≡ Menu

Hilangkan Masalah Mata Selalu Merah

Seseorang yang kerap mengalami masalah mata merah tanpa sebab seperti menggosok mata atau suatu objek yang memasuki mata disarankan melawat hospital atau klinik berdekatan.

Ini adalah untuk mendapatkan nasihat dan kepastian daripada doktor. Namun, selalunya apabila mata merah ia bukannya perkara yang serious.

Ia mungkin berpunca daripada menghadap skrin komputer secara berterusan. Perkara ini tidak terbatas pada komputer sahaja, malah aktiviti seperti membaca juga boleh menyebabkan mata merah. Ini menandakan mata anda mengalami keletihan dan anda disarankan berehat.

Antara kaedah rehat yang terbaik adalah memejam mata selama 2-3 minit atau melakukan aktiviti lain yang tidak membebankan mata.

Sebaik-baiknya juga dielakkan mengenakan sebarang ubat titis melainkan setelah mendapat rujukan pakar.

Pelbagai jenis ubat yang ada di pasaran berkemungkinan adalah ubat palsu dan ubat ciplak. Jadi sebaik-baiknya dapatkan rujukan ahli farmasi sebelum membeli sebarang ubat titis untuk mata dan beli ubat di farmasi atau kedai ubat yang berlesen.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend