Iri Hati Dengan Perniagaan, Hari Ini Banner Ada Tompokan Air Tanah Esoknya Pula Diserbu MPBP

Pray for #manggoshakeBP

Seperti biasa setiap tahun kami berniaga di expo raya. Ini tahun ke 6 bagi kami, tahun ini lokasi kami di khemah no 7 & 8.

Khemah dipenuhkan dengan stok baju ALICE.COTTON.

Hanya sebahagian kecil kami sediakan ruang untuk jualan manggoshake. Seperti tahun-tahun yang lalu kami buka meja untuk menjual jeruk penang dan ada buah potong depan khemah kami. Tahun ini belum buat lagi sebabnya ruang yang ada tidak besar. Stok sudah ada.

Sambutan luar biasa pembeli manggoshake setiap malam sejak kami beroperasi. Mungkin di sebabkan manggo shake ini pernah viral sebelum ini.

Suatu hari staff anta gambar pada whatsapp wife saya banner kami di tapak ada tompokan air tanah. Saya sendiri ada posting di wall FB, busines ini sudah ada yang iri hati.

1.6.2017

pihak MPBP membuat operasi dan mengeluarkan notis arahan “hentikan perniagaan minuman manggo shake” di tapak expo no 7. Kami bertanyakan mereka apakah kesalahan kami sampai di arahkan tutup. Jawapan mereka di sini tak boleh berniaga minuman & makanan di expo raya. Saya bertanya mereka, saya seorang sahaja ke yang di beri amaran. Orang lain tak ada?

Mereka menjawab. Lot ini dan depan sahaja kami terima aduan. Untuk lot hadapan kesalahan mereka merosakan landskap MPBP dan membuka awning sehingga mengganggu operasi cafe di situ.

Pagawai yang keluarkan notis tersebut mohon untuk perkara ini rujuk di pejabat MPBP. Kami berbincang dengan staff mahu teruskan atau tidak, mereka kata. Jalan je dulu bang, kami ada. Kalau orang majlis datang kami pertahankan. Sebab tempat lain boleh je!

4.6.2017

pegawai MPBP hadir ke khemah kami, dia kata kenapa masih beroperasi sedangkan notis amaran sudah di keluarkan, dan kami tidak hadir ke pejabat untuk berbincang. Pada malam tersebut kami terus membuat rayuan kerana pegawai yang hadir tersebut ada pegang jawatan dan kami mohon untuk pertimbangkan. Pegawai tersebuat mohon kerjasama untuk kami berpindah di lot kaki lima OMry trading.

Kami akur untuk berpindah dengan syarat pihak tuan punya gerai membenarkan. Sebabnya setiap tahun kami tahu memang sudah ada peniaga akan sewa di sana. Pegawai tersebut beritahu takpa soal dengan pemilik, saya uruskan.

Malam tersebut kami pasang wiring lampu, bawa meja & banner. Supaya ke esokan hari kami dapat beroperasi di tempat baru. Jam 12 malam kami mahu kemas barang, hadir pemilik tempat tersebut Tuan Haji Salleh bertanya kepada kami. Siapa benarkan kamu berniaga di sini? Kami beritahu nama pegawai MPBP tersebut yang arahkan untuk kami berpindah berniaga sebabnya dekat khemah kami tidak boleh berniaga. Tuan Haji tu beritahu, tapak ini sudah ada penyewa. Kami mohon maaf dan kami angkut semula semua peralatan.

5.6.2017

Keesokan hari, kami hadir kepejabat untuk berunding. Kami sudah tahu dengan siapa mahu rujuk perkara ini dan mempunyai kuasa, sampai di hadapan pejabat MPBP, hajat untuk jumpa pegawai berkenaan terhenti kerana kami jumpa pegawai semalam. Dan kami berunding dihapan pintu sahaja. Kami beritahu tempat yang di arah pindah itu sudah bertuan, pegawai berkenaan kata buat surat rujuk kepada Yang Dipertua Majlis.

Kami meneruskan operasi perniagaan. Kali ini kami sudah buat line untuk pelanggan beratur dan alhamdulillah pelanggan faham dan mereka ikut peraturan. Kami tidak mahu pelanggan kami mengganggu operasi perniagaan orang lain. Pada masa yang sama kami akan buat surat dan mohon pertimbangan supaya perniagaan ini dapat diteruskan kerana kami sudah buat kawal pelanggan supaya pelanggan hanya beratur di tempat kami

6.6.2017

surat sudah siap ditaip untuk dihantar. Tetapi surat itu kami rasa belum cukup kuat untuk kami rujuk ke MPBP. Kami rasakan perlu surat sokongan seperti dari persatuan. Belum sampai surat itu ke pejabat MPBP, malam tersebut mereka telah hadir untuk buat operasi sitar barang perniagaan kami kerana kamk masi beroperasi. Sedikit pertelingkahan berlaku pada malam tersebut kerana staff kami mempertahankan untuk tidak di sita, apa tindakan tunggu bos kami sampai.

Setiba di sana, saya berunding untuk tidak sita barang perniagaan. Kami di kenakan kompaun Rm500 pada malam tersebut.

7.6.2017

kami hadir ke pejabat MPBP bersama 3 surat sokongan.

  1. Koperasi Usahawan Bestari Johor Berhad (KUBJB)
  2. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
  3. Pesatuan Peniaga-Peniaga & Pengusaha-Pengusaha Bumiputra Batu Pahat (PNUBRA)

Di bilik YDP majlis kami orang awam di Layan Tanpa Rasa Belas Kasih, sampai menepuk meja! Bercakap dengan kami juga tidak pandang muka kami. Apa perasaan lagi kami mahu perkatakan bila bercakap tanpa pandang muka.

Surat rayauan kami bawa tidak dipedulikan. Jawapan mereka tetap sama, Expo bazar raya hanya di benarkan menjual barangan keperluan Raya. Kami cuba pertahankan kerana kami seorang yang di ambil tindakan tetapi orang lain yang menjual makanan dan minuman tidak di ambil tindakan.

Alasan mereka, kami cuma terima aduan khemah no 7.Khemah kamu ramai orang sampai ganggu operasi perniagaan orang lain.

Perkara INILAH saya ambil tindakan untuk istihar Perang di media sosial kerana ketidakadilan & penguatkuasaan berat sebelah. MATA melihat perlakuan mereka. Ini saluran yang saya ada buat masa ini.

Jika tiada juga penguatkuasaan secara ADIL. Sy akan buat surat terbuka kepada pihak tersebut.

Dalam busines untung ibarat sabut timbul. Untung batu tenggelam. Belum cerita hujan dan panas, KAMI cuma berniaga sebulan sahaja. – Penulis asal zulhairi ibrahim

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*