,

Jenis Lelaki Yang Patut Anda Ditinggalkan

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kesetiaan pasangan bukanlah jaminan ketika sedang bercinta selagi tiada ikatan pernikahan. Dengan ini, anda perlu sentiasa berwaspada dengan gambaran kesetiaan pasangan anda.


Ramai wanita lalai dalam memikirkan arah tuju hubungan cinta mereka akibat dibuat kata-kata manis lelaki dan terus dibuat gelora asmara. Jika anda tidak mahu menjadi mangsa lelaki yang mencari pemuas nafsu mereka, anda perlulah berjaga-jaga dan mengenali perangai pasangan yang baru dikenali.

Berikut adalah jenis-jenis lelaki yang anda perlu berwaspada :-

Terburu-buru Ajak Kahwin

    • Niat yang murni, tetapi disebaliknya ada agenda tertentu.
    • Selalunya lelaki akan mengambil masa sebelum memutuskan niat berkahwin
    • Berkahwin hanya untuk memuaskan nafsu

Selalu Sangat Ucapkan Kata-Kata Manis Dan Pujuk Rayu

    • Pandai dan hebat bermain kata-kata
    • Menggunakan ayat manis untuk mempengaruhi hati wanita.
    • Wanita yang mudah mempercayai ayat-ayat manis mudah menjadi mangsa lelaki yang mengambil kesempatan.

Bersikap Tidak Menentu

    • Sikapnya sukar difahami
    • Marah
    • Panas baran dan berang tak tentu pasal

Anda sendiri akan merasa takut bila bersamanya kerana sebarang kesilapan atau tersalah cakap, takut tiba-tiba si dia melenting pula. Mengharapkan hubungan bahagia tapi kalau anda sentiasa ketakutan bila bersamanya seperti berada di dalam “zon bahaya”, mana ada peluang nak bahagia.

Tunjuk Kasih Sayang Guna Material

Sangat seronok kalau seringkali dapat hadiah dari si dia. Bermacam-macam, asal jumpa saja bagi hadiah kasutlah,beg tanganlah,rantai leherlah dan sebagainya Bila anda tanya katanya tanda cintanya pada anda. Cinta memang cinta, tapi bukti cinta itu ada pada material ker? Ingat, memang seronok dapat hadiah tapi kesan jangka panjang pada perhubungan pun kena fikir.

Suka Merendah-Rendahkan Anda

Kalau melakukan sesuatu mesti kena sesuai dengan kemahuan atau kriteria yang dia suka Kalau tidak, maka mula dia mengkritik, merendah-rendahkan tanpa memikirkan perasaan anda Sebagai contoh kalau anda berpakaian yang tak disukai atau mengikut citarasanya, mulalah dia mengkritik kononnya tidak cantiklah, tidak “update “lah  dan macam-macam lagi Takkan jenis ini nak buat sebagai pasangan hidup kan? sepatutnya menghormati bukan merendah-rendahkan anda

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *