kena pijak-pijak. Aku tak tahu aku geram, sakit hati. Aku tak expect benda ni. Aku anggap dia baik.

Then, ada lagi peristiwa lepas aku citer kat akak office. Aku skip yang ni.

Sampai boss aku tahu, dia pergi jumpa pak cik tu, tanya direct. And of course tak mengaku, cakap aku buat cerita. Mengada-ngada buat citer. Muka tak bersalah, siap tanya aku, dia ada buat macam tu ke.

Aku kesian kat dia, kalau tak aku dah pergi HR report kes ni. Serius, s**ual harassment. Kalau dia tak sengaja, kenapa dia lastik kat tempat sensitif. Kenapa ? Ni kali kedua dia buat kat aku, bila kali pertama tu. Aku direct jumpa dia, marah dia. Ugut dia lepas dia buat perkara sama. Aku ke yang bodoh tak report je kat HR. Memang aku bodoh, sebab aku kesian kat dia. Hmm

Aku sedih nak mampus, harini aku demam lepas perkara ni jadi. Aku menangis dari pagi sambung sampai ke petang balik kerja. Setiap kali, akak tu cakap. Dah, akak dh cakap kat boss. Pujuk aku stop nangis, aku lagi nangis. Sebab kat semua orang pak cik tu cakap aku yang reka cerita. Siap cakap aku yang gatal.

Aku tak tahu, aku just cakap. Kalau kena kat anak perempuan dia. Dia tahu macam mana rasanya. Aku tak bodoh untuk mereka cerita bodoh berkaitan maruah aku.

Aku sampai tak call mak aku, harini even bf aku sendiri. Sebab aku tahu. Once aku call, aku nangis. Aku takut nak cerita kat diorang. Dan membuat aku salah diri aku sendiri. Kenapa masa dia buat, aku tak lempang terus muka dia. Kenapa. Kenapa.
Aku terkejut.

Setakat tu jelah, korang komen jelah pape. Nanti aku baca. Bagi aku tips untuk ajar pak cik ni pun okay. Nak kecam silakan. Kalau jadi kat kau, kau buat apa?

Ni pengajaran kat aku, pengajaran ni buat aku mangsa lelaki gatal. Dia tak hormat aku langsung.

Kredit: Unknown | IIUM

Recent search terms:

  • senarai nama menteri malaysia 2017
  • nama nama menteri malaysia 2017
  • rasa tidak selesa pertama kali bekerja
Go to Top

Send this to friend