Category archive

Story Sukan

Alvaro Morata Sah Ke Chelsea

CHELSEA bersetuju dengan perjanjian mengikat penyerang Sepanyol, Alvaro Morata daripada Real Madrid, difahamkan dengan yuran perpindahan 80 juta euros (RM395.5 juta).

Chelsea dan real Madrid membuat pengumuman rasmi pada laman web masing-masing pada Rabu.

“Chelsea Football Club dan Real Madrid bersetuju dengan perpindahan Alvaro Morata ke Stamford Bridge.

“Perpindahan ini tertakluk kepada persetujuan terma peribadi dan kelulusan pemeriksaan perubatan (medical),” kata Cehlsea pada laman webnya.

Real Madrid turut mengesahkan laporan itu dalam kenyataan pada laman webnya.

“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada dedikasi, profesionalisme dan teladan pemain itu di sepanjang tempoh di sini, dari masa akademi sehingga ke skuad utama,” katanya.

Menurut stesen radio Sepanyol, Cadena Ser, Chelsea dilaporkan menawarkan £62 juta (RM346.4 juta) untuk pemain ini minggu lalu tetapi Madrid bersetuju dengan harga 80 million euros (RM395.5 juta).

Morata sebelum ini dikhabarkan ke Manchester United(MU) tetapi perkhabaran itu hanya tinggal perkhabaran setelah MU menandatangani Romelu Lukaku dari Everton.

Morata dijangka meninggalkan kem latihan Real Madrid di Amerika Syarikat secepat mungkin.

Rekod Morata setakat ini adalah dengan menjaringkan 20 gol dalam 43 perlawanan musim lalu apabila Real Madrid menang Liga Juara Juara selain menewaskan Barcelona untuk menjulang kejuaraan Liga Sepanyol.

Sumber Asal: Harian Metro/Malaysiaviralstory/Premier League London

Sejarah tercipta emas untuk Malaysia, terbaiklah Jun Hoong

Hungry : Penerjun wanita Malaysia Cheong Jun Hoong telah memenangi pingat emas acara 10 meter platform seirama individu pada Kejohanan Terjun Dunia di Budapest, Hungry, hari ini.

Ia sekali gus menyaksikan satu sejarah tercipta untuk negara kerana sebelum ini tidak pernah memenangi emas acara itu pada kejohanan bertaraf dunia melainkan perak menerusi Jun Hoong dan Pandelela Rinong pada Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Jun Hoong menewaskan juara dunia Ren Qian dan Si Yajie dari China dengan mengumpul 397.50 mata.

Qian dan Yajie masing-masing meraih perak dan gangsa dengan 396.00 dan 391.95 mata.

Kejayaan itu menyaksikan lagu Negaraku berkumandang di Stadium Renang Kebangsaan Alfred Hajos.

Bagaimanapun, dalam acara individu, Pandelela menamatkan saingan pada kedudukan kesembilan daripada 10 penerjun dengan mengumpul 322.40 mata.

Tahniah buat penerjun negara ini, anda memang hebat!

Video Dari FINA By Samsung :

Sumber asal : Harian Metro/FB Fina/Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • cheong jun hoong juara dunia 2017
Go to Top

Send this to friend