Kadar Metabolisme Dan Berat Badan

by Fiza on December 13, 2016

Proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga dikenali sebagai metabolisme.

Lelaki dewasa aktif yang berusia antara 20 ke 39 tahun dan berat badan 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika seseorang itu tidak aktif, maka keperluan tenaga hariannya adalah jauh lebih rendah.

 

Tiga perkara asas yang mempengaruhi metabolisme. Pertamanya ialah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik.

 

Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan.

 

Ketiga ialah aktiviti fizikal harian sperti bersenam, yang akan membakar baki tenaga yang ada.

 

Secara semulajadinya, terdapat beberapa faktor yang akan memperlahankan metabolisme seseorang iaitu:

Jantina

Kadar metabolisme lelaki lebih tinggi berbanding wanita kerana saiz badan lelaki yang biasanya lebih besar dan mempunyai kurang lemak badan.

Umur

Metabolisme akan menjadi rendah atau perlahan dengan peningkatan umur dengan kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan akan meningkat.

Genetik

Sesetengah orang memang dilahirkan dengan kadar metabolisme yang cepat.

Masalah hipotiroidisme

Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan kadar metabolisme dan menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini