Gambar Majlis Perkahwinan Faye Kusairi & Pengarah Azmi Hatta

Sebelum ini ada gosip mengatakan hubungan cinta antara faye kusairi dengan seorang pengarah, namun gosip tersebut hanya sekadar gosip sahaja.

Namun beberapa jam lalu, gosip tentang faye akan berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta tidak disangkal lagi Bagi menyokong lagi desas desus tersebut adalah apabila kelab penyokong Faye sendiri telah berkongsi beberapa gambar dipercayai berkaitan dengan majlis nikah pelakon terbabit.

Tindakan Faye yang berdiam diri dan bernikah secara senyap-senyap bersama duda Elly Mazlein itu membuatkan ramai peminat terkejut dan ada yang membuat pelbagai spekulasi mengenainya tanpa usul periksa.

Walaubagaimanapun setakat ini Faye masih belum memberikan sebarang komen mengenai majlis perkahwinannya yang dilangsungkan secara rahsia itu.

Pada minggu lalu tercetusnya gosip ini apabila Faye dikatakan telah mengedarkan kah perkahwinannya bersama Azmi namun beliau menafikan keras dakwaan tersebut dan menjelaskan kad itu kepunyaan saudaranya.

Apa yang pasti berita perkahwinan diantara Faye dan Azmi pasti mendapat respon yang berbeza dari peminat, tengok sahaja akaun Instagram Faye.

Bagi admin apa yang baik boleh lah dilaksanakan secepat mungkin, Tahniah buat Faye dan Azmi, semoga perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat.

Gambar Perkahwinan/Pernikahan Faye Kusairi

Gambar Kredit : iG @fayekusairiloverklub

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*