in

Cara Daftar Haji Guna KWSP Tanpa Sebarang Deposit 2018

Daftar Haji Guna KWSP, Jika anda menggunakan kaedah biasa, and perlu mempunyai simpana minimum sebanyak RM1300 dalam Tabung Haji sebelum boleh mendaftar haji.

Namun, jika anda seorang pencarum KWSP, anda boleh mendaftar haji tanpa deposit RM1300 dalam akaun Tabung Haji. Kemudahan ini dikenali sebagai Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

Syarat-syarat Mendaftar Haji Guna KWSP Syarat-syarat kelayakan bagi pemilik akaun Tabung Haji yang juga ahli KWSP membuat Pendaftaran Haji Ahli KWSP adalah seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  • Beragama Islam
  • Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300
  • Belum mencapai umur 55 tahun

Cara Mendaftar Haji Guna KWSP

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar haji di bawah kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP:

  1. Hadir sendiri di mana-mana kaunter TH, Bank Islam atau Bank Rakyat.
  2. Kemukakan MyKad dan Penyata KWSP yang terkini.
  3. Cakap nak buat pendaftaran haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP kerana RM1300 tidak ditolak daripada 1 akaun KWSP.

–>Semakan Tunggakan Baki PTPTN 2018 Online

–>Cara Bayar PTPTN Melalui CIMBCLICKS 2018

Jika anda telah berdaftar mengikuti cara biasa, anda boleh menukar kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa mengubah tarikh haji yang diberikan sebelum ini.

Pengeluaran KWSP Untuk Tunaikan Haji Kepada bakal haji yang masih belum mencukupi simpanan akaun Tabung Haji, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP tidak lebih daripada maksima RM3000 demi menampung perbelanjaan asas pengerjaan Haji jika menepati syarat-syaratnya.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang #Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *