Category archive

Story Wanita

Gambar Lilly Collins Yang Super Comel

Jatuh cinta pulak tengok gambar artis nie. Nama beliau adalah Lilly Collins yang sangat cantik dan comel. Kami berpendapat Lilly Collins seperti Elfira Loy versi Amerika. Masing-masing mempunyai “trademark” kerana terdapat persamaan kening lebat.

Cekal Dan Tabahnya Hati Si Ibu Tunggal Ni


Kasih seorang ibu di hari raya

Demi membawa dua orang anaknya pulang ke kampung, wanita ini sanggup dan gigih membonceng dua orang anaknya dari Kuantan ke Taiping.

Gambar yang dimuat naik oleh Norbaya Ahmad, itu viral di media sosial dan netizen tidak putus-putus mendoakan agar tiga beranak itu selamat tiba ke destinasi.

“Terserempak dengan seorang ibu tunggal yang gigih membonceng dua orang anaknya yang berusia tiga tahun dan tujuh tahun dari Kuantan ke Taiping.

“Sebagai seorang ibu, sebak melihat keadaan si anak kecil ini yang terpaksa memegang tali helmet dari ditiup angin semata-mata untuk pulang beraya.


“Kami hanya sempat menumpangkan anak-anak Puan Norli dari Gambang ke Genting Sempah kerana kami menghala ke Shah Alam dan beliau dan anak-anaknya akan meneruskan perjalanan ke Taiping melalui Genting.

“Semoga perjalanan beliau selamat sampai dan jika ada yang terserempak dengan beliau, bolehlah tumpangkan anak-anak kecil ini,” tulisnya jam 6.45 petang semalam.

Difahamkan Puan Norli dan anak-anaknya telah selamat tiba di destinasi.

Story : Norbaya Ahmad | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • cekal dan gigih

Trend Ibu Muda Sekarang Mengandung

Assalamualaikum…

Kalau confession ni disiarkan terima kasih banyak-banyak.

Aku kat sini nak share apa yang Dr OnG aku share. Doctor aku dah 30 tahun in service. In fact she is our family friend. Jadi dia dah kira macam mak sedara aku lah.

Aku bukan orang dari medical background. Maaf kalau ada term yang salah. Dan info yang tak lengkap.

Dia inform aku, sekarang ni ada trend. Trend percaya google. Percaya FB dan penjual supplement.

1. Virgin Coconut Oil (VCO) mudahkan bersalin

Sebelum aku cuba VCO untuk ‘mudahkan’ proses bersalin aku, aku consult Dr ni. Aku gelar dia Dr J.

First thing dia cakap kat aku adalah. NO! Ada patient dia yang ambil VCO dari usia kandungan 7 bulan. Dapat komplikasi. Tumpah darah. Sampai kena buang rahim. Itu kes paling teruk. Ada juga cases lain iaitu kes tumpah darah. Details kenapa VCO sebabkan ni aku tak pasti.

Dr tu tanya aku kenapa aku nak ambil. Aku just cakap testimoni orang dan dah ada few kawan yang ambil kata memang mudah bersalin. Jadi dia tanya aku lg. How much is the dosage? How do know of it is too much or not? Siapa yg sesuai? Siapa yang tak?

Aku terdiam. Secara halus dia cakap. Pengambilan VCO ni tak ada ujian klinikal. Ambil atas dasar testimoni dan pesanan dari orang yang takde medical background pun. Tambahan seller tu suruh aku beli dua botol 50ml dan suruh start minum dari bulan ke 7. Kalau sukat dalam 2 sudu besar sehari.

Bila aku inform seller tu Dr J tak bagi amik. Dia macam cakap Dr J karut. Ramai je yang dah ambil. OK je. Sihat je. Senang beranak. Blablabla. Aku malas nak panjang cerita. Jadi aku cuma cakap kat dia aku akan follow Dr J. Kalau aku punya heart beat stop nanti Dr J yang akan berjoget CPR aku kat labor room. Bukan dia. Dengan izin Allah kalau aku survive, Dr J yang cuba selamatkan aku. Bukan dia.

Dia senyap dan stop push aku untuk beli.

Mesti ada yang cakap, aku dah ambil VCO ok je. Mungkin yg mana ambil dan tak ada komplikasi tu memang sesuai ambil. Kalau takde ujian klinikal macam mana nak tau siapa sesuai, siapa tak? Tak kan kita nak main tikam ekor dan lihat siapa yang kena?

2. Gentle Birth

Gentle birth adalah beranak tanpa apa-apa intervensi perubatan. Ala-ala macam zaman bidan dulu-dulu.

Pain management tanpa ubatan. Posisi beranak yg selesa. Dan macam-macam lagi. Tapi yg pasti au natural. Dan mereka kebanyakannya anti vaksin. Lepas anak dilahirkan, vaksin injection macam BCG dan Hep B tak akan diambil. Begitu juga vit K injection. Dan mereka tak mau CTG semua tu.

Aku, mak aku dan Dr J pernah kopi2 lepas check up. Dr J trauma nak ambil patient gentle birth. Diorang guna term GB. Bila patient tu nyatakan hasrat untuk buat GB, Dr J akan tolak dengan cara terhormat. Sebelum tu dia pernah ambil juga. Tapi satu kes buat dia terus tolak. Kita gelar kes ni kes patient B.

Patient B ni nak beranak anak first. Sejak admit dia langsung tak bagi Dr J untuk check berapa bukaan. Ikut etika, Dr tak boleh buat apa2 yang patient tak benarkan. Tahu2 patient B dah nak terberanak sangat-sangat dan ditolak masuk labor room.

Masuk labor room dia tak nak baring. Dia nak menonggeng. Dr J ikut kan je. Sebab fikirkan itu posisi yg dia selesa. Dr J pernah je sambut baby dalam keadaan mak berdiri. Tapi Dr J mula marah bila dia taknak push bila disuruh. Dia macam nak push bila dia nak push. Ikut guts feeling dia.

Bila anak dia keluar, anak patient B longlai. Worst fear Dr J, yang baby dia dah brain damaged. Baby dia langsung tak menangis. FYI to GB believers bila anak tak menangis tu maknanya baby tu calm. Tapi untuk Dr tu benda paling menakutkan. Baby patient B diberi pada Dr Kanak2 untuk resus. Patient B sibuk minta anak dia untuk skin to skin dengan baby dia.

Masa ni Dr J dah hilang sabar dan terus marah patient B.

“Skin to skin apa?! For God sake we are trying to save this baby’s life!”

Dia dengan husband dia terkedu. Baby tu dihantar ke HKL dengan ventilator sebab hospital Dr J takde capacity untuk handle.

Seminggu lepas tu patient B datang semula untuk follow up dengan Dr J. Dr J tanya la khabar baby. Dengan muka kosong, dia cakap dia baru kebumi masa hari ke 6. Dr J marah geram sedih. Dia cuma boleh lafaz takziah dan Innalillah. Nak maki patient B pun, benda dah jadi.

Dr J cakap yg buat dia paling trauma adalah muka patient B. Macam tak ada penyesalan langsung. Memang baby tu meninggal sebab ajal. Bayangkan orang yg bawa kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian, boleh ke kau cakap pada hakim di mahkamah itu ajal orang yang mati tu walaupun memang jelas kau yang cuai.

Sejak tu, dia tolak patient GB. Nak GB tolong tukar Dr.

BTW, hospital Dr J ni takde lah paksa ambil ubat tahan sakit dan csect orang sesuka hati. Macam kes aku sendiri, walaupun baby agak besar dia galakkan aku untuk cuba normal. Tak pernah sekali pun dia sebut ambil epidural lah apa lah.

Dia dan kawan2 dia sendiri ada buat hypnobirthing dan kelas ante natal. Mereka semua Dr pakar. Tapi kita ni, nak juga percaya yang entah siapa-siapa bagi talk dan nasihat.

3. Ibu muda hantu FB

Ibu muda hantu FB ni ada beberapa jenis. Jenis yang nak live masa check up. Jadi bila dia sibuk nak live, apa Dr cakap tak mahu dengar betul2.

Ada juga yang melawan Dr sebab dengar apa yang dia baca di FB. People shared it on FB! It must be true! Right?!

Ada juga jenis yang nak bawa videographer dan photographer ke labor room. Itu lagilah buat Dr J meluat. Nak buat kenduri pula dalam ni. Merimaskan kerja dia.

Dan macam2 lagi.

Kepada semua bakal mak, jadilah mak yang bertanggungjawab. Jangan lah ikut nafsu kita. Dengarlah nasihat pakar. Tak salah nak natural, tapi berpada lah.

Bakal bapak, ye bini kamu yang beranak tapi kamu selaku suami pun jangan lah nak ikut sangat apa yang isteri kamu nak buat kalau kamu sendiri tahu ia memudaratkan –MamaMuda | Malaysiaviralstory

Thanks.

Selepas Dia Tahu Saya Curang, Suami Jadi Pendiam & Banyak Termenung

Saya ingin berkongsi cerita sebagai pengajaran buat semua pembaca agar dapat memberi komen yang membantu saya.

Saya berkahwin dengan suami sudah 9 tahun, sejak 2008. Saya berkahwin atas pilihan keluarga tetapi kami sempat bercinta.

Suami saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Tetapi setelah berkahwin, saya tidak dapat menerima suami saya. Saya kurang melayan dia termasuklah nafkah batinnya. Tetapi mujurlah suami saya seorang yang penyabar. Dia tetap bersabar dan setia dengan saya.

Kami dikurniakan dua orang anak. Saya bahagia bersama suami tetapi perasaan cinta terhadapnya tidak wujud.

Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang penyabar, rajin, penyayang dan boleh dikatakan cukup sempurna bagi seorang suami. Termasuklah kerja rumah, memasak, menjaga anak semua dia yang uruskan.

Pada tahun 2016, tuhan telah menguji saya di mana saya telah berlaku curang kepada suami. Saya bercinta dengan kawan sekolah saya tanpa pengetahuan suami. Kami bercinta hampir empat bulan dan saya betul-betul cintakan kekasih saya sehingga terfikir untuk bercerai dengan suami. Saya juga sanggup menipu suami kerana ingin keluar bersama kekasih.

Tetapi tuhan itu Maha Adil. Akhirnya suami ternampak saya dan kekasih berdua-duaan dalam kereta.

Suami tidak melenting, tetapi dia hanya memberikan saya pilihan sama ada mahu memilih untuk terus bersama dia atau kekasih. Tetapi jika saya memilih untuk bersama kekasih, suami mahu hak penjagaan anak-anak diberikan kepadannya. Saya tidak sanggup berpisah dengan anak-anak.

Sementara kami berbincang mengenai halatuju hubungan kami, suami setiap hari menangis kerana tidak dapat menerima perbuatan saya yang mana dia sangat mempercayai saya sebelum ini. Sehingga suami dimasukkan ke hospital kerana tidak makan. Suami dimasukkan air kerana badannya lemah, kurang makan.

Saya sedih dan menyesal dengan perbuatan saya. Selama kami berkahwin, suami sentiasa buat kejutan untuk saya setiap hari yang bermakna baginya. Boleh dikatakan suami sentiasa cuba membahagiakan saya.

Akhirnya saya memilih suami kerana dia dapat membahagiakan saya. Masalahnya sekarang, suami saya tidak lagi seperti dulu. Dari seorang periang, selalu bergurau dengan saya, kini menjadi pendiam dan banyak termenung. Dia yang dulunya aktif bersukan, kini lebih suka berdiam dan termenung. Mungkin sukar baginya untuk menerima semua ini.

Tolong bagi saya nasihat macam mana saya buat suami saya kembali menjadi seorang yang periang, yang suka buat lawak untuk saya? Saya rindukan suami saya yang dulu. – Kisah Rumah Tangga | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • aku curang
  • tunang curang
  • aku isteri curang dengan kawan suami
  • bini curang
  • bini curang tahun 2017
  • isteri curang
  • tunang aku curang

Sebab Wanita Harus Berkahwin Sebelum Usia 35 Tahun

Single memang menyeronokkan, dapat menikmati hidup tanpa bebanan.

Namun, sesungguhnya bagi wanita sebaiknya berkahwin sebelum usia menginjak angka 35 tahun. Mengapa demikian? Berikut alasannya.

Fikiran yang tenang

Fikiran seorang wanita sesungguhnya terdapat banyak kebimbangan, obsesi, gagasan, kebimbangan dan refleksi, terutama ketika rasa tidak bahagia dan tidak puas. Satu-satunya perkara yang dapat menghentikan ini adalah perkahwinan yang bahagia.

Motivasi

Ya, berkahwin boleh dijadikan motivasi untuk menjadi wanita yang lebih baik. Dengan melahirkan anak dan membina keluarga itu bererti telah menjadikan seorang wanita yang mewujudkan generasi baru di masa depan. Selain itu dengan menikah, wanita boleh memiliki motivasi yang selalu ada di sampingnya, iaitu si suami.

Perkembangan peribadi

Perkembangan peribadi terlebih secara emosional tidak mungkin terjadi tanpa keluarga. Suami melakonkan peranan yang besar dalam kehidupan isterinya. Tanpa disedari, jika ingin menjadi diri yang lebih baik, lihatlah suami. Dia adalah refleksi daripada emosi, perasaan, tabiat, tingkah laku dan ciri-ciri peribadi. Demikian dilansir Amerikanki | Malaysiaviralstory

Korang nak sangat jadi bridesmaid kan? Nah, buat semua kerja ini

BEHIND THE SCENE: BRIDESMAID
Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih sebab up cerita aku. Aku di sini mewakili salah seorang bridesmaid nak mencelikkan minda netizen tentang behind the scene as a bridesmaid. So lets the story begini.

Sebagai seorang member, bila member baik kau kahwin, mesti kau takkan terlepas daripada menjadi senarai sebagai bridesmaid dia. Begitulah yang aku alami. Bila aku mendapat berita yang kawan baik sendiri nak kahwin, mestilah aku teruja.

Mostly orang cakap, bila pengantin adakan bridesmaid ini mesti ada bajet untuk buat baju bridesmaid. Hell no to us because kawan aku cakap, “Boleh tak kita buat collection as you become my bridesmaid?”. Dan aku sebagai kawan takkan nak menolak pula? Jadi dengan rela hatinya aku bersetuju sajalah sebab dah hari bahagia kawan aku, kan? Bermulakan investment on the fabric and tailoring so on dengan duit sendirian berhad.

Part kedua bermula bila aku ambil cuti daripada kerja memandangkan kenduri kawan aku pada hujung minggu sebab perjalanan ke tempat kenduri jauh. Tapi boss tak bagi cuti, jadi aku guna cuti hujung minggu sajalah.

Dia kenduri di utara, aku bekerja di selatan. Makan masa dalam separuh hari nak ke sana. Nak naik kapal terbang agak mahal sebab tak cukup bajet. Jadi setibanya di sana dengan bridesmaid yang lain (ada dari timur dan etc memandangkan ktiorang dah habis belajar dan bawa haluan masing-masing), si pengantin in pun jemput kitorang di stesen bas.

Sampai saja di rumahnya, kami disambut dengan,

“Korang nak sangat jadi bridesmaid kan? Nah, gantung langsir ini kejap,”

Aku punya respon okay saja tetapi dalam hati agak terasa sakit juga. Sekurang-kurangnya tanyalah “how was your day” ke apa. Jadinya, sampai-sampai saja, kitorang letak barang tana rehat, terus buatlah kerja rumah.

Pasang langsir, buat pelamin pun kitorang juga memandangkan keluarga si pengantin ini agak Islamic. Ayah dia tak bagi sangat ada pelamin bagai. Tetapi dah kawan aku yang nak juga untuk bergambar. Kitorang pun dengan rela hati merealisasikan impian kawan kitorang. Set up satu mini pelamin memandangkan salah seorang daripada geng kitorang adalah event planner.

Habis yang itu, ada lagi tugas yang lain. Kitorang kena siapkan door gift 2,000 pax memandangkan adik beradik dan sepupu sepapat datang tunjuk muka waktu malam kenduri saja. Memang directly banyak gila kerja yang diberi dan penat gila-gila. Dengan tak mandinya, korang boleh bayangkanlah macam mana.

Sesi malam punya cerita, ada majlis berinai kecil-kecilan. Part ini kitorang jadi dayang-dayang pula menghidang makanan pada sepupu-sepapat kaum kerabat keluarga si pengantin. Salah seorang kawan aku dah mula hangin sebab rasa dilayan seperti kuli tapi suruh dia relaks sajalah sebab kena hadap dalam sehari saja.

Malam itu dalam jam 2 pagi juga kitorang dapat kendiri.

Keesokkan harinya terpaksa bangun jam 5 pagi sebab nak bersiap-siap bawa pengantin make up jam 7 pagi. Sudahlah tempat make up dalam 30 kilometer. Aku pun tak faham kenapa kawan aku si pengantin ini pergi cari punyalah jauh. Akad nikah jam 10 pagi, akulah jadi driver memandangkan skill driving aku tahap Fast & Furious. Haha!

Pastu sebab jauh gila tempat make up masa lari sikit, aku terpaksa hantar pengantin dulu. Selepas itu balik rumah pick up hantaran di rumah. Alhamdulillah, sekali lafaz kawan aku dah jadi isteri orang.

Jam 12 tengah hari kenduri pun bermula. Masa itu aku jadi runner untuk bawa si pengantin make up sekali lagi di butik yang sama.

Aku sebenarnya hairan juga kenapa dia tak panggil MUA datang make up di rumah saja? Tetapi aku malaslah nak argue apa-apa, dah orang punya hari bahagia kan?

Bermula saja kenduri, kitorang jaga pintu masuk bagi doorgift bersama ibu bapa si pengantin. Dengan berpeluh yang melekit dan tak selesa, di hujung-hujung ambang baru ada scene ambil gambar sambil bajet-bajet selfie. Itu pun berlangsung tak lama sebab saudara mara si pengantin asyik panggil kitorang untuk buat kerja.

Kadang-kadang aku rasa out of scope pun ada bila kitorang kena tolong refill air basuh tangan. Hahaha! Aku anggap itu sebagai ehsan tolong pihak katering sajalah.

Sesi petang ada outdoor photoshoot. Guess what? Kitorang tak terlibat pun dengan photoshoot session. Nak tahu kenapa? Sebab sebenarnya kitorang baru tahu yang si pengantin sebenarnya ada bridesmaid lain dalam tujuh orang, iaitu housemates baru dia. Masa itu kitorang rasa macam telah dipergunakan. Agak sakit hati tetapi biarkan saja.

Jadi si pengantin pergi photoshoot, kitorang di rumah dia kemas rumah dan not to mention kitorang yang cuci periuk.

After that, malam aku punya tiket bas, si pengantin dan suami hantar aku ke terminal bas dan aku pun rasa nightmare aku dah lepas. Masa balik, no word from any of her family or herself “Thank you for helping me out”.

Keesokannya, aku pergi kerja seperti biasa tanpa rehat. Disebabkan peristiwa ini juga, aku malas buat bridesmaid masa wedding aku sebab aku nak meraikan kawan-kawan, bukannya jadikan mereka sebagai kuli batak- IIUMC | Malaysiaviralstory

Wanita Ini Terangkan Kalau Menetap Rumah Mertua Selepas Kahwin Umpama Hulur Tengkuk Untuk Dipenggal

Masa BF ajak kahwin then cakap nak tinggal dulu di rumah parents sementara nak kumpul duit menyewa itu, yang setuju dah kenapa?

Sedangkan bukan tak tahu Islam sangatlah menegaskan bila sudah berkahwin, berpisahlah bumbung daripada keluarga. Korang rasa kenapa?

Wanita-wanita, kalau BF ajak duduk rumah parents mereka selepas kahwin. sama macam korang hulur tengkuk korang untuk dipenggal. Faham tak?

Mula-mula okey, lama-lama keruh. Patutlah sebelum jadi keruh itulah bawa diri cepat keluar dari rumah itu.

Selepas berkawan dengan BF aku, setahun kemudian dia ajak kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah nak duduk di mana selepas berkahwin?

Aku tak ada nak bersweet-sweet plan anak berapa orang, nama anak apa, yada-yada-yada. Dok cerita-cerita berangan buat apa? Face the reality.

Untuk membina keluar baru, perkara asas tentunya sebuah rumah untuk tinggal dan bina bersama. Bukan nak suruh mata duitan kena beli rumah dulu ke apa, menyewa dulu pun okey.

Tak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekalipun.

Nak bina keluarga, keluar dari rumah family. Aku sangat bertegas dalam hal ini sebab adik beradik aku ramai. Aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan.

Mak aku memang bertegas kalau anak-anak dah kahwin, sila pindah keluar untuk adik-adik yang lain dapat bilik sendiri.

Aku faham maksud mak. bukan dia nak menghalau tetapi dia nak kita suami isteri ini ada tanggungjawab. Jadi, dua bulan sebelum majlis kahwin, suami aku dah bayar deposit rumah sewa siap-siap.

Pindahkan sikit-sikit barang aku dari rumah keluarga, cuma tinggalkan sikit-sikit saja pakaian yang nak dipakai.

Ada juga masa beraya di rumah bakal mentua. Bapa dia cakap dengan aku, tak payah membazir menyewa, duduk saja di rumah dia sebab ada banyak bilik kosong, kononnyalah.

Memanglah banyak bilik kosng sebab abang dan kakak dia sudah berkahwin dan tinggal di negeri yang berbeza. Dua lagi adik dia di asrama. Yang tinggal di rumah itu cuma adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum saja tetapi dengan suami aku cakap terus terang yang aku tak nak. Sebab apa? Nanti bila time cuti sekolah ke, dah sah-sahlah rumah itu penuh dengan yang dah kahwin itu pun balik jenguk mak dia. Habis kau rasa kau boleh selesa ke?

Terus terang kalau kena menetap rumah mentua selepas kahwin, baik tak payah kahwin dulu! Baik duduk rumah mak bapak aku saja, lagi selesa. Tolong jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri.

Suami aku pun, gaji pokok hanya tiga angka masa nak kahwin. Maka selepas bertunang, kami tak selalu keluar. Tiga bulan sekali baru jumpa. Dia pulun overtime (OT) banyak-banyak sebab tahu nak ambil anak orang. Pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tak demand rumah itu mesti tersedia semua.

Awal kahwin mesin basuh pun tak ada. Menyentallah aku basuh pakaian menggunakan tangan. Tapi tak apa, asalkan bukan serumah dengan mentua.

Jangan salah faham ye, bukan aku tak suka dengan ibu mentua. Aku rapat dengan mereka dan ipar-ipar semua dan sebab nak menjaga hubungan rapat itulah aku tak nak duduk sebumbung.

Lagipun cara kita dibesarkan memang tidak sama. Dah kalau kau membesar seperti angsa yang cantik serba serbi bersih sempurna, kemudian kau masuk dalam keluarga yang macam ayam jenis berak merata, nak tak nak kau kenalah jadi ayam sama!

Kalau setakat hidup berdua pun tak mampu nak sediakan rumah, nanti anak dah tiga pun belum tentu ada rumah. Maka malam-malam dok berhimpitlah kau lima beranak dalam bilik sama.

Di situlah baju kau, baju anak-anak kau, tak rimas ke? Kalau rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam okeylah, tingkat rumah lagi banyak dari jumlah anak.

Ini tidak, dah tahu jumlah bilik pun tak sebanyak jumlah anak-anak yang ada, kau pula ada hati nak menyempit lagi dalam rumah itu? Itu bukan kata susah senang sama tetapi cari penyakit.

Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang hidup derita di rumah mentua. Sebab bagi aku, kau yang pilih jalan itu pada awalnya, jadi kenapa nak mengeluh?

Tuk apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah awak dan suami awak yang bimbang untuk bina keluarga dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya.

Konon duduk rumah family sementara tetapi sampai bila? Tunggu apa? Tunggu hujan emas dari langit ke? Last-last kau mereput di rumah itu meratapi nasib sedangkan kau yang menempah maut.

Aku ada kawan yang nasibnya begitu Orang jauh pantai timur, BF orang Selangor. Puas aku nasihat tetapi nak kahwin juga, kemudian tinggal dengan mentua.

Sekarang? Dah lima tahun mereka berkahwin, kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati, makan tengah hari jangan cakaplah. Hari-hari bawa bekal.

Kadang-kadang nasi kosong dengan telur goreng saja. Kadang-kadang sayur kubis semata-mata. Dari raut wajah pun boleh tahulah yang dia tidak gembira sebab zaman anak dara menyewa dengan kawan-kawan lagi gembira aku tengok.

Paling aku kasihan kita ni ada mak. Kadang-kadang mak teringin nak berjalan menjenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang rumah anak tetapi ke rumah besan. Tak ke kasihan?

Sekian confession berserta nasihat daripada akak yang sudah 11 tahun berumahtangga. Alhamdulillah bahagia dan sudah berjaya membeli rumah sendiri. – IIUMC | Malaysiaviralstory

Recent search terms:

  • satu bumbung dgn mertua
Go to Top

Send this to friend