,

Hina Ke Bawa Motor Pergi Kerja?

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Salam admin. terima kasih sudi terima confession aku ni. Ape yg aku nak luahkan ni dh lama aku pendam. Cuma mencari tempat utk aku meluahkan n bg masyarakat sedar n jgan pandang rendah pd org lain.

Kisah dy mcmni, aku ni seorang wanita. Umur n nama biarlah rahsia. Aku brkerja sbg account n sales coordinator officer di sebuah syarikat swasta n aku g kerja naik motor.

Sepanjang aku bkerja, aku jenis malas nk ambik port pasal org lain yg g kerja naik apa, kereta apa, motor apa. Lantakla. Hak masing2. Tapi, ade la seorang perempuan ni at office aku, aku tk tahu la ape masalah dia. Cuma aku nk tnya korangla, hina sangat ke seorang perempuan g kerja naik motor? Aku bukan tk mampu beli kereta, aku mampu. Cuma aku byk tanggungan. Mak ayah, adik2 aku. N selagi ade motor, aku pakai jela. Asalkan aku dapat bergerak. Perempuan office aku tu, selalu tanya ‘eh kenapa u tknak beli kereta? Eh u naik motor ke harini(time tu hujan pagi)? Ayat sinis tahu tak. Dia kalau blh, hari2 nk tanya aku naik apa g kerja. Pastu cara ckp mcm sindir2. Wehhh, kau pun pakai kereta laki kau, kau nk berlagak. Sampai boss aku pernah tanya, tanya dgn elok la. ‘U belum ada kereta kn?’ Pastu aku tk sempat jawab, perempuan tu yg jawab sambil gelak sinis. ‘Boss, dia mana ada keretalaa. Dia naik motor je’. boss aku diam je.

Aku rasa mcm nak nangis time tu. Hina sangat ke aku naik motor? Aku bukan minah rempit, aku naik motor sebab g kerja n sebab aku tkde kenderaan lain. Aku bkn tk mampu beli kereta, aku dh mampu tapi aku lebih pentingkn parents n adik2 aku. Aku sedih sgt org buat aku mcmni. Dulu, masa aku praktikal at Nilai pun sama kena mcmni.

Time aku praktikal tahun lepas, ade sorang berpangkat General Manager n dia lelaki melayu. Sama bangsa dengan aku. Ye aku tahu gaji dia besar, hidup mewah. Kereta besar. Rumah besar. Dia tanya aku, datang kerja naik apa. Aku jawab la dgn jujur aku cakap naik motor. Korang tahu apa reaksi dia? Dia gelakkan aku. Dia siap cakap, anak I sebaya U dah ada kereta sendiri dh n masih belajar lgi. Dia cakap aku bawa motor kapcai. Padahal motor aku lawa kot cuma tkde bumbung.

Aku dh menggigil time tu rasa mcm nk marah sngat2. Anak ko lain, aku lain. Anak ko tk penah hidup susah, lahir2 terus jd kaya sebab ko gaji besar. Aku dari family yg sederhana pernah merasa susah. Atleast aku berdikari bukan mengemis at org. Lepas 3bulan, aku habis praktikal, tempat tu call aku suruh masuk kerja sana sebab prestasi kerja praktikal aku bagus. Aku ckp aku tknk n dh dapat kerja lain. Padahal aku benci benci n benci org tua tu yg perlekehkan aku. Korang offer gaji besar pun aku takkan nak kerja situ lg.

Sampai sekarang aku tkleh lupa apa dia cakap at aku. Wlapun dh nak setahun, tapi benda tu masih segar dlm ingatan aku. Aku ada prasaan jugak. Memangla kau org atasan aku, tapi bukan alasan nya kau boss kau blh hina aku.

Aku cuma nak peringatkanlah, janganla menghinakan sgt org yg naik motor ni. Mmg kami naik motor, tapi kami tk menyusahkan sesiapa pun. Itu harta kami. Macam kamu, harta kamu kereta. Harta kami motor. Pleaselah, jaga hati org lain. Jangan ingat yg naik motor ni semua mat/minah rempit.
Jangan cakap ikut sedap mulut je. Jangan sampai aku beli kereta nt, aku tunjuk2 at depan perempuan tu n GM berlagak tu. suka merendah2kan org.
Ehh Naik motor best apa. Dapat angin kuat, lepas angin pun org tk dengar. Hahahaha

Itu jela luahan hati aku. Maaf kalau cerita tk menarik n maaf jugak kalau ada yg terasa dgn ayat2 aku n maaf kalau ade ayat yg kasar.

Terima kasih admin n semua.
Salam,
Miss K

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *