Hilangkan Rasa Kebas Kaki

Jika anda melakukan carian tentang anggota tubuh badan yang kerap ‘kebas-kebas’ seperti kaki, ia akan mengeluarkan keputusan carian yang dikaitkan dengan masalah saraf. Ada juga yang mengaitkan ia dengan petanda kepada kemungkinan berlakunya strok!

Walaupun begitu, sebelum anda memutuskan anda mengalami mana-mana masalah kesihatan yang dinyatakan, anda perlu faham bahawa ‘kebas’ itu cuma sebahagian daripada simptom-simptom lain. Tak semestinya ianya sakit saraf tapi eloklah menyediakan payung sebelum hujan.

Selalunya, masalah kaki kebas ini selalunya berpunca daripada tekanan di urat saraf. Antara sebabnya termasuklah akibat terlalu lama duduk ataupun berdiri dalam posisi yang sama, mungkin ada kecederaan dalam pada urat saraf akibat bersukan atau aktiviti lasak, tekanan pada urat-urat saraf di saraf tunjang (herniated disc), tekanan di urat saraf periphery akibat masalah ketumbuhan, jangkitan, salur darah tersumbat yang menyebabkan pengaliran darah terjejas, kurang zat kalsium dalam badan, tubuh kekurangan vitamin B12 ataupun sebab amalan ubat-ubat tertentu.

Cuba teliti kembali setiap punca atau faktor penyebab yang disebutkan dan tengok jika ada yang berkenaan.

Sekiranya anda masih berasa kebas dan tak dapat mengenalpasti apa penyebabnya, anda disarankan mendapat pemeriksaan doktor dan sebaik-baiknya rujuk dengan pakar saraf atau doktor tulang untuk nasihat dan rawatan lanjut.

Dalam kes kebas kaki yang kekadang ada berlaku, sepertimana yang anda ceritakan yakni akibat duduk lama atas kerusi atau lantai dan kemudiannya menghadapi sedikit kesulitan untuk bangun, ini adalah perkara biasa yang berlaku disebabkan urat saraf ke bahagian kaki mungkin ditekan hingga menganggu kelancaran darah tanpa kita sedari.

Kebas sebegini biasanya tak berlarutan dan akan hilang dalam masa beberapa minit.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*