in

Homestay Di Ipoh Suasana Sungai Kinta (Kinta River)

Homestay Ipoh Kinta River, Baru-baru ini kami team mvs berkunjung ke negeri Perak atas urusan kerja, disebabkan urusan kerja kami sekitar Ipoh, Perak kami menempah dua homestay sekitar ipoh sebagai tempat penginapan kami sepanjang 2 hari kami berada disini.

Atas kesempatan itu kami nak “review” secara rinkas tentang tempat penginapan kami yang agak menarik ni.

Apa yang menarik mengenai tempat penginapan kami adalah, ianya berhadapan dengan sungai kinta (kinta river), nak hilang stress malam-malam boleh je turun lepak berhampiran sungai tersebut diseleputi lampu neon bagaikan berada di ICT shah alam huhu.

Homestay ni sebenarnya bersebelahan dengan “hotel kinta river front” so, nak cari lokasinya tak la susah sangat sebab betul-betul terletak di tengah-tengah bandar ipoh. Dan lagi satu kalau naik ets, just turun di Ipoh dan 5 minit je ke lokasi homestay tersebut.

Parking ? kalau korang datang dengan kereta ke, memang tuan rumah sediakan parking khas untuk korang kira termasuk dalam pakej.

Tempat Makan di ipoh? ini paling penting la kalau korang travel/outstation, kalau di ipoh ni kami rujuk web ni (Disini) untuk kami cari kedai makan sekitar ipoh, tapi kalau malas nak cari sendiri, boleh tanya tuan rumah, tuan rumah yang kami menginap ni memang mesra pelanggan skit, slalu dia akan suggest  korang tempat2 makan menarik sekitar ipoh ni.

kredit : alwaystravelicious.com

Harga penginapan sekitar Rm200-Rm250 ikut pada waktu, kalau tak holiday rasanya boleh murah lagi, cuba tanya tuan rumah.

ni detail tuan rumah kalau korang nak buat tempahan:

Tel Ika – 019-480 9614
WhastApp : 019-4809614

Lagi Gambar Sekitar Homestay Ipoh – Kinta River

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *