Category archive

Story Tips

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih ‘Window Seat’ Dalam Flight

Asalkan ada peluang naik kapal terbang, mesti mahu pilih tempat duduk tepi tingkap untuk tengok pemandangan.

Bukan orang Malaysia saja begitu. Pengembara luar negara pun sama. Sebabnya mudah. Ia menawarkan pemandangan yang jarang dilihat dalam kehidupan seharian dan jika destinasi yang dituju itu ‘rare,’ potensi untuk anda seorang saja memperoleh foto yang bernilai sangat tinggi.

Jom kita tengok pemandangan indah lokasi-lokaasi di dunia yang hanya boleh dilihat dari kerusi tingkap kapal terbang.

1. Jika bernasib baik, anda dapat melihat dan merakamkan foto gerhana matahari dari tingkap kapal terbang. Ini memang ‘rare’ dan bakal menjadi kenangan terbaik!2. Terbang ke negara-negara Eropah pada hujung atau awal tahun? Anda berpeluang menatap keindahan tasik yang membeku. ” Let it gooo…Let it gooo…”3. Melihat Puncak tertinggi Afrika yang dilitupi kabus!4. Peluang melihat seni bina Kuil Prambanan, Yogyakarta, Indonesia. Memang menarik!5. Ladang-ladang di Amerika yang menghijau!6. Jika kena pada masanya, anda dapat melihat refleksi Tasik Michigan ketika menghampiri Michigan, Amerika.7. Menatap keindahan ‘Gunung Pemalu’ iaitu Gunung Fuji di Jepun yang agak sukar untuk dilihat secara keseluruhan puncaknya dari bawah.8. Banjaran gunung-ganang di Eropah yang memukau!9.  Melintasi gunung berapi Taranaki di New Zeland. (Kalau Airasia terbang ke kawasan ini kan best!)10. ‘Kagum’ tatkala melihat kawaan hutan yang dibakar dari tingkap kapal terbang.

22 Cara Nak Move On

#22 cara untuk move on

#1 Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio. Time2 sedih ni la sibuk radio nak keluar lagu2 sedih. Hahaha.

#2 Jangan ada gambar dia lagi dalam hp kau ke purse kau ke wallet kau ke. Buang weh buang.

#3 Buang je no dia. Kalau kau tu penting, lama dah dia cari kau dik non.

#4 Kalau perlu block laman sosial dia. Dipersilakan. Untuk elak kau stalk dia beb.

#5 Jangan tidur lambat! Sbb masa yang paling kau akan ingat dia adalah lepas pukul 12.00 am. Hahaha tapi mmg betul weh.

#6 Padam semua conversation kau dengan dia. Sebab one day kau akan terindu dia, then apa kau cari? Mesti your old conversation kan? So elakkan.

#7 Busykan diri kau dengan macam2 benda. Kalau kau student, so study la weh study. Kalau kau kerja, lagi la senang kau nak move on.

#8 Banyakkan masa dengan mak ayah kau. Gelak2 dengan dorang hu ha hu ha hu ha. Kalau kau jauh dari mak ayah. Kerap2 la call dorang. Jangan pentingkan sangat perasaan huduh kau tu.

#9 Jangan layan la weh mana2 buaya yang serupa macam dia. Nanti kau kecewa. Kang nangis sedih medih lagi susah. (Untuk perempuan la) untuk lelaki, kau mmg dah buaya. Hahahaha ok gurau2.

#10 Jangan la sibuk2 nak buat diary sedih tulis sampai hati kau tinggalkan aku la, sampai hati kau buat aku kecewa la. Stop it k. Kalau kau penting.. benda semua tu tak jadi pun.

#11 Cari kawan yang boleh dipercayai. Yang boleh buat kau hilangkan rasa gundah gulana kecewa kau tu. Jangan sampai salah pilih kawan ye. Haha

#12 Jangan benci dia. Sebab lagi kau benci dia, lagi la kau akan ingat dia. Time tu jangan sibuk2 kata kau sedih dia buat kau macam tu bagai. Kau yang cari nahas.

#13 CUBA TRY TEST lupakan dia. Jangan terlalu ikutkan perasaan kau. Nanti kang tak pasal2 kau hilang apa yang sepatutnya kau kejar.

#14 GET YOUR LIFE BACK! kalau dulu kau happy2 je bila dia tak muncul lagi. So happy kan la diri kau balik macam dulu sebelum kau kenal dia. Hidup ini indah beb.

#15 Belajar dari kesilapan kau. Jangan diulang lagi semua tu. Buka pintu hati kau tu. Yeah maybe it will take time but at least jangan sampai kau terperangkap dalam kegelapan kau sendiri.

#16 Jangan tunggu dia. Please.. aku paling nak sangat kau jangan tunggu dia. Kalau betul dia sayang kau, dia akan pertahankan hubungan korang tu. Bukan biarkan kau terpaksa move on macam tu. Haish.

#17 Redha la dengan ketentuan yang Allah dah tetapkan ni. Jangan kau perkotak katikkan semua yang Allah beri. Dia bagi ada sebab dan dia tarik balik pun ada sebab.

#18 Jangan menyalahkan takdir. Takdir Allah tu indah. Kita je belum nampak hikmah di sebalik semua tu lagi.

#19 Maafkan dia. Sesungguhnya hati kau akan lebih tenang bila kau kata “aku maafkan kau”

#20 Doa la yang baik2. Jangan la kau hina dia ke apa. Kalau kau hina dia.. sebenarnya kau sama je macam dia. Teruk! Tak guna! (Haish aku pulak yang emo) Jangan biarkan hati kau jadi hitam k.

#21 Banyakkan bersedekah. Amalan tu akan buatkan kau jadi manusia yang lebih baik. Time tu kau akan sedar, banyak lagi manusia yang lebih sedih dari kau. Masalah dorang lagi berat dari masalah cinta kau.

#22 Bacalah Al-quran tu. Kalau whatsapp dia hari2 boleh, kenapa kau tak boleh tengok Al-Quran tu hari2? Cer repair balik hubungan kau dengan Allah.

Jangan terlalu letakkan perasaan kau pada manusia tu satu benda yang menyenangkan dan menggembirakan. Sebab one day bila kau kecewa, habis semua benda kau buat jadi tak tentu hala. Kau kena tolong diri kau tu untuk lebih positif. Yakin pada Allah. Sekarang mungkin kau sedih, tapi akan datang kita tak tau kan. Entah2 kau lebih gembira dari apa yang kau sangka.

Dari aku yang masih belajar untuk move on – Dari Bunga | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • cara nak move on
  • cara cara nak move on
  • cara2 nak move on
  • cara nak moveon
  • nak move on
  • macam mana nak move on
  • move on je
  • kenapa kau perlu move on
  • dia dah buang kau jangan kejar
  • cara nk

Peguam Ini Kongsi Cara Tuntut Hutang Rakan2 Atau Saudara Mara Guna Mahkamah


Kadang bagi tangan saja, tiada bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yang nampak serahan duit berlaku.
Ok, jika anda individu (syarikat lain), yang ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5,000 secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian. Caranya:

1. Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah
3. Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
4. Selepas itu baru tanya dia “Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”
5. Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.

6. Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
7. Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
8. Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
9. Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini:

“Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”

10. Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!
12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia
Perkara Lain Yang Boleh Dituntut

Selain dari penghakiman anda juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang boleh anda lakukan tidak melebihi RM100.00 dari defendan.

Peguam
Kedua-dua pihak di dalam kes tuntutan kecil tidak dibenarkan menggunakan khidmat peguam dan perbicaraan adalah di antara pihak-pihak.

Majistret
Orang yang akan membicarakan kes anda. Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang . Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.

Jurubahasa Mahkamah
Jika anda tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik anda perlu memberitahu Mahkamah sekiranya anda memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.

Perhatian:
RISALAH INI DIKELUARKAN SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MAKLUMAN SAHAJA. IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN ATAU KETERANGAN DI MAHKAMAH.
Buzze Azam | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • cara menuntut hutang melalui mahkamah

Elak Beri 5 Makanan Ini Kepada Kucing Anda

Kalau anda memelihara kucing dirumah pastinya anda perlu tahu ada makanan dan minumum yang tak sesuai untuk kucing anda,  tak semua jenis makanan si comel boleh hadamkan. Kadang-kadang tak semuan makanan yang dimakan oleh manusia maka si comel pon boleh makan, inilah punca kucing boleh terkena keracunan atau mati.

Jom kenali 5 makanan manusia yang berbahaya kepada kucing anda.

1. Coklat

Kebanyakan pemilik kucing sudah maklum akan bahaya coklat kepada kucing. Coklat mengandungi theobromine yang boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung dan kematian kepada kucing. Theobromine terkandung dalam pelbagai jenis coklat termasuk coklat putih (white chocolate) dan coklat gelap (dark chocolate).

2. Ikan Mentah

Kita sedia maklum bahawa kucing suka makan ikan. Walaubagaimanapun, elakkan memberi makan ikan mentah kepada si comel anda. Ikan mengandungi sejenis enzim yang meghancurkan thiamine, sejenis vitamin B yang penting kepada otak kucing. Kekurangan thiamine ini boleh menyebabkan masalah otak (neurologi) kepada kucing dan koma.

Elakkan juga beri kucing anda memakan ikan goreng kerana ia boleh menyebabkan masalah keguguran bulu kucing anda. Jika ingin memberi mereka ikan, seeloknya rebus dahulu ikan tersebut.

3. Telur Mentah

Sama seperti kesannya kepada manusia, memakan telur mentah boleh menyebabkan jangkitan kuman salmonella yang boleh menyebabkan radang pankreas. Tidak mengapa sekiranya anda ingin memberi telur yang sudah dimasak tetapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit.

4. Bawang

Ada sesetengah daripada pemilik kucing gemar memberi sisa-sisa ikan dan nasi kepada si comel. Walaubagaimanapun, pastikan ianya tidak mengandungi bawang. Bawang mengandungi N-propyl disulphide yang dikenalpasti boleh merosakkan sel darah merah dan kematian kepada kucing.

5. Minimum Alkohol

Daripada segi kesihatan, pengambilan alkohol dikenalpasti boleh merosakkan hati. Pemberian minuman alkohol kepada kucing juga mempunyai kesan yang sama, tetapi lebih teruk kerana hati mereka lebih kecil. Pemberian dua sudu kecil minuman vodka atau whiskey sudah cukup membuatkan kucing anda koma.

Selain itu, pemberian alkohol kepada si kucing juga boleh menyebabkan saluran darah mereka bersifat asid dan seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang mereka.

Diharapkan info ini dapat memberi tips berguna mengenai makanan dan minuman kepada kucing kesayangan anda. Sebagai pemilik kucing, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memelihara dan menjaga kucing anda dengan sebaik mungkin.

Mana tahu, kucing yang anda pelihara mungkin boleh menjadi saham anda diakhirat kelak.

Panduan Cara Pakai Tali Leher / Necktie

Ramai yang berpendapat bahawa mengikat tali leher adalah perkara yang sukar dalam hal penampilan diri. Sebaliknya, memakai tali leher / necktie sebenarnya mudah, budak sekolah pun boleh buat. Panduan berikut dapat membantu anda berlatih mengikat tali leher.

Berikut dipaparkan panduan cara mudah mengikat tali leher dan panjang tali leher yang betul.

Ambil tali leher anda, berdiri di hadapan cermin dan cuba setiap stail ikatan sekarang! Lepas tu pastu pilih jenis ikatan yang paling sesuai untuk anda.

Cara-cara Mengikat Tali Leher

Tutorial bergambar di bawah memaparkan, langkah demi langkah cara-cara mengikat 4 jenis ikatan/simpulan tali leher yang popular, iaitu ikatan Four In Hand, Half Windsor, Windsor dan Shell Knot.

Panjang Tali Leher Yang Sesuai

Untuk nampak kemas dan segak, panjang tali leher hendaklah tidak terlalu singkat atau terlalu labuh. Panjang atau labuh tali leher yang ideal ialah bila hujung tali leher berada separas dengan kepala tali pinggang.

Tali leher dianggap singkat jika hujungnya tidak menyentuh atau berada di atas paras tali pinggang, dan terlalu labuh sekiranya ia berada di bawah paras tali pinggang. Sila rujuk ilustrasi di bawah untuk penjelasan.

Semoga panduan cara memakai tali leher ini berguna buat para pembaca, terutama adik-adik pelajar sekolah rendah dan menengah yang baru belajar mengikat tali leher.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • cara pemakaian tali pinggang moden dan tali leher

Mandi Malam Boleh Atau Tidak?

Terdapat banyak uar – uar di kalangan rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa mandi di waktu malam boleh memudaratkan kesihatan.
Namun, kenyataan ini telah terbukti bahawa ia tidak benar kerana aktiviti mandi itu adalah penting dalam memainkan peranan dalam mempertingkatkan sistem imun badan.
Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita.
Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini. Selogiknya, mandi malam ada baiknya dan berikut adalah manfaat mandi malam :

 

    1. Dapat Menenangkan Fikiran Dan Menghilangkan Stres
        • Mandi dengan lebih tenang dan dapat memanjakan diri
      • Menghilangkan emosi atau tenaga negatif dalam diri seseorang. Antaranya adalah seperti perasaan risau, marah, sedih, atau takut

 

    1. Membantu Meregangkan Dan Melegakan Otot
        • Megendurkan otot-otot dan membuatkan tubuh menjadi ringan.
      • Mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik.

 

  1. Mengatasi Masalah Gejala Insomnia
      • Memberi ketenangan kepada tubuh
    • Membuatkan tubuh menjadi segar dan memudahkan anda untuk tidur

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Petua Hilangkan Senggugut

Sesetengah wanita yang kedatangan haid akan berasa sakit pada bahagian perut dan peranakan. Perkara ini dinamakan senggugut atau dalam Bahasa Inggerisnya  ‘period pain‘.

Sakitnya amat susah digambarkan bagi yang tidak pernah mengalaminya. Namun, untuk mengambarkan tahap kesakitannya, ia seumpama kekejangan otot. Malah bukankejang sahaja, pada masa yang sama ada juga yang akan berasa senak perut. Kesakitan yang dirasa akan membuat seseorang berasa kurang selesa, malah rasa sakit akan menjadi lebih kuat sehingga menganggu aktiviti harian.

Mujur sakit senggugut tidak berpanjangan. Biasanya hanya dua atau tiga hari ketika mula didatangi haid. Selepas itu sakitnya akan hilang dengan sendiri.

Menurut pendapat kebanyakan orang yang berpengalaman, wanita yang kerap mengalami masalah senggugut dikaitkan dengan kesukaran mengandung.

Senggugut dikatakan berpunca daripada ketidak seimbangan hormon atau disebabkan faktor genetik. Ada juga kerana faktor pemakanan. Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua untuk senggugut. Apa-apa penyakit kita perlu berikhtiar untuk mengubatinya atau setidak-tidaknya mengurangkan kesakitan yang dialami.

Petua Elak Senggugut Dengan Bawang Merah

Petua ini dikatakan dapat mengelak senggugut daripada menyerang atau kalau terkena juga, sakitnya dapat dikurangkan.

Caranya ialah dengan mengambil tiga ulas bawang merah. Potong dengan halus dan campurkan ke dalam segelas air panas. Kemudian kacau dan minum air tersebut.

Petua Rawat Sakit Senggugut

Pengamalan meminum air perahan halia selama sebulan juga dikatakan dapat merawat senggugut. Minum air tersebut sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya dan jika senggugut masih menyerang, rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang telah dicampur dengan garam secepat mungkin. Terus mengamalkan petua ini sehingga rasa sakit hilang.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • bawang merah hilang kan senggugut

Petua Sakit Pinggang

Pada zaman kini, orang ramai kerap mengalami sakit pinggan. Ia tidak terbatas kepada warga emas sahaja, namun golongan muda-mudi juga boleh mengalami sakit pinggan. Antara punca yang disyaki adalah kerana duduk pada masa yang berpanjangan terutamanya apabila anda terperangkap dalam arus trafik.
Manakala, kanak-kanak juga boleh mengalami sakit pinggan akibat membawa beg sekolah yang berat dipenuhi buku. Mereka menggalas beg yang seberat hampir 10 kilogram melakukannya hampir setiap hari.
Biasanya, kesakitan berkaitan otot badan seperti sakit pinggang atau kekejangan otot boleh dirawat dengan menyapu minyak angin. Namun terdapat juga cara lain yang boleh anda lakukan untuk merawat sakit pinggang.

Petua Merawat Sakit Pinggang

Dengan halia

  1. Ambil 3 batang halia dan satu genggam asam jawa.
  2. Cuci halia, parut dan campurkan dengan asam jawa hingga sebati.
  3. Sapukan ramuan pada pinggang yang sakit.

Dengan daun kecubung

  1. Ambil 10 helai daun kecubung
  2. Tumbuk bersama kapur sirih sehingga hancur.
  3. Tampalkan ramuan tu pada bahagian pinggang yang sakit. Lakukan 2-3 kali sehari sehingga pinggang tidak lagi terasa sakit.

Petua ini disarankan kepada mereka mengalami masalah sakit pinggang dalam tempoh lama dan tidak sempat merawat atau tidak menghiraukan keadaan badannya. 

Dengan daun nona

  1. Cari 20 helai daun nona.
  2. Rebuskan daun tersebut dengan 5 gelas air.
  3. Didih sehingga tinggal 3 gelas sahaja.

Untuk sembuhkan sakit pinggang, minum air rebusan tu sekali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali minum

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Go to Top

Send this to friend