Hilangkan Ketagihan Kafein Atau Terlebih Minum Kopi

Zaman kini, ramai orang yang gemar meminum kopi terutamanya golongan muda-mudi. Kafein di dalam kopi membantu menyegarkan otak mereka untuk melakukan aktiviti harian.

Namun kafein boleh menyebabkan ketagihan dan ia boleh memberi kesan sampingan seperti sakit kepala, kegelisahan dan kesukaran tidur. Tidak salah untuk meminum kopi tetapi pastikan ia tidak melebihi 300 miligram atau 2-3 cawan kopi. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan “caffeine withdrawal”.

Ia terjadi jika kadar kafein lebih rendah daripada yang biasa diambil setiap hari. Simptom yang kerap berlaku apabila seseorang mengalami “caffeine withdrawal” ialah sakit kepala. Namun terdapat juga simptom lain yang boleh berlaku seperti :

  • Letih
  • Kegelisahan
  • Cepat Marah
  • Murung
  • Sukar memberi tumpuan
  • Mengantuk
  • Simptom seakan-akan flu beserta sakit otot

Untuk menangani “caffeine withdrawal” anda boleh mengambil beberapa langkah terhadap masalah tersebut.

  • Kurangkan pengambilan kafein harian; jika anda selalu meminum 4 cawan sehari, minum sebanyak 3, kemudian 2 dan seterusnya.
  • Kurangkan kadar kafein dalam air anda secara beransur-ansur
  • Gantikan hair berkarbonat dengan teh herba
  • Lebihkan tidur untuk kurangkan rasa letih dan mengantuk
  • Berlari pada waktu awal pagi untuk menaikkan tenaga anda secara semula jadi

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Hilangkan Ketagihan Kafein Atau Terlebih Minum Kopi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend