Grab, Uber, Dan Teksi : Kajian Ini Mendedahkan Tambang Mana Termurah

Suatu ketika dulu, ramai antara kita yang terpaksa beratur panjang dan tunggu lama semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Terima kasih atas perkembangan teknologi serta kewujudan telefon pintar, segalanya kini berada di hujung jari anda untuk pergi ke mana sahaja. Seperti negara lain, Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan aplikasi pengangkutan Grab dan Uber.

walaubagaimanapun, para pemandu teksi membantah kewujudan Grab dan Uber yang dikatakan menutup periuk nasi mereka. Benarkah? Hakikatnya, semakin ramai pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi pengangkutan berbanding teksi kerana tambangnya yang lebih murah berserta promosi diskaun yang giat diadakan.

Oleh itu, industri aplikasi pengangkutan ini dijangkakan berkembang pantas dalam beberapa tahun yang akan datang. Sebagai pengguna, sudah tentu anda mahukan servis pengangkutan yang bukan sahaja selesa tetapi menawarkan harga yang berpatutan.

Suatu kajian baru-baru ini telah dijalankan oleh laman web iPrice yang melibatkan negara-negara utama Asia Tenggara bagi mendedahkan servis pengangkutan mana satu menawarkan harga paling murah.

Kajian tersebut dilakukan kepada dua syarikat gergasi aplikasi pengangkutan, Grab dan Uber, serta teksi tempatan berdasarkan pelbagai komponen dan bentuk harga.

Berdasarkan hasil dari kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa:

  • Servis aplikasi pengangkutan adalah lebih murah berbanding teksi di kesemua enam negara terlibat.
  • Uber menawarkan tambang paling murah untuk jarak perjalanan yang jauh (20km)
  • Grab pula sedikit murah untuk jarak perjalanan yang lebih dekat (5km).
  • Ketika waktu biasa di pusat bandar dengan purata masa 16 minit perjalanan bagi jarak 5km, tambang dikenakan untuk Grab ialah sebanyak RM8 dan RM8.40 untuk Uber.
  • Manakala caj bagi teksi biasa pula ialah RM10.20 bagi perjalanan yang sama.
  • Uber lebih menjimatkan jika destinasi yang ingin ditujui anda jauh. Bagi perjalanan 20km, penumpang Uber dikenakan kos sebanyak RM22.70, manakala Grab sebanyak RM28.90 dan RM27.10 untuk teksi biasa.
  • NDi negara-negara lain, hanya satu aplikasi pengangkutan yang menawarkan kadar harga yang lebih unggul berbanding pesaing.
  • Contohnya Indonesia, Thailand dan Vietnam, Uber paling murah untuk perjalanan yang dekat dan jauh. Sementara itu
  • Grab dilihat sebagai pilihan yang lebih murah untuk jarak yang dekat atau jauh di negara Singapura dan FIlipina. 

Kami tidak merperkecilak perkhidmatan teksi, kami hanya berkongsi maklumat sahaja berkaitan perbandingan tambang antara ketiga-tiga perkhidmatan tesebut, walaubagaimanapun setiap darinya ada kelebihan masing-masing.-

Rujukan : rojakdaily.com | Malaysiaviralstory

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Grab, Uber, Dan Teksi : Kajian Ini Mendedahkan Tambang Mana Termurah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend